Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Tayang Hidup Mewah Tapi Rupa-Rupanya... - Beginilah Pengakhiran Seorang Instafamous

Oleh: Natrahn|10-10-2020 08:52 AM Komen: 73

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Bagaimana liciknya seseorang akhirnya tertangkap jua.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan penangkapan suspek Macau Scam  yang berpusat di negara kita.

Kes penipuan seumpamanya turut berlaku di negara lain. Kira-kira sebulan lepas, seorang instafamous turut ditangkap di Dubai. Namanya adalah Ramon Olorunwa Abbas atau lebih dikenali dengan nama Ray Hushpuppi, seorang rakyat Nigeria.


Instagram miliknya iaitu Hushpuppi mempunyai 2.5 juta pengikut. Melalui saluran media sosial ini, beliau sering berkongsi kehidupannya yang serba mewah. 

Dari koleksi kenderaan mewah miliknya, ke tempat-tempat mewah di serata dunia dengan menaiki jet peribadi, dan membeli beberapa jam tangan berjenama mewah. 


Selain itu, beliau sering membeli belah pakaian berjenama berharga ribuan dollar dan sering menjadi orang pertama membelinya terutama jenama keluaran terhad sehinggakan beliau menggelar dirinya sebagai Billionaire Gucci Master. 

Jaga-jaga, anda sedang diperhatikan!

Tindakan beliau berkongsi segala kemewahan yang dimilikinya di Instagram, telah menarik minat pihak FBI untuk mengenali siapa dirinya. Tambahan pula beliau sering memberitahu segala kemewahan miliknya ini adalah dari hasil perniagaannya tetapi tidak pernah menceritakan pada umum jenis perniagaan beliau.

Penyiasatan selama 4 bulan oleh FBI akhirnya telah membuahkan hasil. Rupa-rupanya Hushpuppi adalah seorang scammer dalam talian.
 
Dia  mempunyai rangkaian pasukan yang terdiri seramai 12 orang dengan modus operandinya adalah menghantar emel palsu ke beberapa buah pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak yang tertumpu di Liga Perdana Inggeris di UK. 

Kredit foto: BBC
Setelah itu, mereka berjaya menggodam data peribadi perbankan pasukan dan pemain tersebut dan seterusnya membuat transaksi secara dalam talian memindahkan wang tersebut ke dalam akaun palsu mereka di beberapa buah negara di serata dunia berjuta dolar setiap hari.


FBI dengan kerjasama pihak berkuasa Dubai telah berjaya menangkap Abbas dan pasukannya. Link video khas tersebut:


Kini Abbas atau Hushpuppi serta rakan subahatnya telah dihadapkan di mahkamah DOJ di New York, Amerika Syarikat. Sebagai seorang scammer dalam talian antarabangsa, Abbas juga pernah tinggal di Malaysia untuk beberapa ketika. 

Begitulah pengakhiran seorang Insta Famous dengan kehidupan yang serba mewah tetapi palsu. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 73
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chekacheku 16-10-2020 12:28 PM
Gejala biasa scammer sedunia..fesyen hauk..show off xagak2..

Lain-lain Komen

Quote dua_chzy 10-10-2020 08:58 AM
Fakiyu Abbas Hushupuppipi

Akak binci scammer.

#beliakertubenciscammer
Quote imransulaiman 10-10-2020 09:00 AM
Agak-agak yang kat Malaysia ni dah mula takut atau masih nak membongak? {:thief
Quote Belibis 10-10-2020 09:04 AM
Adakah syarat wajib seorang scammer kena tunjuk mewah?
Tak boleh ke hidup mcm orang awam? Kalau cikgu tetap pegi mengajar,kalau pomen tetap buka bengkel,walaupu duit berkepuk.Baru lah takde kena suspek.
Quote misssakura 10-10-2020 09:10 AM
bergod sana sini hujung2 scammer. set2 penunggang agama jugak la ni ye
Quote crinklecut 10-10-2020 09:10 AM
lepas tuh mesti nak acah2 god..god..ALLAH..ALLAH kat ig   
Quote helicornia 10-10-2020 09:14 AM
hodohnya baju fendi yg dia pakai tu. beli jenama bukan beli baju.kalau baju tu takde jenama takde sapa nk beli
Quote MeghanK 10-10-2020 09:25 AM
cash la duk flex sana sini kat socmed..yang followers pon teringin hidup macam para influenza nih..kalau memang old money kaya berkurun2 orang tak heran..ini tetiba hidup mewah taktau mana punca memang kena cari lah

erm, tu la penting nya education supaya tak bodoh begini
Quote sukacactus 10-10-2020 09:28 AM
Yg asyik flex kat socmed tu hati2 la
Ada yg memerhati
Quote mbhcsf 10-10-2020 09:30 AM
oh my god...awat fashion sense dia tu hmm...hmmm....hmmm?
Quote Normabaru 10-10-2020 09:31 AM
Nama hushpuppi
Tp fanataik gucci



Oh mai...


Class kenot buy
Quote Artemesiaa 10-10-2020 09:34 AM
Sebab tu jangan mudah bagi pujian kalau tak kenal betul2 orangnya macam mana takut scammer je kerja sebenarnya
Quote syamzana 10-10-2020 09:39 AM
ternyata scammer2 ni mmg bodoh ye...dah tau keje haram flex sana sini lagi.
Quote cmf_premierleag 10-10-2020 09:40 AM
Edited by cmf_premierleag at 10-10-2020 09:42 AM

gucci ke hulu gucci ke hilir..body gundu gak
patutnya ms ko kaya byk duit tu, pi la hire the best personal trainer utk train ko dpt body yg 6 packs ke
or ko buat je HCG injection utk kurus
at least merasa la jd kurus walau lps tu kene tangkap
pastu ko menten je diet eat clean
ni gucci ke hulu gucci ke hilir...body gemok
Quote lurve82 10-10-2020 09:44 AM
aku dgn laki aku byk kali scammer ni call...tp aku ignore je...mmg xkan angkat...pape wasap je...tp laki aku penah dpt wasap dari nigger ni...ckp tersalah send duit la apa la dlm akaun laki dan dia dari spore..dia suh send duit tu semula...tgk nombor tu dari tmpt lain..laki aku balas...nak menipu pun bodoh..nombor tu bukan dari spore..terus laki aku kena f*ck u....harap2 semua scammer ni burn in hell....
Quote Eliadaisy83 10-10-2020 09:45 AM
misssakura replied at 10-10-2020 09:10 AM
bergod sana sini hujung2 scammer. set2 penunggang agama jugak la ni ye

Hahaha..kan. rupanya scammer luar negara pon penunggang agama mcm di negara kita.
Quote Knowlee 10-10-2020 09:45 AM
imransulaiman replied at 10-10-2020 09:00 AM
Agak-agak yang kat Malaysia ni dah mula takut atau masih nak membongak? {:thief

Kita tengok semua yg sebelum ni asyik menayang mewah, masih tayang lagi ke tak... Kalau masih tayang, mmg bodoh piang sungguh.
Quote bungarose 10-10-2020 09:47 AM
Same modus operandi
Flex mewah, guna nama tuhan
Behind the scene, curi scam pedaya duit orang
Justify kemewahan dengan rezeki yang melimpah ruah kononyer
Quote TomyamPuteh 10-10-2020 09:48 AM
Hanjeenggg utk hushpuppi
Quote djzara81 10-10-2020 11:15 AM
Aku benci dgn org tayang duit berkepuk2 pastu buat caption acah2 Islamik.

Lihat semua komen(73)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top