Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Menggigil Sebelum Koma, Juara Tinju Thailand Maut Digigit Lipan Gergasi

12-10-2020 01:07 PM Komen: 59
Digigit lipan gergasi menjadi punca Dokmaipa Por Pongsawang, 52, menemui ajal.

Anak perempuannya, Jiraporn Moonkaset berkata bekas juara tinju Thailand itu didigit haiwan tersebut pada kaki kiri.

Media tempatan melaporkan, selepas terkena gigitan, mendiang tidak mendapatkan rawatan perubatan menyebabkan keadaannya semakin parah sehingga menggigil sebelum koma.

Foto: IG
Dokmaipa menghidap penyakit diabetes yang menjadi penyumbang kepada komplikasi tersebut.

Pengarah Hospital Kalasin, Pramuan Thaingamsilp berkata, mendiang meninggal kerana jangkitan darah yang teruk.

Buat pengetahuan, Dokmaipa menjadi peninju Muay Thai sejak bersia sembilan tahun dan mendapat jolokan 'Powerful Southpaw'.

Setelah bersara pada tahun 1996, mendiang menjadi jurulatih di Macau.

Dia kembali ke Thailand dan bekerja sebagai pekerja perbandaran di Kalasin.

Mendiang dikebumikan di kampung halamannya,  di daerah Saelapoom di Roi Et. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 59
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote monreyes 14-10-2020 06:51 AM
Edited by monreyes at 14-10-2020 06:54 AM
rayray28 replied at 14-10-2020 01:07 AM
hari tu tersepak pasu pokok dlm rumah ni kuar lipan yg slalu kt toilet tu tp dia cm dh besar sket  ...


kat kampung..kalau aku nak aleh bata mmg aku siap2 nak lari sbb mesti ada hidupan bwh tu.. x pun tolak dulu guna kayu panjang..

Lain-lain Komen

Quote hatikudus 12-10-2020 01:17 PM
Seramnya tgk lipan biasa pun dah terpekik lolong ketakutan, ni plak yg gergasi.
Kat kg dulu lipan byk masuk rumah bila musim hujan
Quote grouper 12-10-2020 02:21 PM
Lipan gergasi ni klau ikut kata coyote petersen lagi sakit gigitannya dari bullet ant yang duduk no 1 carta schimdt pain index. Schimdt sendiri x pernah kena gigit ngan lipan gergasi sebab tu x masuk ranking tapi dia speku yg lipan ni mmg duduk top ranking la. So lipan gergasi mmg blh bwk mati klau kena gigit smpai si coyote kena jumpa doktor ngan xdpt tidur 3 hari lepas kena gigit.
Quote Gomea 12-10-2020 02:42 PM
Edited by Gomea at 12-10-2020 02:44 PM
hatikudus replied at 12-10-2020 01:17 PM
Seramnya tgk lipan biasa pun dah terpekik lolong ketakutan, ni plak yg gergasi.
Kat kg dulu lipan b ...


Rumah ni dulu2 selalu lipan bara masuk rumah time musim hujan. Kalau time hujan tak berani nak baring kt lantai. Tangkap buang sengat dia lepas tu letak dalam botol. Setiap kali jumpa adalah besar ibu jari tangan
Quote hatikudus 12-10-2020 02:44 PM
Gomea replied at 12-10-2020 02:42 PM
Rumah ni mmg selalu lipan bara masuk rumah. Kalau time hujan tak berani nak baring kt lantai.

Kannn...zaman iols kat kg dulu pernah lipan lepak bawah bantal iols..bawah tengkuk. Mujur iols terasa benda bergerak2, sekali bgn tgk...tak cukup kaki iols melompat kauuuuuuuuu
Quote Gomea 12-10-2020 02:46 PM
hatikudus replied at 12-10-2020 02:44 PM
Kannn...zaman iols kat kg dulu pernah lipan lepak bawah bantal iols..bawah tengkuk. Mujur iols ter ...

