Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Orang Kata Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Mengintai, Tapi Kajian Pula Buktikan Puncanya Stres?

9-10-2020 02:33 AM| Komen: 5



Asal muncul ketumbit pada mata sahaja, orang mesti akan mengaitkannya dengan tabiat mengintai bukan?

Ya, ini adalah satu kepercayaan orang lama yang tidak seharusnya diteruskan kerana ternyata ia tidak benar!

Persoalannya, apakah punca sebenar ketumbit? Adakah ia disebabkan oleh stres? Ataupun ia berlaku kerana tidak cukup tidur?

Tenang, mari kita sama-sama cari jawapannya menerusi pembacaan artikel ini dengan lebih lanjut.


Apa itu ketumbit?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan kondisi yang berlaku pada mata ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ketumbit (hordeolum atau stye) adalah satu kondisi di mana timbul benjolan pada kelopak mata seperti sedang membengkak.

Ia sering kali dikaitkan dengan tabiat mengintai,  namun itu bukan sebabnya kerana ia berlaku akibat jangkitan bakteria Staphylococcus aureus.

Meskipun ia tidaklah berbahaya tetapi tetap akan mengganggu aktiviti seharian ekoran rasa tidak selesa selain menjejaskan penampilan anda.

Jenis-jenisnya

Sebelum itu, kalian harus tahu bahawa terdapat 3 kelenjar kelopak mata yang sering dijangkiti iaitu kelenjar Zeis, Moll, dan Meibom.

Berdasarkan kelenjar-kelenjar ini, ketumbit boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:

  • Hordeolum interna (meibom)
  • Hordeolum eksterna (zeis dan moll)

Untuk pengetahuan anda, hordeolum interna biasanya akan muncul pada kelopak mata atas sementara hordeolum eksterna akan muncul pada pangkal bulu mata sama ada pada kelopak mata atas atau bawah.

Sebenarnya adalah agak sukar untuk kita semua membezakannya kerana kesemuanya kelihatan sama sahaja.

Maka sila dapatkan bantuan dan rawatan daripada doktor sekiranya anda perasan mata telah terjangkiti kondisi ini.


Apa punca ketumbit?

Seperti mana yang kita semua telah baca di atas tadi, kondisi ini berpunca daripada bakteria Staphylococcus aureus.

Ia akan menjangkiti bahagian kelenjar minyak yang terdapat di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata.

Untuk pengetahuan anda, bakteria ini boleh datang daripada sebarang perkara atau perbuatan yang menyentuh atau menggosok mata seperti jari, tangan atau alat solek.

Anda mungkin cenderung untuk dapat lebih banyak ketumbit semasa musim alahan apabila mata menjadi gatal.

Selain itu, anda juga mungkin akan lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda menghidapi blepharitis C sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.

Chalazion

Dalam pada itu, kalian juga harus tahu bahawa ada penyebab kondisi ini yang bukan disebabkan oleh bakteria iaitu chalazion.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu kondisi di mana berlaku penyumbatan pada kelenjar kelopak mata tanpa adanya jangkitan bakteria.

Penyumbatan tersebut seterusnya akan menyebabkan isi kelenjar terkumpul dan menggalakkan terjadinya keradangan pada kelopak mata.

Kesannya, akan muncul benjolan yang hampir mirip dengan hordeolum.

Benarkah stres juga boleh jadi punca ketumbit?


Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa kondisi ini boleh terjadi akibat jangkitan bakteria serta penyumbatan kelenjar kelopak mata.

Kini kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu benarkah stres juga boleh jadi punca ketumbit?

Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang bukti saintifik yang dapat menghubungkan perkaitan di antara stres dan ketumbit.

Pun begitu, anda mungkin tidak perlu berasa hairan jika selalu terkena kondisi ini ekoran stres yang dihidapi kerana mungkin ada benarnya.

Menurut segelintir ahli oftalmologi (pakar mata), stres dan juga tidur yang tidak mencukupi serta berkualiti boleh meningkatkan risikonya.

Antara penjelasan yang diberikan mereka adalah stres boleh melemahkan sistem imun dalam tubuh badan manusia menjadikan kita semua lebih mudah terkena jangkitan.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2017, hormon stres seperti norepinephrine boleh bertukar kepada 3,4-dihydroxymandelic acid (DHMA) lantas mengakibatkan bakteria lebih mudah menjangkiti tubuh badan.

Dalam pada itu, stres juga akan mengakibatkan anda kurang tidur sekali gus melemahkan imuniti tubuh badan serta menjejaskan sel darah merah yang berfungsi untuk melawan jangkitan pada tubuh badan.

Stres juga akan membuat tubuh badan kalian penat dan letih sekali gus cenderung mengabaikan tahap kebersihan serta kesihatan tubuh badan termasuklah mata.

Jadi jawapan mudahnya adalah ya, stres mungkin boleh menjadi salah satu punca ketumbit.

Bagaimana merawat kondisi ini?



Usah khuatir kerana dalam kebanyakan kes, ketumbit akan hilang sendiri dan tidak memerlukan sebarang rawatan lanjutan.

