Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Kuih Tinggal Satu Tapi Lokek" - Uncle Kentang Tak Jadi Sedekah Pada Peniaga Kedekut

14-10-2020 04:23 PM Komen: 131
Aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau lebih popular sebagai Uncle Kentang meluahkan rasa kesal terhadap seorang peniaga yang disifatkannya kedekut.


Gambar hiasan

Dalam satu kemas kininya baru-baru ini, dia mendakwa peniaga berkenaan terlalu berkira apabila enggan menyedekahkan baki sekeping kuih walaupun sedang bersiap untuk menutuo gerainya.



"Makcik jual nais tepi jalan rugi besar tak pandai tambat hati pelanggan.

"Dalam bekas kuih ada sekeping yang tinggal. Makcik pun dah berkemas untuk tutup gerai.  Makcik ini tak pandai niaga.  Yang sekeping kuih itu patutnya sedekah kat saya. Tak payahlah lokek," tulisnya.

Sikap berkira ditunjukkan peniaga berkenaan membuatkan Kuan membatalkan hasratnya untuk bersedekah kepada makcik berkenaan.




Kredit foto: Facebook Uncle Kentang

"Punca untuk laris niaga adalah bersedekah, ingat tu," ujarnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
1
0
Komen: 131
Komen

Anda Mungkin Meminati

PKPB - Neelofa Ajak Orang Ramai Bantu Usahawan Kecil Terjejas
"Dia Buat Macam Surprise Hari Jadi" - Diana Danielle Panik, Merungut PKPB Mengejut
Netizen Teruja, Anak Oksana Voevodina Makin Lama Terserlah Muka Melayu
Netizen Tak Puas Hati Faezah Elai Kata Travel Banyak Lebih Bijak Dari Belajar Tinggi
"Saya Bersuami Tapi Dilayan Seperti Ibu Tunggal,"-Isteri Orang Jadikan Sharul Kamal Idola
Ashraf Muslim Kesal Kes Mencanak - "Sekarang Dah Kalut, Patutnya Dari Awal Berjaga-jaga"
Angkara Video Palsu, Wanita Dibunuh Suami Kerana Disangka Curang
Ruhainies Dah Nikah Sebelum PKPB?
Cikgu Tersalah Hantar Video Lucah Ke Grup Whatsapp Ibu Bapa Murid
Makan Organ Bekas Kekasih, Lelaki Meringkuk Seumur Hidup Dalam Penjara
"Tak Perlu Kerap Periksa Telefon Pasangan, Cukup Tahu Password Sahaja - Syifa Melvin
Mustaqim Bahadon Nak Kahwin Dengan Pramugari
Suami Sokong Sarah Hildebrand Tak Lagi Berhijab?
"Dia Lebih Tinggi Dari Saya, Berkulit Cerah" - Usop Nak Kahwin Dengan Anak Mami!
Ameera Khan Dah Cukup Kaya, Tak Perlu Jutawan Sebagai Suami?
Dah Macam Nak Meletup, Tapi Model Ini Masih Rasa Pipinya Terlalu Kecil
Wanita Batalkan Perkahwinan Di Luar Gereja Lepas Tahu Pasangan Tidur Dengan Pengapit
Atuk Didakwa Cederakan Kucing Jiran Tak Mengaku Salah
Ingat Semua Orang Nak Dengar Lagu TikTok Ke Yang Radio Galak Dok Pasang?
Nak Mengorat Punya Pasal, Sekali Kena Bayar RM460 Untuk Sebiji Burger!
'Marah Sangat Mira Filzah Pakai Pakaian Masyarakat India, Aku Pakai Baju Kurung OK Je'
"Kalau Ada Apa-apa, Call Je" - Ucapan TMJ Iringi Penghijrahan Pawi Memang Padu!
'No Printer No Problem' - Pelajar Gigih Lukis Gambar Siapkan Kerja Sekolah PKP
"Sidang Media Bukan Untuk Promosi Baju, Pameran Rak" - Hannah Sindir Ismail

Komen Terbaru

Quote ejans 25-10-2020 03:46 AM
Kalo aku jd si kentang ni tgk kuih tu dh nak abis aku cakap je amik sumer..
Ye aku stuju kot makcik tu nak makan ke.yg last kopek..
Or nak simpN utk anak dia ke or sedekah kt sape sape..
Kdg hidup ni x perlu nak buruk sangka dan harap high expectation dr org.. jgn fikir sbb kita suka bersedekah kita nak org lain juga jd mcm.kita.. kan dah dijanjikan buat baik dibalas dgn baik.. harini kita tlg si A esok lusa si B c D E .. yg akan tlg kita.. x semesti si. A