Nasib baik dia tak sempat sengat. Tapi ada orang kata, yg anak warna biru tu lagi bisa dari yg dewasa wrna merah ni.
Quote hatikudus 12-10-2020 02:48 PM
Gomea replied at 12-10-2020 02:46 PM
Nasib baik dia tak sempat sengat. Tapi ada orang kata, yg anak warna biru tu lagi bisa dari yg dew ...

Mungkinlah, iols tak tau sebab so far tak pernah lagi kena sengat...adik kakak iols sume dah merasa kena sengat
Quote zaraaqilah 12-10-2020 02:48 PM
eiiii.....yang kecik pon dah geli gelaman..apatah lg sebesar ni....

i tgk org Thai selamba badak jer tangkap goreng.. Makan mcm makan kopok lekor jekk
Quote Decaffeinated 12-10-2020 02:49 PM
Peninju tapi nama dia bunga?

Orang kata halaman berpasir banyak lipan. tak tau betul ka tak.

Quote bottombikini 12-10-2020 02:54 PM
kesiannye lah
betapa agaknye dia masa tu menahan kesakitan sampai menggigil
Quote syamzana 12-10-2020 02:54 PM
uihhhh lipan gergasi menakutkan dan geli. kat rumah iols ni lipan selalu masuk dr saluran paip kat sinki. bila bukak perangkap sisa mkanan tu elok melepak bawah tu.dah la i suke bukak hentak2 buang sisa dlm tong smbil gosok2 perangkap tu. beso gemok2 plop tu
Quote ChildrenOfBodom 12-10-2020 02:57 PM
float like a butterfly sting like a bee....... unfortunately a centipede killed me
Quote gbam 12-10-2020 03:50 PM
ladang kelapa sawit banyak je lipan, dia duk celah pelepah, tempat bertelur dan membesar favorite lipan.
Quote obria 12-10-2020 03:55 PM
Gomea replied at 12-10-2020 02:42 PM
Rumah ni dulu2 selalu lipan bara masuk rumah time musim hujan. Kalau time hujan tak berani nak b ...

aiyooo...gelinya
meremang bulu roma weh...
terus aku duduk bersila...
Quote komotthecat 12-10-2020 04:06 PM
pernah kena sengat masa kat skolah rendah dulu. lipan duk dalam baju skolah. hampir nak pengsan la. mata berpinar2, badan sejuk
Quote NazRysha 12-10-2020 04:22 PM
ms kecik dulu selalu kena gigit lipan
tengah tido, sedar ada benda merayap
tekap dari dalam baju
lepas tu tanggal baju
tp sempat kena ngap
kena kat tangan la, kaki la
rumah kampung biasa la
Quote sranua 12-10-2020 04:37 PM
Masa baru kahwin, org rumah menyewa satu bilik, katil besi yg sorang tu. Dia takde mood, bentang toto tido kt bawah....sekali rasa ada benda merayap kat tapak tangan..tepis....rupanya lipan siap sengat lagi. Berdenyut2 tapak tangan....tp dalam buku ustaz kazim ke ada bacaan tertentu nak kurangkan bisa. Baca surah tu alhamdulillah hilang rasa bisa tu.
Quote ikanmasin 12-10-2020 04:49 PM
dia tak pg hospital pastu ada diabetes jg penyebabnya kan...
Quote Gomea 12-10-2020 04:51 PM
obria replied at 12-10-2020 03:55 PM
aiyooo...gelinya
meremang bulu roma weh...
terus aku duduk bersila...

Hati2 chuols. Takut dia sengat kat pungkoq plak nanti. Hahahaha
Quote obria 12-10-2020 04:53 PM
Gomea replied at 12-10-2020 04:51 PM
Hati2 chuols. Takut dia sengat kat pungkoq plak nanti. Hahahaha

chooiii haha

Lihat semua komen(59)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top