Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Lelaki Makan Dulu, Wanita Stand By Tengok Apa Tak Cukup" - Kecoh Isu Makan Rumah Ayah Long!

10-10-2020 09:00 AM Komen: 255
Foto: Twitter
Viral di Twitter mengenai suatu peraturan yang khabarnya disukai kaum Adam. Tweet itu mendapat lebih 30k ulang kicau dan lebih 1700 komen.

Menurut Wan Yusri, apabila makan di rumah ibu saudaranya, ibu saudaranya akan membuat peraturan seperti berikut.

Kredit foto: Twitter

Tambah Wan Yusri lagi, tatkala golongan lelaki sedang makan, kaum perempuan akan sentiasa bersiap sedia melayan kaum lelaki keluarga itu - menambah nasi atau mengisi air dalam gelas yang hampir habis atau kosong.

Usai kaum lelaki selesai makan, barulah kaum wanita akan makan. 

Kredit foto: Twitter

Tweet ini turut mendapat perhatian pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Menurut beliau, perkara seumpamanya tidak relevan lagi masa kini kerana sekiranya ia wujud ia akan menyusahkan para isteri. 

Kredit foto: Google

Ianya demikian kerana pada zaman kini para isteri lazimnya turut keluar bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup berbanding dengan zaman dahulu di mana hanya kaum suami keluar mencari sesuap nasi. 

Maka sebagai penghargaan isteri dan anak-anak perempuan akan menyediakan hidangan yang lazat serta layanan yang baik terhadap pengorbanan mereka.

Kredit foto: Google

Pelbagai faktor  seperti perubahan zaman, ekonomi, pendidikan membuatkan budaya yang dipraktikkan sejak turun temurun tidak lagi relevan walau pada pandangan sesetengah yang lain dirasakan adat itu baik.

Pada masa kini adalah lebih baik anak lelaki dan para suami turut terlibat dalam pengurusan rumah tangga kerana ia turut dianjurkan dalam syarak.

Kredit Foto - Google

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan Akhi Fairuz.


Namun apapun adatnya selagi mendapat persetujuan kedua belah pihak serta tidak melanggar hukum syarak, anda berhak meneruskannya seperti kata pepatah lain padang lain belalangnya. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
9
Komen: 255
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote renko 19-10-2020 09:46 AM
gideoncross replied at 18-10-2020 01:14 AM
Dh tntu barbaric af, ni konfem klau prmpuan buat slh yg x bsar, msti stahun kna ungkit tpi klau ll ...

Pastu famili bodoh ni mesti self proclaim famili dirg paling bagus serba serbi

Lain-lain Komen

Quote Daiken 10-10-2020 09:13 AM
yang dok comment tu macam dia tinggal serumah seberak samandi sebantal ngan suami dia....bongok....mesti ada sebab dia layan suami dia macam tu...mana tau suami dia berkorban cari rezeki and layan isteri dia sehabis baik...sebagai balasan isteri dia buat macam tu...
Quote bakingsoda 10-10-2020 09:21 AM
Edited by bakingsoda at 10-10-2020 09:22 AM