Lain-lain Komen

Quote azimodin 14-10-2020 04:37 PM
Betul, ada peniaga yang berkira amat. Ada sekali tu mak aku nak tapau bihun goreng 2 bungkus. Makcik tu kata bihun goreng tu kalau buat 2 bungkus ada balance lagi. Dia tanya mak aku nak tak yg balance tu, mak aku ok je. So dia buat 2 bungkus size biasa & satu bungkus lagi kecik. Tapi bila bayar kira 3 bungkus harga sama. Mak aku jenis malas nak bising2, dia bayar je la. Aku ingatkan mak aku je kena. Rupanya jiran2 pon sama gak. Nasib baik bisnes makcik tu dah bungkus.
Quote pxlbb 14-10-2020 04:37 PM
Ko nak sedekah tak payah tunggu orang buat baik ye uncle kentang. Mana tahu makcik tengah sesak nak pakai duit, dia ingat at least sorg lg beli kuih boleh la tambah 50 sen. 50 sen org miskin dgn org kaya jauh beza ye uncle. Lgpun mentaliti org sesak duit ni lain, 50 sen pun sgt berharga. So whateva the reason makcik tu tak sedekah kalau ko nak buat baik buat je. Selalu simpan sangka baik kat semua org. Iols pun selalu tgk kuih/bihun dah tinggal sejemput tp kalau org tak pelawa x payah nak masuk medsoc sgt.
Quote bakingsoda 14-10-2020 04:43 PM
awkward rasa baca post nih, bukan ke kita tak patut expect lebih dari yg ape kita bayar? kalau orang bagi lebih tu rezeki, org tak bagi lebih kenapa nak meroyan? ramai je peniaga murah hari bagi lebih kadang extra sebungkus nasi la sampai tak larat nak abeskan, ye la kalau kita beli 2 bungkus nasi tu maksudnya mmg nak 2 jeee
Quote makita 14-10-2020 04:45 PM
Eh ko nak sedekah kene tgu mcik tu bagi kuih free kah?
Quote diiyanazakaria 14-10-2020 04:46 PM
Iolls pn setuju kalo nk bisnes maju xleh bkira sgt..dulu selalu beli kt satu kedai sbb husband suka asam pedas die tp perasan kalo byr mesti nk ltk sen sen kt blkg tu. Mcm 15.30, 13.70.. iolls ok je kalo die nak roundup or rounddown sen tu. Tp bila die still ltk2 tu yg trus cop die berkira hahahah. Smpai skrg ktorg pgl kedai tu kedai 15.30
Quote CiliPadiSedap 14-10-2020 04:47 PM
dia ni siapa nak sound  orang  pasal sedekah? makcik tu peniaga.  dia bukan malaikat tahu isi hati pembeli.

terpulang kat makcik tu nak sedekah ke x? kalau ada 10 orang  suka pau boleh gulung tikar kedai nasi lemak.

kadang2 hidup kena ada timbang rasa duduk dalam situasi peniaga. jangan duk fikir orang lain kedekut lah apa.
Quote CiliPadiSedap 14-10-2020 04:50 PM
harap lepas ni pergi kfc tengok dapat ke tak seketul ayam , tengok kfc tambat hati customer ke x?
Quote husna_amal 14-10-2020 04:51 PM
Isu macam ni tak bahas kan pun takpe.
Quote kucingitam 14-10-2020 04:59 PM
betul la uncle...ni minta sambal lebih pun minta dua posen.
aku minta tak nak kacang, bawa bekas sendiri, taknak pula dia tolak duit kertas bungkus dgn kacang tu.

mmg akak boikot dah makcik nasi lemak tu..
Quote imransulaiman 14-10-2020 05:07 PM
Kenapa jadi macam tu? Makcik tu mungkin nak makan kuih baki tu.

