Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Rumah Berjuta Tak Laku, Sibuk Nak Minta 'Bail Out'

7-10-2020 11:50 AM Komen: 76




Pandemik Covid-19 telah menjejaskan banyak industri. Ianya bukan sahaja memberi impak negatif terhadap peniaga kecil-kecilan, malahan turut 'meruntuhkan' syarikat-syarikat mega, termasuklah industri perumahan.

Desas-desus menyatakan yang syarikat mega ini, UEM Sunrise meminta pertolongan dari kerajaan agar 'menyelamatkan' mereka daripada terus kerugian.

Tidak hanya itu, portal hartanah turut meramalkan kemungkinan ia akan bergabung dengan sebuah lagi syarikat hartanah yang dalam kata lain 'perlu diselamatkan'.

Hal ini menimbulkan kemarahan warga maya yang bengang dengan permainan orang-orang kaya dan berkuasa itu.


Foto :Twitter

Sementelah dengan harga rumah yang tidak masuk akal dengan situasi ekonomi rakyat Malaysia, nampaknya syarikat hartanah ini lebih rela membiarkan rumah-rumah tersebut tanpa penghuni daripada menjualnya dengan harga lebih rendah. Ianya berlaku di Puncak Alam dan Semenyih.

"So mcam biasalah SA akan bilang 80% 90% unit dah terjual, mereka akan cakap benda yang sama end up menteri reduce kelayakan untuk pemilikan asing dari sejuta ke 600K sebab lambakan perumahan yang gagal dijual."


Semi D  berharga RM575 ribu ke 2 juta - Twitter

Bukan sahaja harga rumah yang tidak turun, saham syarikat mega ini juga turun dari RM3.60 seunit kepada 70 sen sahaja menjelaskan betapa industri hartanah berada dalam situasi kritikal. Namun, tiada tindakan drastik dilakukan untuk menurunkan harga rumah pun.

Jadi, betullah rumah tak laku, tapi jurujual kata hampir semua terjual!

Foto : Twitter

Jika terpaksa menyelamatkan sekalipun, perlu ke dengan dana milik kerajaan atau lebih tepat harta rakyat?


Foto : Twitter

Sama-sama kita nantikan kesudahan cerita ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 76
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote palmolive 13-10-2020 02:51 PM
anony-mous replied at 12-10-2020 01:01 AM
Padahal jual murah2 half price dpt jugak balik modal. Silap2 masih untung. Bukan mahal pon tanah m ...

mana cukup tokey nak bayar installment kete mewah

Lain-lain Komen

Quote Belibis 7-10-2020 11:52 AM
Bukan ke geng hartanah cakap rega rumah takkan jatuh?
Quote Rotisserie 7-10-2020 12:00 PM
Xpyh nk bail out la.. Jual jela rumah tu hrga murah2. Dh tau unit sedia ada byk blm jual, gigih nk buat yg baru. Dh la hrga mahal namateyy. Kerajaan, PBT pn 1 hal.. dok luluskn projek perumahan,shopping lot je manjang pdhl dh tau byk unit kosong... Suruh developer tu buat jgk skolah, hospital utk kerajaan.
Quote AbukRokok 7-10-2020 12:25 PM
Belibis replied at 7-10-2020 11:52 AM
Bukan ke geng hartanah cakap rega rumah takkan jatuh?

klu tak jatuh maknanya zaman british dulu harga rumah hanya RM100-200 je
Quote AbukRokok 7-10-2020 12:26 PM
jangan kambing hitamkan kobid 90 yang innocent untuk merge
padahal tahun 2018 dah dgr cerita
Quote Nnasda53 7-10-2020 03:30 PM
iklan 80%-90% dah terjual..so yang terjual sgt tu mereput mcm tu je lah.

maknanya betul lah juga harga rumah jatuh juga akhirnya.
Quote fishcracker 7-10-2020 05:21 PM
Padan muka {:nose
Quote tagas 7-10-2020 07:42 PM
tersontottttt

padan mukeee ko syiallllll
Quote Meiizu 7-10-2020 11:28 PM
Tengok developer masih lagi blumba buat projek sana sini..apa guna kalau bina 50unit terjual 10 je...patut surender je dari awal takjadi buat.
.walaupun masa promo over confident siap taa yaa paaa wauu konon unit sekian2 dah org book
Quote Rogue98 8-10-2020 01:50 AM
Co besar tapi tak buat research ke?
Jual jer lah murah2 dpd tersadai x berpenghuni. Harga rumah letak melampau2 bila x dpt jual expect kerajaan bail out...bongok lah
Quote LipasComel 8-10-2020 08:01 AM
Mahal naw rumah. sapa je boleh beli. T20 tu berapa percent je dkt Msia ni yg developer memasing jemaah buat rumah hrga juta2
Quote TeropongGirl 8-10-2020 08:45 AM
Teringat plak ada satu projek ni ada booth dekat satu mall area ofis iolls. First time lalu, org tu promote rumah dah 90% terjual. Lagi sebulan dua iolls lalu lagi... masih 90% dah terjual kena cepat2 book , sebb laku 'sangat', takut tak sempat grab.. haha
Quote mziskandar 8-10-2020 09:47 AM
buat project perumahan kena dpt kelulusan.
pihak kerajaan/pbt yg bagi kelulusan kena check infra cukup ke tidak,
bekalan air
cukup ke tidak dan bnyk lagi lain2..
buat keje elok2.
tak boleh ambik/bagi rasuah.
Quote makadek 8-10-2020 03:59 PM
Port photoshoot...mmg osem mcm oversea
Quote ejans 9-10-2020 12:04 AM
Org xde akal je beli rmh dkt puncak Alam semenyih atas 500k
Quote cmf_premierleag 9-10-2020 12:14 AM
ejans replied at 9-10-2020 12:04 AM
Org xde akal je beli rmh dkt puncak Alam semenyih atas 500k

khueeennn
kawan aku belinkt eco grandeur sana tu
skang merempan nk jual balik sbb rs menyesal x sudahh
drpd beli puncak alam sana tu, baik la beli kat Elmina/Denai alam kalo nk fefeling duk belah2 sana
Quote fezy 9-10-2020 06:58 AM
Meiizu replied at 7-10-2020 11:28 PM
Tengok developer masih lagi blumba buat projek sana sini..apa guna kalau bina 50unit terjual 10 je.. ...

biasa gitu mesti sbb tanah dah beli n maybe loan beli tanah tu pun dah start bayar. so nak xnak, kn gak develop tanah nk dptkan duit
Quote akies 9-10-2020 09:25 AM
Rotisserie replied at 7-10-2020 12:00 PM
Xpyh nk bail out la.. Jual jela rumah tu hrga murah2. Dh tau unit sedia ada byk blm jual, gigih nk b ...

Kat area rumah aku ni , abis naik kondo je semua. Tapak sekolah tkde.
Sekolah lak tu aje, tkde sekolah baru
Punyalah sesak2 murid dlm kelas
Quote newme11 9-10-2020 10:08 AM
skrg ni rumah terlalu mahal.... x sngup nk tgk bayaran bulanannya
Quote pakderis 9-10-2020 02:22 PM
permainan kapitalis & T20 yang sangat melampau, nak jual negara pada bangsa asing

Lihat semua komen(76)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top