Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Anak Sering Buat Perangai Berulang-Ulang, Adakah Itu Tanda Autisme? Apa Beza Autisme Dan ADHD?

9-10-2020 09:16 PM| Komen: 3



Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang sihat dan cerdas. Untuk mencapai matlamat ini, penjagaan rapi diberikan dari sudut kesihatan dan pemakanan mereka.

Di sebalik tubuh badan yang sihat, aspek pembelajaran juga menjadi salah satu fokus utama ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.

Oleh itu, selain masalah fizikal, simptom masalah kognitif dan pembelajaran anak-anak turut diberikan perhatian oleh golongan ibu bapa.

Sebut sahaja tentang masalah pembelajaran dan perkembangan kognitif anak-anak, tentu sekali penyakit seperti autisme akan bermain di fikiran.

Salah satu simptom utama atau tanda autisme adalah tingkah laku berulang-ulang. Namun, adakah simptom ini khususnya untuk autisme sahaja?




Memahami apa itu autisme

Autisme, atau lebih tepat lagi gangguan spektrum autisme (ASD), adalah sejenis penyakit neuro-perkembangan yang mempengaruhi aspek pembelajaran, interaksi sosial (lisan dan bukan lisan) dan tingkah laku seseorang.

Terma spektrum bermakna terdapat pelbagai tahap keterukan dan juga jenis diagnosis autisme yang berbeza.

Gejala atau perubahan yang menunjuk ke arah ASD sudah boleh mula dilihat seawal usia 2 hingga 3 tahun.

Menggunakan MHCAT (Mental Health Computerized Adaptive Testing), satu kajian dalam kalangan kanak-kanak berusia 18 hingga 36 bulan di klinik kesihatan Ibu & Anak-Anak Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati insiden ASD di Malaysia berada sekitar 1.6 dalam 1000 kanak-kanak.

Kajian juga mendapati kebarangkalian ASD adalah sebanyak 4 hingga 5 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding perempuan.

Punca sebenar ASD masih tidak dapat dipastikan.

Namun yang demikian, terdapat beberapa faktor risiko yang dapat meningkatkan kemungkinan untuk ASD berlaku.

Antaranya adalah usia ibu dan bapa yang meningkat, masalah lahir pramatang (< 33 minggu), sejarah autisme dalam keluarga, masalah perkembangan otak disebabkan faktor genetik, masalah kesihatan semasa mengandung atau masalah ketika proses bersalin. 




Apakah tanda autisme pada anak?

Antara gejala lazim untuk ASD adalah:

  • Hubungan mata yang terhad atau tidak wujud ketika berinteraksi
  • Tidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lain
  • Kesukaran dalam memahami isyarat sosial atau bukan lisan
  • Tingkah laku berulang-ulang
  • Bermain dalam dunia sendiri dan tidak melihat perkara yang ditunjukkan kepada mereka
  • Perbualan satu pihak
  • Mengulang percakapan mengenai perkara yang sama
  • Tidak main olok-olok
  • Mengibas-gibaskan tangan
  • Suka memutar objek 
  • Tidak suka akan perubahan
  • Suka menyusun objek

Autisme, ADHD dan OCD: Apa bezanya?

Mungkin ramai ibu bapa perasan terdapat banyak persamaan antara simptom ASD dan juga Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Namun yang demikian, terdapat perbezaan utama yang dapat membantu membezakan kedua-dua keadaan ini. 

Dari segi perhatian, penghidap ASD sukar untuk memberikan perhatian kepada sesuatu yang mereka tidak gemari.

Penghidap ADHD pula akan tidak gemar atau tidak memberi perhatian kepada sesuatu yang memerlukan fokus.

Dari sudut komunikasi pula, walaupun kedua-dua keadaan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah dalam berinteraksi, penghidap ASD akan tampak lebih terhad keupayaan sosial mereka.

Mereka kurang kesedaran sosial di persekitaran mereka dan terhad berkomunikasi lisan dan bukan lisan (hubungan mata dan sebagainya).


Lakukan perkara berulang-ulang, adakah ia tanda autisme?

Satu lagi perbezaan penting adalah penghidap ASD gemar melakukan sesuatu, khususnya sesuatu yang mereka suka, berulang-ulang kali.

