Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ashraf Muslim Kesal Kes Mencanak - "Sekarang Dah Kalut, Patutnya Dari Awal Berjaga-jaga"

14-10-2020 01:19 PM| Komen: 13

Peningkatan kes Covid-19 kembali meresahkan rakyat Malaysia. Pelakon dan pengacara Ashraf Muslim menerusi Instagram sebelum ini memberi peringatan kepada masyarakat supaya berhati-hati dan tidak mengambil sambil lewa virus Covid-19.


Kredit foto: IG Asharaf

"Covid tidak mengenal kita siapa. Anda kaya ke? Miskin ke? Datuk ke Tan Sri? Badan sado ke kurus kering? Makan supplement hari-hari atau tak makan? Covid ni belasah semua," pesannya di IG.

Dia bagaimanapun kesal apabila melihat orang ramai mengambil mudah hingga menyebabkan kenaikan mendadak kes positif Covid-19.

"Risau bila melihat segelintir kita ada yang mengambil secara lewa. Sebelum ini, angka semakin berkurangan dan ada yang mengambil kesempatan.

"Dulu masa awal-awal dulu orang nak sanitasi tangan setiap masa, nak jaga jarak, jarang keluar, tapi sekarang, apabila sudah lupa, sambil lewa, akibatnya sekarang kes naik mendadak,

"Rasa-rasanya gelombang kali ini besar dan terlalu cepat berbanding sebelum ini. Bagi saya, ianya sudah menjadi sesuatu yang bahaya sangat untuk mereka yang tak kena.

"Apabila jadi macam ini semua kelam-kabut. Sepatutnya dari peringkat awal sudah kena berjaga-jaga," katanya kepada mStar.



Ashraf sebelum ini dilihat sering memberi peringatan di media sosial kerana dia sudah merasa dan melalui sendiri peritnya selepas dijangkiti wabak itu.

"Saya dah pernah lalui dan rasa macam mana kepayahan dan tertekan. Cuma tidak sakit sehingga ditempatkan di ICU... itu yang saya bersyukur. Bagi saya, semua orang kena tunjuk contoh.

"Walaupun kita dah berjaga-jaga, tapi tetap kita tak tahu. Sebelum ini, di IG pun saya ada cakap, siapa yang balik dari Sabah sebelum 27 September perlu kuarantin, tapi ramai tak buat," ujarnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 13
Komen

Previous : "Saya Bersuami Tapi Dilayan Seperti Ibu Tunggal,"-Isteri Orang Jadikan Sharul Kamal Idola

Next       : Ruhainies Dah Nikah Sebelum PKPB?