kalau mkn dgn parents adek badek takde turn mcm ni, tapi kalau mkn dgn family nenek pak sedara mak sedara sepupu bukan peraturan tapi kebiasaan yg lelaki dulu makan, tapi aku men tumpang sekaki je makan awal hehe. yg ibu2 semua makan lambat sbb bila dah start makan amik masa lama salah satunya sbb ada yg ada anak kecik pastu ye la mcm biasa membawang sambil makan tempat makan tak cukup besar utk tampung semua orang dlm satu masa
Quote Belibis 10-10-2020 09:22 AM
Ada satu hadis yang bermaksud lebih kurang,' seandainya Allah tidak mengharamkan sujud kepada makhluk,nescaya aku akan menyuruh isteri sujud kepada suami'
Kalau setakat berkhidmat semasa makan,apalah sangat.
Quote ellez 10-10-2020 09:24 AM
No 2 & no 4 tu mmg biasa iols buat..
Mcm bila somi dah start mkn,bru iols mkn..
Yg no 4, sbb tgk mama dan mil buat perkara sama walaupun ada pembantu.
Tapi kami buat mcm tu bkn bermakna papa,fil atau suami xtahu buat..
Cuma kaum lelaki yg disebutkan tu terlalu bnyk menyenangkan kami ppuan dlm bnyk segi..
Wajarlah dilayan sebaik mungkin..kan..
Quote syamzana 10-10-2020 09:28 AM
kalau rumah sempit nak mkn ramai2 blh la kot buat rule asingkan gini.tp bab apa yg tak cukup tu bini/org pompuan kene standby bedooh sgt. boh je segala benda tambah terus kat tepi then tmbh je la sendiri. jgn jadi cacat anggota boleh?
Quote sukacactus 10-10-2020 09:32 AM
Ini style dulu2
Masa kecik dl gerammmm je aku tgk
Pompuan masak tp laki mkn dl
Pastu apa balance2 tu je la gang pompuan mkn
Quote mbhcsf 10-10-2020 09:33 AM
oh my god!!! hmm...??? ni family rules ke ape ni lagu ni , no way Jose...
Quote lurve82 10-10-2020 09:35 AM
dia kawen dgn isteri ke dgn bibik?
Quote paz 10-10-2020 09:36 AM
Tak betul ni.
Quote mbhcsf 10-10-2020 09:39 AM
Edited by mbhcsf at 10-10-2020 10:07 AM

hahahah, i bagi these screenshots to a lady friend, dia balas sticker wanita bawa parang!!!!
Quote Artemesiaa 10-10-2020 09:41 AM
Ikut cara sesebuah keluarga tu mungkin.  Jenis yang masih nak beza2kan taraf dan jantina.  Nasib family tak macam tu semua akan diberi layanan sama rata.  Rasa lebih mesra bila semua makan sama2 tak perlu tunggu turn.
Quote cmf_premierleag 10-10-2020 09:44 AM
dlm family aku takyah tggu turn
lagipun ada je brg2 dapur yg aku beli guna duit aku sendiri bila masak2 (udang galah,sotong,ikan patin, lamb chop etc)
apahal lak aku nk bagi korang makan dulu???
Quote meow_tompok 10-10-2020 09:44 AM
kosser aku nak tunggu laki habis makan, aku dah masak aku dah lapar aku makan sekali... pastu laki basuh pinggan & tolong kemas meja. Say no to makmertua mcm mak long
Quote TomyamPuteh 10-10-2020 09:46 AM
Klau mkn kt kedai, ayah long mkn dlu, ibu long dok tepi meja telan air liur ke?
Quote mbhcsf 10-10-2020 09:54 AM
better kahwin dengan mixed lelaki kalau macam ni ...gosh scarry ye the rules Malay family ni.
Quote akuchenta 10-10-2020 09:55 AM
Kan lebih elok, makan bersama2..
Kenapa nk wujudkan peraturan zmn pak kaduk ni?

Even though suami tu kj, isteri housewife sj pun x ptt ada peraturan mcm ni.
Mmg la suami tu kj, tanggungjawab wife kt rmh jgn dinafikan. Wife juga kemas rmh, jaga anak, masak... Sama2 ada tanggungjawab..

Tapi, itu la.. Cara kita tak sama. Mungkin itu cara mereka bahagia.

Quote jiwasemangat 10-10-2020 09:56 AM
Masak je la lebih.. semua dpt makan . Bukan makan makanan lebihan  org lelaki.
..entah2.. kaum ibu kat dapor.. dah makan awal lagi masa membawang sambil masak..

Kalau mak aku.. dia lebih suka lihat makanan yg dia masak di makan habis licin oleh org lain.. dari dia yg licinkan.. puas hati dia kata

*I is x paham


Quote dakewa 10-10-2020 09:59 AM



Quote Mija 10-10-2020 09:59 AM
aku masak, aku kemas lepas masak, aku serve atas meja, aku makan. panggil laki & anak anak makan sekali. kalau lambat aku makan jer terus. pas makan, pinggan masing2 basuh sendiri. pinggan hidang lauk aku cuci & kemas meja aku juak buat. aku wanita berkerjaya profesional. sorry la nak menunggu bertuang air bersuap nasi bagai.

Lihat semua komen(255)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top