Namun, penghidap ADHD tidak gemar akan perkara rutin khususnya untuk jangka lama.

Untuk gejala tingkah laku berulang-ulang, mungkin ramai yang akan perasan bahawa ia mirip gejala penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Ia adalah satu pemerhatian yang bagus.

Secara asasnya, seseorang yang menghidap ASD berupaya untuk mendapat tingkah laku obsesisif dan kompulsif yang berulang-ulang, persis gejala dalam penyakit OCD.

Namun yang demikian, keterukan simptom obsesif dan kompulsif ini adalah jauh lebih teruk dalam OCD berbanding ASD.

Jenis obsesif dan kompulsif dalam kalangan penghidap OCD juga adalah lebih rumit berbanding penghidap ASD.

Tambahan lagi, penghidap OCD tidak mempunyai gangguan bahasa dan komunikasi seperti yang dialami oleh penghidap ASD.

Untuk pencerahan lebih lanjut, dapatkan maklumat yang tepat daripada doktor anda. 



Sumber : hellodoktor.com




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 3
Komen

Previous : American Quran C Satu Usaha Membuka Mata Warga Amerika

Next       : Boleh Tahu Jantina Bayi Dengan Lihat Perut Ibu? Ini 5 Mitos Popular Tentang Ramalan Jantina Bayi

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Tahu Tak Berapa Usia Bumi Kita Sekarang, Macam Mana Nak Kira Umur Bumi?
Sakit Tiga Sekawan, Pernah Terfikir Tak Kenapa Batuk, Demam & Selesema Datang Sekali?
Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang
Apa Yang Anda Tahu Tentang Teori Big Bang? Ini 5 Salah Faham Paling Popular
Orang Kata Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Mengintai, Tapi Kajian Pula Buktikan Puncanya Stres?
American Quran C Satu Usaha Membuka Mata Warga Amerika
"Lelaki Makan Dulu, Wanita Stand By Tengok Apa Tak Cukup" - Kecoh Isu Makan Rumah Ayah Long!
Tawaran Ditarik Kerana Berhijab, Cik Manggis Reda Sebab Ada Rezeki Lain
Mira Filzah Dah Rancang Nama Anak Mula Huruf W
5000 Ekor Haiwan Mati Dalam Kotak, Syarikat Penghantaran Tak Hantar Kepada Penerima
Boleh Tahu Jantina Bayi Dengan Lihat Perut Ibu? Ini 5 Mitos Popular Tentang Ramalan Jantina Bayi
5 Tragedi Letupan Mega Paling Dasyat Dan Menggemparkan Dunia
Cara Mencegah Kanser Payudara, Ubah Gaya Hidup Anda Bermula Sekarang
Asal Usul Rokok Yang Mungkin Perokok Sendiri Pun Tak Tahu
Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!
Selulit Sana, Selulit Sini? Usah Gusar, Ini Cara Hilangkan Secara Alami
Awas! Strok, Serangan Jantung Punca Utama Kematian Di Malaysia
Macam-macam Gaya! Gelagat Lucu Tukang Gunting Rambut Ini Buat Netizen Terhibur
Selepas 11 Tahun, Akhirnya FarmVille Akan Ditamatkan Pada 31 Disember 2020
Latok Ni Anggur Laut, Sedap! Ada Yang Belum Cuba?
Terfikir Taknak Vaksin Atau Nak Tangguh Vaksin Anak? Ini 3 Akibatnya Anda Perlu Tahu
Bukan Samseng Biasa-Biasa! Ini Senarai 10 Kumpulan Mafia Terbesar Di Dunia

Komen Terbaru

Quote nanayaya 13-10-2020 03:38 PM
Kalau ada gejala kena rujuk Paed untuk pandangan yg lebih baik la kan

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 9-10-2020 09:53 PM
kalau sista vokuru buat perangai berulang ulang tanda nak kena tampar tu.
Quote Knowlee 9-10-2020 09:56 PM
Yg boleh diagnose hanya paediatrician saja. Kalau suspect anak mcm tu, bawak la pegi hospital, minta doktor tengok. Jgn self diagnosed, kita bukan pakar.
Quote nanayaya 13-10-2020 03:38 PM
Kalau ada gejala kena rujuk Paed untuk pandangan yg lebih baik la kan

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top