PKPB Ni Eloklah Buat Kerepek Bayam Brazil, Rangup
Hidayah Susah Teruskan Hidup Tanpa Abam Bocey
Isteri Orang Dibogelkan Sebab Nekad Kahwin Lari Dengan Suami Orang
Bau Hangus Cili Goreng Bawa Penemuan Mayat Isteri
Wanita Dirogol 7 Lelaki, Anak Dicekik Sampai Mati
"Biar Saya Mati, Jangan Sentuh Anak" - Syamsul Yusof Terima Ancaman
Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!
Selulit Sana, Selulit Sini? Usah Gusar, Ini Cara Hilangkan Secara Alami
PKPB - Neelofa Ajak Orang Ramai Bantu Usahawan Kecil Terjejas
"Dia Buat Macam Surprise Hari Jadi" - Diana Danielle Panik, Merungut PKPB Mengejut
Netizen Teruja, Anak Oksana Voevodina Makin Lama Terserlah Muka Melayu
Netizen Tak Puas Hati Faezah Elai Kata Travel Banyak Lebih Bijak Dari Belajar Tinggi
"Saya Bersuami Tapi Dilayan Seperti Ibu Tunggal,"-Isteri Orang Jadikan Sharul Kamal Idola
Angkara Video Palsu, Wanita Dibunuh Suami Kerana Disangka Curang
Ruhainies Dah Nikah Sebelum PKPB?
"Kuih Tinggal Satu Tapi Lokek" - Uncle Kentang Tak Jadi Sedekah Pada Peniaga Kedekut
Cikgu Tersalah Hantar Video Lucah Ke Grup Whatsapp Ibu Bapa Murid
Makan Organ Bekas Kekasih, Lelaki Meringkuk Seumur Hidup Dalam Penjara
"Tak Perlu Kerap Periksa Telefon Pasangan, Cukup Tahu Password Sahaja” - Syifa Melvin
Suami Sokong Sarah Hildebrand Tak Lagi Berhijab?
"Dia Lebih Tinggi Dari Saya, Berkulit Cerah" - Usop Nak Kahwin Dengan Anak Mami!
Ameera Khan Dah Cukup Kaya, Tak Perlu Jutawan Sebagai Suami?
Nak Perhatian Sangat, Nourul Depp Kongsi Panggilan Video Lelaki Beronani Ketika Live
Kemelut Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Berakhir!
Hairul Azreen Teringin Berlakon Filem Hollywood
Walaupun Masuk Penjara, Bella Astillah Tetap Bangga Dengan Aliff Aziz
"Kerana Pak Menteri, Habis Negara Dibadai Virus Lagi" - Ahli Politik Dihentam Bront, Amerul
Adira Didakwa Cuba Jual Baju Iron Maiden Tiruan

Komen Terbaru

Quote damian_lee 16-10-2020 03:38 PM
said someone yang buat pengambaran di negara yang terkena wabak ........ LOL

Lain-lain Komen

Quote YomiuriLandMae 14-10-2020 01:29 PM
punca kluster PRN sabah.. tu je iols nak cakap..
Quote lavendernovella 14-10-2020 01:54 PM
Elok asrap cakap direct apa yg patut dgn menteri2yg berkaitan.  

Rakyat takder kuasa.
Quote Rogue98 14-10-2020 02:30 PM
Dia ingat orang2 yg balik dari Sabah tu tgk IG dia ke...kelakarnye.
Quote husna_amal 14-10-2020 03:11 PM
Kebanyakkan orang ikut sop yang kerajaan tetap kan. Masalah punca pun dari orang politik tu.
Quote Normabaru 14-10-2020 03:12 PM
Diam la serap..  gigih bg nasihat tp dulu ko pon sama2 bt dekk dgn Sop.. Acah sbb bini doktor so hr tu ingt selamat kot;p

Quote famri7 14-10-2020 04:12 PM
Shut your hole..ko xd beza..terpijak tahi sekali tidak bermaksud anda pakar tahik.
Quote pxlbb 14-10-2020 04:38 PM
Aiseh serap dolu pegi scotland kan masa iols terperap kat rumah angkara pkp.
Quote TabletSusu 14-10-2020 04:41 PM
ko xyah nak acah2 sesuci embun pagi sgt serap aiiii
dulu2 hang seronok jah berjalan scotland smp positif covid ni
Quote RatuDunia94 14-10-2020 07:57 PM
Jangan ingat masyarakat dh lupa kes ko kluster scotland yach.. ko pun g oversea waktu KES TENGAH MENCANAK satu dunia bulan 3 aritu..
Quote loladaily 14-10-2020 09:24 PM
Meols suka heshe ni ada look dlm impian ilyana sunsilk tp lepas kejadian dgn wife benombor tu terus tak beminat.
Quote makadek 14-10-2020 09:31 PM
Aku lgi sebel
Quote nazza2802 16-10-2020 03:21 PM
kalau PRN sabah xde aritu rasanye kes x naik sebanyak ni.. ni seme dasar tamak ahli politik ada jadi mcm ni.. org sbok nak hentikan covid dia sebok ngan politik.. mesti masa kecik2 x puas main game rebut kerusi kan..
Quote damian_lee 16-10-2020 03:38 PM
said someone yang buat pengambaran di negara yang terkena wabak ........ LOL

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top