Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

1-10-2020 12:09 AM| Komen: 18




“Aduh, gatal ketiak pula lepas pakai deodoran ni!” Kata Razif sambil memegang deodoran berjenama XXX dalam tangannya. Habis ketiak bengkak dan sakit!

Pasti anda juga pernah senasib dengan Razif bukan? Ketiak anda tiba-tiba rasa gatal selepas memakai deodoran ataupun produk antipeluh (antiperspirant).

Sudahlah baru tukar deodoran baru, tapi apabila pakai, badan jadi gatal pula!

Awas ya, ini mungkin tanda anda ada alergi terhadap deodoran anda!

Ikuti artikel kami untuk ketahui punca serta cara merawat kegatalan ketiak anda dengan kaedah yang selamat.


Jaga-jaga terhadap bahan kimia di dalam deodoran

Deodoran merupakan salah satu bahan kosmetik yang kita semua pakai setiap hari.

Tanpanya, kita mungkin akan rasa kurang selesa, tidak yakin dan was-was dengan bau badan sendiri.

Selalunya, sebotol deodoran mengandungi gabungan deodoran dan juga bahan antipeluh (antiperspirant).

Sama seperti sabun mandi, shampoo dan juga bahan-bahan kosmetik lain, deodoran dan antipeluh juga mengandungi banyak bahan kimia yang mungkin asing bagi kita.

Kadang-kadang, bahan kimia ini boleh sebabkan kegatalan pada kawasan ketiak anda.

Cuba periksa sama ada anda mempunyai alergi ataupun tidak dengan bahan yang terkandung dalam deodoran anda.


Ketiak sakit, gatal dan kemerah-merahan


Jika anda alami simptom ini, mungkin ada bahan kimia di dalam deodoran atau antipeluh anda yang mencetuskannya.

Alahan yang disebabkan oleh bahan kimia yang bersentuhan dengan kulit anda dinamakan alahan dermatitis sentuh (contact dermatitis).

Penyakit ini tidak berjangkit ataupun mengancam nyawa, tetapi akan menyebabkan penghidapnya rasa tidak selesa.

Jika anda rasa diri anda mengalami alergi, cuba periksa kulit di bahagian ketiak anda. Reaksi alergik yang biasa terhadap deodoran ialah:

  • Kulit jadi kemerahan
  • Rasa sakit dan pedih
  • Kulit jadi berkuping dan naik ruam
  • Rasa gatal-gatal yang amat sangat
  • Timbul ketulan pada permukaan ketiak

Kadang-kadang, alergi terhadap deodoran dan antipeluh tidak akan berlaku serta-merta. Anda mungkin mendapat simptom setelah berbulan-bulan menggunakan deodoran yang sama.

Selain itu, disebabkan produk yang dijual di pasar raya selalu melalui proses pengubahsuaian dan penambahbaikan, mungkin alergen tersebut baru ditambah ke dalam formulasi.

Sebab itulah produk yang anda sudah pakai lama tiba-tiba sahaja buatkan anda rasa gatal-gatal!


Bahan apa yang sebabkan ketiak sakit dan gatal?

Cuba anda baca informasi pada bahagian belakang deodoran anda. Ada banyak bahan kimia dalam senarai yang anda sendiri tidak pasti bukan?

Tetapi, ada beberapa bahan yang anda patut kenal dan berjaga-jaga jika anda mempunyai alahan terhadap deodoran.

3 bahan yang selalunya membuatkan kulit anda merengsa ialah pewangi, aluminium, dan juga bahan pengawet seperti paraben.

1. Pewangi (parfum)

Pewangi merupakan bahan yang selalu menjadi punca alergi.

Sebuah kajian yang dijalankan dalam kalangan pesakit ekzema, 1 daripada 4 orang yang mempunyai alergi kepada pewangi mendapat tindak balas alergi ketika memakai deodoran.

Namun, keradangan mereka beransur pulih setelah bertukar menggunakan deodoran dan antipeluh yang tidak mempunyai sebarang kandungan pewangi.

