Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Tawaran Ditarik Kerana Berhijab, Cik Manggis Reda Sebab Ada Rezeki Lain

10-10-2020 09:55 AM|Oleh: Cari-Azza| Komen: 32





"Ada juga tawaran datang tapi tiba-tiba ditarik semula sebab saya dah bertudung."

Itu penjelasan Cik Manggis,31 apabila keputusannya untuk bertudung turut memberi impak dalam kerjaya seninya.

Bagaimanapun, dia reda dan tidak pernah berasa bimbang dengan kehilangan tawaran kerana percaya dengan rezeki Allah.

Foto : IG

Menurut laporan Mstar, penghijrahan itu sebenarnya lebih membuatkan Cik Manggis tenang dalam menghadapi dugaan.

"Tapi, satu hilang banyak pula yang datang. Jadi, bagi saya tak pernah risau pun kalau berhijrah atau tukar imej."

Foto : IG

Malahan, rezeki yang datang tepat pada masanya dan yang tinggal, dia memilih untuk menyesuaikan dengan statusnya sekarang.

"Ada masalah tawaran ditarik pun, saya reda dan tenang saja sebab ia bukan rezeki. Saya pun tengah perbaiki diri dan paling penting, suami yang paling gembira."

Foto : IG
Lebih menggembirakan ialah doanya dimakbulkan Allah setelah lima tahun bergiat dalam industri seni, iaitu menjadi duta produk.

"Saya ada berdoa agar diberi peluang menjadi duta selepas berhijrah. Tak sampai seminggu, saya mendapat tawaran menjadi duta, bukan satu tetapi empat tawaran dalam masa yang sama."

Foto : IG

Akhirnya Manggis menerima tawaran yang sesuai dengan dirinya iaitu produk mandian.

Wah! Begitulah, bila yakin dengan ketentuannya, memang rezeki Cik Manggis mencurah-curah. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 32
Komen

Previous : Ummi Nazeera Bersyukur, Tawaran Berlakon Tak Putus-Putus

Next       : Netizen Tak Puas Hati Faezah Elai Kata Travel Banyak Lebih Bijak Dari Belajar Tinggi

Komen Terbaru

Quote biozipstar 12-10-2020 11:26 PM
good luck cik manggis

Lain-lain Komen

Quote Rogue98 10-10-2020 09:59 AM
Huh...siapa ni ye...pelakon ke?
Quote TomyamPuteh 10-10-2020 10:06 AM
Sejuk mata memandang muka suami dia
Quote cicicumel 10-10-2020 10:14 AM
mcm muka pelakon Kampung People tu jer...
Quote Normabaru 10-10-2020 10:18 AM
Dia ni muka biasa je. Kdg macam nenek pun ade. Tp personality bubly. And baik hati.. I like her for who she is...


Nway kenapa dia xnk bt ivf ye? Siti katun tu ank angkat je kan..
Quote Belibis 10-10-2020 11:00 AM
TomyamPuteh: Sejuk mata memandang muka suami dia

Kenapa?? Pandang muka suami sendiri dah tak sejuk ke? Atau sentiasa hangat membara?{:run
Quote Skydiva 10-10-2020 11:31 AM
Rogue98: Huh...siapa ni ye...pelakon ke?


Die dlm group De Fam tu. Wiki kate die pelakon.. tp x pernah nmpk die blakon pn. Kenal die pn sbb die popular time De Fam dulu..
Quote YomiuriLandMae 10-10-2020 11:47 AM
sama la gak mcm kes zila bakarin.. watak mak mia dlm 7hm2 terpaksa dioffer dkt jasmin hamid sbb katanya watak tu x sesuai utk org yg bertudung..
Quote s3bil 10-10-2020 12:20 PM
Edited by s3bil at 10-10-2020 12:40 PM
cicicumel replied at 10-10-2020 10:14 AM
mcm muka pelakon Kampung People tu jer...

memang la iras lailer kg people. dah mmg dorang sedara pon. duk selayang
Quote wtvmjls 10-10-2020 12:25 PM
s3bil replied at 10-10-2020 12:20 PM
memang la iras lailer kg people. dah mmg dorang sedara pon. tggl di selayang

laaa sedara ke? baru tau
Quote gigahertz 10-10-2020 12:47 PM
s3bil:    Edited by s3bil at 10-10-2020 12:40 PM  memang la iras lailer kg people. dah mmg dorang sedara pon. duk selayang

Laa selayang ke. I mmg kat selayang ni{:run
Quote beta_carotene 10-10-2020 01:17 PM
Hubby dia cute muka macam kartun ujang
Quote cicicumel 10-10-2020 02:02 PM
s3bil replied at 10-10-2020 12:20 PM
memang la iras lailer kg people. dah mmg dorang sedara pon. duk selayang

seriously? haha patut la... masa x pakai tudung x nmpak sgt irasnye
Quote aemon 10-10-2020 02:17 PM
aritu kt immortal song dia free hair..tu shoot dah lama ke?
Quote ikanmasin 10-10-2020 05:21 PM
sedara rupanya..ptt lah muka lbh kurang jg..baru nak tanya2.hehehe
Quote wikedsaikel 10-10-2020 05:45 PM
I love her dance. Aku pon mcm alaaaa knp pakai tudung dah tapi tu hak dia
Quote TabletSusu 10-10-2020 05:57 PM
aku kenal dia sbb tgk citer saka sisters
dia berlakon dgn sara ali
Quote bambimbom 10-10-2020 07:00 PM
kdg2 tudung yg dia pakai tu buat nmpk lebih selekeh.. kdg aku tak paham.. ko pki shawl tp just pin mcm  tu je selak kanan kiri.. kan bagus ko pki tudung bawal je.. takde la serabut sgt.. ape pun suka tgk dia bubbly laki pun herlok
Quote mawarorked 10-10-2020 07:04 PM
Dia pernah muncul dulu buat iklan treatment rambut kat fb ads, dia kata rambut dia banyak gugur, rambut tengah makin nipis so maybe this is one her of reason.
Quote pekaba 11-10-2020 10:37 AM
Moga istiqomah ye. Jgn jd mcm kembong dan ungkasya dh ler

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top