Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Nak Bergurau - Aib Gambar DG Tan Sri Hisham, MGAG Mohon Maaf

9-10-2020 09:56 AM Komen: 30

Sesetengah orang suka mencari publisiti murahan. Baru-baru ini, Fahmi Redza yang terkenal menghasilkan karya berbaur penghinaan dan sindiran telah muncul dengan foto menyerupai Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang tular di media sosial.

Terkini, ada pula satu gambar yang juga tular di media sosial di mana gambar itu menunjukkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sedang mengadakan sidang media di rumah dengan hanya memakai seluar dalam dan kain pelikatnya. Melampau betul !


Kredit foto: MGAG

Namun, setelah sedar dengan pelbagai reaksi negatif netizen, MGAG yang bertanggungjawab menghasilkan meme itu memadam posting tersebut. Mereka  meminta maaf dan mengatakan hanya ingin menyelitkan gurauan dalam situasi yang agak tegang ketika ini. 


Kredit foto: MGAG

Walaupun permohonan maaf dibuat, polis telah membuka kertas siasatan ke atas akaun Facebook MGAG yang menyebarkan gambar aib Ketua Pengarah Kesihatan tersebut. 

Memetik laporan Harian Metro, kertas siasatan ini dibuka atas laporan dibuat di Senawang mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998. 

Agak menyedihkan apabila foto Dr Hisham yang sekian lama komited berkhidmat mengekang pandemik Covid-19 ini diperlakukan sedemian rupa. Nak bergurau pun ada batasnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 30
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote amyza82 11-10-2020 10:17 AM
Padan muka tepekong.
Ingat buat salah minta maaf, mcm selalu settle, padan muka kali ni sangkut.
Cuba kalo kaum dia yg kena, sampai mampus diaorg melalak, tapi bila kaum dia buat kaum lain, releks je kaum dia buat bodoh..
Sbb tu klu kaum dia kena apa2, kaum lain takyah berita sgt nk back up.

Lain-lain Komen

Quote sharlenetexas 7-10-2020 10:33 PM
Padan muka cari pasal sangat.
Quote Xim 7-10-2020 10:35 PM
Done unlike page sampah.....

Dasar gile glamer siap letak name....
Quote umbut 7-10-2020 10:41 PM
Rasakan... biadap... pastu senang je... minta maaf
Quote siq 7-10-2020 10:42 PM
dah siap fotostat n laminate kad OKU tak mamat tu gamaknya.....
Quote amerald 7-10-2020 10:45 PM
bagus jangan diberi muka
Quote Orix 7-10-2020 11:07 PM
Cashhhh cashhh cashhh. Kalo ko edit gmbo takiri ke gmbo muntri kesihatan yg xde function iols rs aman2 jah netizen tolong tambah lauk utk membahan
Quote Belibis 7-10-2020 11:08 PM
amerald replied at 7-10-2020 10:45 PM
bagus jangan diberi muka

Simpan dulu kegembiraan anda.Baru buka kertas siasatan.lambat lagi nak klimak.
Quote mikasa 7-10-2020 11:10 PM
Sempat lagi kalau nak mengOKU kan diri sendiri sebelum kena tangkap
Quote per706 7-10-2020 11:15 PM
Padan muka,dumbass

Da report pon page.org tu da la "head" of ministry skang sbb "head" da jadi "tail" . Dgn KABINET prangai cam #*&$-# memasing. Abah x Abah! bwak penyakit belaka. Menteri2 pon RAKYAT jugak.

Quote epuepy 7-10-2020 11:30 PM
Xim replied at 7-10-2020 10:35 PM
Done unlike page sampah.....

Dasar gile glamer siap letak name....

Xim. Seepp sikit. Sama la. Done unlike mgag.
Quote famri7 7-10-2020 11:34 PM
Page yang trying hard sngt nk jd mcm 9gags versi banana....ummah banana is corniest variation ever okkeh...espwcially guna jargon urban dictionary yang offputting.
Quote Decaffeinated 7-10-2020 11:43 PM
Belibis replied at 7-10-2020 11:08 PM
Simpan dulu kegembiraan anda.Baru buka kertas siasatan.lambat lagi nak klimak.

In the end xde apa. Gambar edit bukan aib.
Quote Xim 8-10-2020 06:50 AM
epuepy replied at 7-10-2020 11:30 PM
Xim. Seepp sikit. Sama la. Done unlike mgag.

bagus....ayuhhhh kt seppp....
Quote dodolgemok 8-10-2020 06:58 AM
Orix replied at 7-10-2020 11:07 PM
Cashhhh cashhh cashhh. Kalo ko edit gmbo takiri ke gmbo muntri kesihatan yg xde function iols rs ama ...

Betul tu. Dia silap org utk membahan. Dr noor Hisham xde kena mengena dgan hal politik menteri2 sampah itu.
Quote syaz_lina 8-10-2020 07:36 AM
Banana kanina page mgog ni..buat lawak langsung tak onpoint. Nk tiru 9gag kunun
Quote watie79 8-10-2020 09:08 AM
so kad OKU dah siap belum...? sempat lagik nih
Quote me12345 8-10-2020 09:12 AM
Sumbat penjara kedah....
Quote MadameOnion 8-10-2020 09:55 AM
mgag ni tak lawak mana pun..lebih kepada lawak2 bodoh acah2 urban liberal je...aku lagi lawak
Quote natrahn 9-10-2020 09:56 AM



Sesetengah orang suka mencari publisiti murahan. Baru-baru ini, Fahmi Redza yang terkenal menghasilkan karya berbaur penghinaan dan sindiran telah muncul dengan foto menyerupai Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang tular di media sosial.



Terkini, ada pula satu gambar yang juga tular di media sosial di mana gambar itu menunjukkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sedang mengadakan sidang media di rumah dengan hanya memakai seluar dalam dan kain pelikatnya. Melampau betul !




Kredit foto: MGAG




Namun, setelah sedar dengan pelbagai reaksi negatif netizen, MGAG yang bertanggungjawab menghasilkan meme itu memadam posting tersebut. Mereka  meminta maaf dan mengatakan hanya ingin menyelitkan gurauan dalam situasi yang agak tegang ketika ini.




Kredit foto: MGAG



Walaupun permohonan maaf dibuat, polis telah membuka kertas siasatan ke atas akaun Facebook MGAG yang menyebarkan gambar aib Ketua Pengarah Kesihatan tersebut.


Memetik laporan Harian Metro, kertas siasatan ini dibuka atas laporan dibuat di Senawang mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.


Agak menyedihkan apabila foto Dr Hisham yang sekian lama komited berkhidmat mengekang pandemik Covid-19 ini diperlakukan sedemian rupa. Nak bergurau pun ada batasnya. - CARI

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top