Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Wanita Bersalin Ditemui Mati Dalam Pondok, Bayi Masih Hidup Di Sisi

13-10-2020 01:23 PM Komen: 55
Seorang wanita warga Indonesia ditemui maut selepas melahirkan anak di dalam sebuah pondok Jalan Parit, Kampung Piandang, Pusing, Batu Gajah.

Berita Harian melaporkan, Yanti Abas, 35 ditemui tidak bernyawa di sisi bayi lelakinya yang masih bernyawa.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata,

"Ketua Balai Polis Pusing dan pasukannya bergegas ke lokasi kejadian pada jam 6.45 petang untuk membuat siasatan yang kemudian menemui seorang bayi lelaki masih hidup atas pangkin di sisi mayat seorang wanita.

"Ketika polis tiba di pondok itu, mayat wanita itu ditutup dengan sehelai kain dan bayi lelaki yang dipercayai dilahirkannya dalam keadaan dipotong tali pusat dan uri.

"Dipercayai ada orang lain yang bersama wanita terbabit melahirkan bayinya dan polis masih mengesan individu atau saksi untuk soal siasat bagi mendapatkan maklumat lanjut."

Foto: Berita Harian
Hasil siasatan forensik  tidak menemui sebarang unsur perlakuan jenayah.

Tambahnya, mayat tersebut ditemui dalam keadaan berselimut dan dipercayi sudah meninggal dunia dalam tempoh lima kam

Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

"Pemeriksaan saringan COVID-19 yang dijalankan ke atas mangsa diperoleh dan bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik HRPB pada hari esok selepas keputusan ujian swab COVID-19 diperoleh.

"Dipercayai si mati sudah meninggal dunia semasa dalam proses melahirkan bayi lelaki berkenaan di lokasi kejadian.

"Bayi yang dijumpai di tempat kejadian masih hidup dan diserahkan kepada pihak Hospital Batu Gajah semalam untuk pemeriksaan lanjut."

Kedutaan Indonesia dan Polis Antarabangsa (INTERPOL) turut dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk tujuan dibawa balik ke negara asal bagi urusan pengebumian. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 55
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sarah82 15-10-2020 10:39 AM
AnggunSophea replied at 15-10-2020 02:55 AM
Iols tanya baru dia bagitau. Sebab dia hari kerja malam. Dia takut wife dia paranoid la kot. Hihi

hahahaha...dia risau chuols takut.. Iols pernah duduk rumah yg belakang rumah iols sewa tu ada kisah tuan rumah mati bunuh diri. Creepy nak mampus

Lain-lain Komen

Quote Kurex 13-10-2020 01:28 PM
Pati kah? Hidup pun susah, mati pun susah la leluhur ni.. seb baik anak hidup lg
Quote Dwdrum 13-10-2020 01:28 PM
Takziah... Kasihan nya
Aku sewaktu induce (whole body) husband layan aku cakap merepek... Ini seorang diri
Quote LadyCarefree 13-10-2020 01:31 PM
Tanam je lah kt sini, jimat. Kesian manusia macam ni. Nasib badan merempat dinegara orang. Mati lak tu. Tu la pasal kalau xmampu nk sara diri, jangan kahwin, apatah lg ngeseks sampai beranak.
Quote dudaberhias 13-10-2020 01:34 PM
habuan beliau.. tak boleh nak kata apa
Quote doubleA 13-10-2020 01:36 PM
Sedihnyaaaa lagi2 apa la nasib baby tu
Quote bulan_gerhana 13-10-2020 01:44 PM
takziah... aku suspek laki dia ade skali and dah lari jejauh takut kene tangkap... dan maybe ade bantuan dari orang lain masa bersalin.. sbb elok pulak tali pusat dah siap potong... ni la padahnya pati dimana2.. pengakhiran utk dia..

pati boleh je ditanam kat cini cuma x pasti dari identiti pompuan ni.. boleh ke polis bagi permit perkuburan kalau xde identiti.. cuma berita ni x abis... sbb sape yg buat repot kat polis kata ade mayat kat situ.. smell fishy..
Quote haruslah 13-10-2020 01:50 PM
Kalau warga asing mati mmg kena wlbwk blk ke camne?
Quote sukacactus 13-10-2020 01:59 PM
Sian la jadi gini
Quote sarah82 13-10-2020 02:00 PM
Habis.. Siap la tiap2 mlm pontianak menangis kat situ.
Quote Nnasda53 13-10-2020 02:01 PM
Kesian nya..nasib baik baby masih hidup..moga semuanya di permudahkan.
Quote meow_tompok 13-10-2020 02:14 PM
haruslah replied at 13-10-2020 01:50 PM
Kalau warga asing mati mmg kena wlbwk blk ke camne?

ada jiran sewakan rumah kat warga yindon, org tu mati panggil polis, selesai urusan sesama derang bawak balik jenazah kebumi kat negara derang. sini nak apply permit kubur pun susah.  warga bangla, nepal, myanmar campak je tepi hiway pandai2 la authority kita uruskan
Quote Kurex 13-10-2020 02:19 PM
sarah82 replied at 13-10-2020 02:00 PM
Habis.. Siap la tiap2 mlm pontianak menangis kat situ.

Ke sundelbolong?
Quote Cassieopeia 13-10-2020 02:25 PM
kesiannya.. sapela dgn dia masa bersalin tu. napela biar gitu je..atleast jagala baby tu
Quote sarah82 13-10-2020 02:32 PM
Kurex replied at 13-10-2020 02:19 PM
Ke sundelbolong?

Hahaha.. Jenuh la.. Aku rasa bukan suami dia tinggal ni.. Indo ang takkan xtau.
Quote Artemesiaa 13-10-2020 02:34 PM
Kebanyakan yang kosong ni takut nak dapatkan rawatan di hospital takut kena cekup sebab tak berdocument.  Masaalahnya bila ada komplikasi silap cara melayang nyawa sendiri.  Yang lari semua tu pun mungkin sebab mereka tu pun kosong juga takut tercekup sama.
Quote insulin 13-10-2020 02:36 PM
sarah82 replied at 13-10-2020 02:00 PM
Habis.. Siap la tiap2 mlm pontianak menangis kat situ.

Boleh ke jadi gitu, sis?

Btw, kesian kat perempuan ni. Mati pastu ditinggalkan begitu sahaja.



Quote sarah82 13-10-2020 02:37 PM
insulin replied at 13-10-2020 02:36 PM
Boleh ke jadi gitu, sis?

Btw, kesian kat perempuan ni. Mati pastu ditinggalkan begitu  ...

Org dulu2 percaya.. Plus korang ingat indo mai sini kosong meh?
Quote nazrinshah12 13-10-2020 03:02 PM
Sedihnya..harap baby tu baik2 aja
Quote husna_amal 13-10-2020 03:14 PM
Kesian pula tengok. Semoga nasib bayi tu terbela lah.

Lihat semua komen(55)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top