Ujian datang banyak cara.. Uncle Kentang {:cryrun
Quote awanysss 14-10-2020 05:10 PM
setuju dgn uncle ni..
nak meniaga ni kena menang hati customer.. kalau customer suka, kau jual mahal pun dia sanggup datang..

dulu ada kawan iols ayah dia kerja kantin kilang, selalu buat air berjag2, bila customer datang, tuang air terus siap.. habis je waktu meniaga (kilang ada bunyik loceng), air2 lebih tu dia sedekah terus sbb dah habis waktu, even sebenarnya boleh je jual lg..

bila ayah dia dah habis tender, orang baru yg amik alih, jenis buat air bila ada order.. mmg lgsg takde sedekah la cite dia.. sampai HR kilang tu contact ayah dia balik utk masuk tender for free.. pekerja semua mintak ayah dia balik (ni aku tahu sbb aku jumpa HR tu kat wedding)

kadang bukan apa, kalau ikut logik, mesti semua tak beli sbb nak tunggu air free tu kan, tp sbb kan ayah dia jenis tak berkira, pekerja2 situ pun segan la nak amik kesempatan.. (ini kilang zaman dulu, sebelum lambakan pekerja asing), orang melayu kan penuh adat sopan santun..

lepas tu ayah dia masuk tender ke kilang lain, kali ni ayah dia kan buat satu tong air kordial.. mmg rajin bersedekah.. hidup tak kaya raya, tp disayangi semua.. even bisnes kecik pun, takde sebab nak kedekut..
Quote Normabaru 14-10-2020 05:10 PM
Setuju... Kaka norm suka peniaga yang xberkira kuah.. Xberkira sambal... Xberkira nasi.. Mmg akan dtg lg dan lg.. Yg jenis sambal, kuah dgn kerak goreng pun nk caj smpi rm1(seriously?) mmg kaka norma pangkah besar2 xkan dtg lg... Macam sedap sgt...

Yeah!  Puas hati dpt luah hari ni... First day pkpd. Hehe
Quote umbut 14-10-2020 05:11 PM
Mungkin makcik tu nak makan... dari pagi jual.. yg lebih acik nak ngap
Quote Normabaru 14-10-2020 05:12 PM
CiliPadiSedap: dia ni siapa nak sound  orang  pasal sedekah? makcik tu peniaga.  dia bukan malaikat tahu isi hati pembeli.terpulang kat makcik tu nak sedekah k ...


Believe it or not ada je staff KFC even mekdi yang baik hati bagi kaka extra masa dh nk tutup biz..
Siap ckp xpela.. On the house.. Since they know they will throw it anyway...

True story. Hehe
Quote seri_mawr 14-10-2020 05:15 PM
lol.. dah makcik tu meniaga...

entah2 satu tu untuk makcik tu mkan...kot dari pagi dia x makan...
klu ko baik hati...ko beli jek la tiga2...kenapa dah nampak kuih tu satu blance ko nak amik dua jek..?
nak harap makcik tu sedekah dulu....ko dah kenapa pakcik kentang....???

klu aku walaupun asalnya nak kuih dua jek...tapi klu tgk baki peniaga tu satu jek...aku amik jugak tiga2...kira mcm tolong makcik tu meniaga...peniaga tepi2 jalan ni bukan untuk mereka jadi kaya raya...kadang2 demi kelangsungan hidup.....
Quote Cocoais 14-10-2020 05:23 PM
CiliPadiSedap replied at 14-10-2020 04:47 PM
dia ni siapa nak sound  orang  pasal sedekah? makcik tu peniaga.  dia bukan malaikat tahu isi  ...

Mungkin tinggal sekeping kuih tu makcik tu nak makan ke..kan..lagipun kalau meniaga kuih ni bukan semua kuih penjual tu yang punya..ada orang hantar..dia tukang jual je..dapat lah untung 10sen 2
Quote obria 14-10-2020 05:27 PM
apasal uncle tak ambik 3 ja kuih tu bagi habis?
kenapa nak tunggu makcik tu sedekah?

Quote Cocoais 14-10-2020 05:27 PM
Kalau nasi lemak ke makan berat tu mybe penjual tu buat sendiri..so kalau dia kedekut tu boleh lah dicerca gitu..
Quote CiliPadiSedap 14-10-2020 05:27 PM
Cocoais replied at 14-10-2020 05:23 PM
Mungkin tinggal sekeping kuih tu makcik tu nak makan ke..kan..lagipun kalau meniaga kuih ni bukan  ...

tu lah senang2 kecam. lepas tu nak sedekah bersyarat. kalau nak bg , bagi je lah. xperlu tunggu kuih sekeping. cuba suruh dia pergi kfc? ada berani minta baki seketul ayam?

dan mungkin juga sekeping kuih tu rosak ke apa jd dia mmg xnak jual. hanya tuan badan je tahu cerita sebenar.

Lihat semua komen(131)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top