Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Wafariena Sampai Menjerit, Seronok Nama Dicalonkan Dalam ABPBH 33

15-10-2020 02:33 PM| Komen: 54

Walaupun masih hijau dalam industri, Wafariena berjaya menembusi pencalonan bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.

Kata pelakon ini dia amat teruja sebaik menerima kiriman mesej daripada kenalan yang memaklumkan tentangnya.

Foto: IG
"Saya menjerit keseronokan sebaik mendapat berita nama menembusi pencalonan ABPBH 33. Orang pertama yang saya cari adalah ibu dan keluarga untuk berkongsi berita gembira ini.

"Sejujurnya, saya memang meletakkan harapan tinggi dan mahu hasil yang positif daripada pencalonan ABPBH 33 ini.

"Sesiapa sahaja yang dicalonkan pasti mengharapkan kemenangan, begitu juga saya. Tetapi, saya tahu persaingan cukup sengit, apatah lagi saya perlu berdepan 19 calon artis lain," katanya kepada BH Online.



Tambahnya mengalah bukan prinsip dirinya.

"Saya tak akan mengalah tanpa berjuang sejak dahulu lagi. Saya pernah beritahu keluarga mengenai impian menembusi mana-mana anugerah. Alhamdulillah, impian akhirnya dimakbulkan.

"Saya bersyukur, menembusi pencalonan awal pun saya sudah cukup menjadi permulaan yang baik dalam kerjaya saya."


Dalam masa yang sama, Wafariena tidak menafikan watak Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku memberi kesan positif kepada kerjayanya,

Tawaran lakonan datang melimpah ruah selepas itu.


"Saya serahkan kepada pentadbir kelab peminat. Mereka sangat teruja ketika saya memaklumkan mengenai pencalonan ABPBH 33. Sebenarnya, saya lebih teruja kerana mengikuti perjalanan anugerah berprestij ini sejak dahulu lagi.

"Mereka gembira dan ikhlas bekerja keras untuk membantu saya tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan. Saya bersyukur dapat mengenali ahli kelab peminat yang ikhlas ingin melihat kerjaya saya melonjak."-CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 54
Komen

Previous : Hafiz Hamidun Pernah Makan Mi Segera, Duit Kocek Tinggal RM1

Next       : Penyanyi , Pelawak, Pelakon-Mark Adam 'Sapu' Semua

Komen Terbaru

Quote katibism 29-10-2020 04:13 PM
Sheols join Vokal Maniam kan...
[attach]536481[/attach]

Lain-lain Komen

Quote Themilo 15-10-2020 02:35 PM
whoareyousss.. sorry dekk, tak kenal.. next!
Quote damian_lee 15-10-2020 02:49 PM
Themilo replied at 15-10-2020 06:35 AM
whoareyousss.. sorry dekk, tak kenal.. next!

sapa je yang chuols kenal?
Quote Themilo 15-10-2020 02:56 PM

19 calon artis lain yang bertanding dengan sheols, pasti la ada sorang dua yang muka familiar..
Quote dudaberhias 15-10-2020 02:57 PM
who aree yussss!!!
tolong sape2 explain sheolss ni sapee...

kalau influencer.... iolss pun influencer dalam kategori "personaliti forum cari"..
pencapaian anugerah paling besar adalah dapat mengutip kredit melebihi 8k

awas restoran2 yang kekwat dengan iolsss... sekali iolss viral buat video siap lah restoran2 ittu ...
Quote Kurex 15-10-2020 03:00 PM
Who are yousss??? Ada gred kah? Berbakat kah?
Quote husna_amal 15-10-2020 03:13 PM
Untuk menang kategori ni macam belum mampu lagi.
Quote me12345 15-10-2020 03:17 PM
Sapa ni...calon sendiri..
Quote jemahjacjon 15-10-2020 03:20 PM
Lain ye muka dlm tv ngn muka ig. Kat tv nmpk gelap, ni kat ig tediaa cerah macam pakai fair n lovely.

Ni berlakon watak nurul dlm 7 hari mencintai 2.
Quote YomiuriLandMae 15-10-2020 03:33 PM
confirm tak menang punya la ni..
ataupun ada tangan2 ghaib mcm dlm MM sbb drama fenomena kekdahnya..
Quote susukambingbest 15-10-2020 03:36 PM
dudaberhias replied at 15-10-2020 02:57 PM
who aree yussss!!!
tolong sape2 explain sheolss ni sapee...


Ni nurul yg terliur kat khuzairi dlm 7 hari mmcintaimu 2
Quote katibism 15-10-2020 03:43 PM
Edited by katibism at 15-10-2020 03:45 PM

Aiyo... ramainya yg who r yus sheols... nah iols tefek sheols jadi Nurul Ain yg suka dekat Khuzairy. Mungkin dlm drama tu sheols jadi Gold Digger bertudung labuh menutup tekbes sheols kot yg wat ramai x kenal







Quote Noraniza_Iblis 15-10-2020 03:54 PM
x mustahil laa blh menang...kalau fans die..
lahir dr ummah leluhur yg same dgn boosterita...
Quote adelea 15-10-2020 04:05 PM
geletisnya kau pompuan .. muahaha
semoga berjaya
Quote kakyungpilah85 15-10-2020 04:15 PM
Edited by kakyungpilah85 at 15-10-2020 04:17 PM

Calon je pon.. Lom tentu monang.. So takyah nak jerit2 sangat laaa
Quote mamajawie 15-10-2020 04:27 PM
huk alohhhhh...who are yusss
Quote MsOryzaa 15-10-2020 04:34 PM
Boleh la tambah ngan undi diri sendiri..good luck!
Quote buragazz 15-10-2020 05:23 PM
Dak nurul 7 Hari Mencintaiku 2...
Quote arm_band 15-10-2020 05:25 PM
who are yussssss
Quote fadz84 15-10-2020 05:26 PM
La ingatkan dh kuar list top5 nk menjerit bagai.. ke mcm tahun lps top5 hnya akan diumumkan mlm award?

Lihat semua komen(54)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top