2. Aluminium

Aluminium ataupun garam aluminium merupakan bahan yang digunakan secara meluas dalam produk kosmetik.

Dalam deodoran, bahan inilah yang menyekat anda daripada berpeluh!

Ada individu yang melaporkan mengalami dermatitis sentuh selepas memakai produk yang mengandungi garam aluminium, namun bilangannya amatlah sedikit.

Bahan ini boleh membuatkan ketiak anda bengkak dan sakit.

3. Paraben

Paraben pula ialah bahan yang digunakan di dalam kosmetik untuk mengelak pertumbuhan kuman, fungi dan yis di dalam deodoran.

Walau bagaimanapun, banyak produk yang telah mengeluarkan paraben daripada formulasi mereka kerana kebimbangan pengguna mengenai paraben yang mungkin boleh mengakibatkan kanser.

Tetapi, American Cancer Society menafikan bahawa paraben boleh mengakibatkan kanser. Malah, masih tidak ada bukti yang konkrit sehingga ke hari ini yang dapat mengaitkan paraben dengan risiko kanser.

Apa yang anda perlu lakukan jika ketiak gatal selepas memakai deodoran?

Pertama sekali, basuh ketiak anda dengan air yang mengalir. Rasa ketiak gatal dan sakit patut beransur-ansur pulih.

Cuba hilangkan sebanyak mungkin sisa deodoran yang ada. Kalau boleh, gunakan sabun yang mempunyai pH yang neutral.

Sapukan krim yang boleh membuatkan ketiak anda rasa sejuk dan lega.

Anda juga boleh mengambil ais atau apa-apa bahan yang sejuk dan tekapkan pada ketiak anda untuk kurangkan rasa pedih dan gatal-gatal.

Kesimpulan


Deodoran dan antipeluh merupakan bahan kosmetik yang wajib dipakai setiap hari.

Walau bagaimanapun, masih ada risiko untuk anda mengalami gatal-gatal setelah memakai deodoran, lebih-lebih lagi setelah anda bertukar menggunakan produk baru.

Selalunya, rasa ketiak bengkak dan sakit ini akan berlalu sejurus sahaja anda bertukar kepada produk lain.

Namun, jika simptom gatal-gatal itu berkekalan, sila berjumpa doktor anda untuk rawatan lanjut.

Doktor anda boleh melakukan patch test untuk mengenal pasti apa yang menyebabkan anda mengalami tindak balas alergi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Sumber : hellodoktor.com




Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 18
Komen

Previous : Mitos Jin Di Gua Hira' Akhirnya Terjawab

Next       : The Tulip, Menara Dengan Gondola Berputar Tarikan Terbaru London Menjelang 2025

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 6-11-2020 01:48 PM
Pakai bila klr rmh je. Yg sesuai dgn aku adh dlm btk stick. Klu kt rmh, mmg aku jrg pakai deodorant ni

Lain-lain Komen

Quote najib888 1-10-2020 12:18 AM
Jadilah seperti abang la.. tak hipokrit, ketiak tengik..
Quote lavendernovella 1-10-2020 12:33 AM
Kalau dh x sesuai atau alergik berhenti terus. Kena rajin mandi. Baju kena pakai dari kain kapas. Kalau teruk berpeluh lap dgn wet tissue dan keringkan dengan tisu biasa.