Pun begitu, sila pastikan mata anda diperiksa jika ia tidak pulih dalam masa beberapa hari, tumbuh dengan cepat, mula keluar darah atau menjejaskan penglihatan anda.

Ini mungkin petanda jangkitan itu sudah merebak dengan lebih teruk!

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan tip-tip di bawah ini:

  • Jangan sesekali cuba untuk memecahkannya
  • Tuam dengan tuala yang suam
  • Urut dengan cermat dan perlahan
  • Elak daripada menggunakan alat kosmetik
  • Elak daripada menggunakan kanta lekap

Akhir kata, ketumbit mungkin tidak berbahaya namun anda masih perlu berwaspada dengannya, ya?



Sumber : hellodoktor.com




Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 5
Komen

Previous : Apa Yang Anda Tahu Tentang Teori Big Bang? Ini 5 Salah Faham Paling Popular

Next       : American Quran C Satu Usaha Membuka Mata Warga Amerika

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Tahu Tak Berapa Usia Bumi Kita Sekarang, Macam Mana Nak Kira Umur Bumi?
Sakit Tiga Sekawan, Pernah Terfikir Tak Kenapa Batuk, Demam & Selesema Datang Sekali?
Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang
Apa Yang Anda Tahu Tentang Teori Big Bang? Ini 5 Salah Faham Paling Popular
American Quran C Satu Usaha Membuka Mata Warga Amerika
Rezeki, Scha Alyahya Tak Malu Akui "Ini Baby PKP"
"Janganglah Duk Telefon Ya" Dr Erin Tak Larat Digoda Ramai Lelaki
"Biarlah Kisah Cinta Saya Kekal Rahsia, Jadi Kahwin Baru Saya Kongsikan" - Uqasha
"Pelakon Lain Mungkin Boleh Tutup Mata, Tapi Saya..." - Que Haidar Sound Siapa?
Da'i Wan Buka Butik Kecantikan Kenderaan, Ustaz Ustazah Boleh Cuci Kereta Percuma!
Sekeping Nota Sejukkan Hati Masyarakat Yang Sedang Panas Dengan Isu Kuarantin
Anak Sering Buat Perangai Berulang-Ulang, Adakah Itu Tanda Autisme? Apa Beza Autisme Dan ADHD?
Boleh Tahu Jantina Bayi Dengan Lihat Perut Ibu? Ini 5 Mitos Popular Tentang Ramalan Jantina Bayi
5 Tragedi Letupan Mega Paling Dasyat Dan Menggemparkan Dunia
Cara Mencegah Kanser Payudara, Ubah Gaya Hidup Anda Bermula Sekarang
Asal Usul Rokok Yang Mungkin Perokok Sendiri Pun Tak Tahu
Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?
Betul Ke Pemakaian Deodoran Boleh Menyebabkan Kanser Payudara? Ini Jawapan Pakar
Nak Pakai Pelitup Muka, Tapi Tetap Mahu Tunjuk 'Muka'... Ini Penyelesaiannya!
"Jahat Lantai Ni, Biar Mama Pukul Dia!" - Ubah Sebelum Menyesal

Komen Terbaru

Quote shenyi 2-11-2020 11:50 AM
Thank you for the info. Kawan saya baru saja jalani rawatan untuk ketumbit atau dikenali sebagai chalazion
Sebelum tu, swelling tu berpanjangan selama beberapa minggu. dia pun ada guna eye pad dari watson jenama jepun tapi tak ada effect.
Akhirnya, kena jumpa doktor sebab chalazion itu sudah jadi keras. Lepas rawatan, kena pakai pelindung mata dan tak boleh memandu.

Lain-lain Komen

Quote seribulan 9-10-2020 09:26 AM
Untuk pengetahuan anda, bakteria ini boleh datang daripada sebarang perkara atau perbuatan yang menyentuh atau menggosok mata seperti jari, tangan atau alat solek.
Anda mungkin cenderung untuk dapat lebih banyak ketumbit semasa musim alahan apabila mata menjadi gatal.

Selain itu, anda juga mungkin akan lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda menghidapi blepharitis C sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.


Good info
Quote Hikaripinky 9-10-2020 10:44 AM
Good infoo
Quote nanayaya 17-10-2020 09:32 AM
haha...bolehlah mengintai pulak
Quote Scheherazade 18-10-2020 11:02 PM
Selain mengintai, masa kecik2 dulu salu dgr org ckp, ketumbit ni sbb kena kencing dek lipas And i was told ada natural remedy utk rawatan dia tp like euwww la sikit
Quote shenyi 2-11-2020 11:50 AM
Thank you for the info. Kawan saya baru saja jalani rawatan untuk ketumbit atau dikenali sebagai chalazion
Sebelum tu, swelling tu berpanjangan selama beberapa minggu. dia pun ada guna eye pad dari watson jenama jepun tapi tak ada effect.
Akhirnya, kena jumpa doktor sebab chalazion itu sudah jadi keras. Lepas rawatan, kena pakai pelindung mata dan tak boleh memandu.

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top