Kalau teruk sgt harus ke klinik.
Quote angelawoosh 1-10-2020 01:02 AM
Ketiak mase mandi mesti lah digosok ye dgn berus lembut atau sponge.daki yg menyumbat liang peluh buat bau ketiak korang tengik.xleh buat setiap kali mandi pun buat la selang sehari dua ke..maklum le kekadang ade waktu kene mandi kerbau ye dak..hihi..tp nak cadang renti la guna deodorant spray2 tu. Guna deodorant yg lebih natural tu..yg bentuk krim sapu kat ketiak tu. Hilang body odour..walaupun rega berganda dr deodorant kan supermarket tu tp worth it ok. Lama bertahan nye. Satu tube boleh tahan sampai 3 bulan lain ..sebb bukan kene tenyeh banyak pun..currently i guna veri natural
Quote sarah82 1-10-2020 01:36 AM
Aku pernah jadi.. Guna yg garam.. Sebab lebih natural kononnya.. Habis pedih dan gatai2..bila aku tukar ke nivea.. Ok balik.
Quote Buritan 1-10-2020 06:41 AM
najib888 replied at 1-10-2020 12:18 AM
Jadilah seperti abang la.. tak hipokrit, ketiak tengik..

Aku pun tak pakai.. boleh reduce berat badan lg.. satu lg kalo pakai toksin tak dpt nak kuar.. mula mula aje hapak lama lama toksin dah kuar tiak wangilaa balik.. mula mula tak pakai.. yarabbi ni tiak aku ke tiak bangla
Quote adila39 1-10-2020 07:05 AM
kecik2 dulu tok suh tenyeh kulit limau je.. so x tengek pegi sekolah. hehehehe
Now pakai la yg very light.. kita mana tau kan, climate sini dah la panas sejuk panas... kang tengik lagi malula
Quote Lula2 1-10-2020 07:08 AM
I alergik dgn nivea.
Memang gatal ketiak dibuatnya.
Quote rosasen 1-10-2020 08:08 AM
baca ni baru teringat aku lupa spray deodorant arini!!! hahahah
Quote Supersirap 1-10-2020 08:19 AM
Informasi yang sangat bermanfaat, terima kasih TT
Quote Supersirap 1-10-2020 08:21 AM
Deodoran ni penting sebenarnya bagi mengelakkan bau badan dihidu orang lain, yang penting sebagai pengguna kita kena pandai memilih produk-produk ini, jika tidak sesuai boleh cuba produk-produk alami seperti garam baru dan sebagainya
Quote CocoCily 1-10-2020 09:00 AM
I bertahun tahun pakai spray deodorant. Lepas bersalin anak 1st, tiba tiba jadi gatal pakai spray. Change to roll on then ok. Itu pun only certain brand
Quote husna_amal 1-10-2020 10:07 AM
Kesan buruk boleh sampai ke tahap kanser ke kalau macam ni.
Quote kroit92 1-10-2020 07:00 PM
Lula2 replied at 1-10-2020 07:08 AM
I alergik dgn nivea.
Memang gatal ketiak dibuatnya.

sama. pakai Nivea for men. haduii dia punye sakit tu, menyucuk.
nak buang, dah beli, sayang. last2 sembur kat baju je.
Quote adila39 1-10-2020 10:49 PM
husna_amal replied at 1-10-2020 10:07 AM
Kesan buruk boleh sampai ke tahap kanser ke kalau macam ni.

entahlah dik. Tapi logiknya dijual sekian lama so mungkin tidak and mungkin ya.  semua bergantung... nnt kita rajin kita tanya boss kita. While then, do research ok if rasa perlu.
Quote Knowlee 1-10-2020 11:16 PM
I pakai deodoran Veri Natural sekarang ni. Puas hati sgt... Dulu pakai deodorant yg roll on tu, rosak baju. Then pakai yg spray pun takde effect. Yg Veri Natural ni I suka sgt.
Quote pxlbb 2-10-2020 12:49 PM
Lepas beberapa kali lump iols decided utk turn to more organic products. Ada la jumpa a few good ones kat shopee. Cream yg diperbuat dari beeswax & essential oil. Smelly no more yg batu tu pun sgt effective & natural.
Quote RoseMerahJambu 14-10-2020 07:16 AM
pakaila dr mist. spray sekali sahaja. dari pagi sampai petang tak ada bau.
Quote Scheherazade 6-11-2020 01:48 PM
Pakai bila klr rmh je. Yg sesuai dgn aku adh dlm btk stick. Klu kt rmh, mmg aku jrg pakai deodorant ni

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top