Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Sepupu Lelong Set IV Ada DNA Michael Jackson

27-9-2020 02:28 PM|Oleh: LilRose| Komen: 16

Set infusi intravena yang masih ada kesan darah Michael Jackson (MJ) dijual sepupunya, Marsha Stewart.

Memetik The Sun, beg itu dipercayai digunakan untuk memberi ubat anaestetik propofol kepada MJ sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Kredit foto: YouTube

Pakar memorabilia Las Vegas berharap beg cecair intravena digunakan Doctor Conrad Murray pada Jun 2009 itu dapat dibida sekurang-kurangnya pada harga ASD2,500 (RM10,429).

Difahamkan, ia dijual Marsha sebagai sebahagian daripada lelongan harta pusaka bapa bintang terbabit, Joe Jackson.


Conrad Murray 
Kredit foto: AP: Associated Press

Wanita itu mengaku mengambil beg berkenaan dari bilik tidur Raja Pop terbabit beberapa hari selepas kematiannya.

Katanya, ketika diambil, beg infusi itu mengandungi 'cecair berwarna putih susu' sebelum ia kemudian 'melarut'.

Marsha mendakwa, beg infusi intravena itu adalah "yang terakhir digunakan sebelum bintang berkenaan menghembuskan nafas terakhir" walaupun laporan media menyatakan pihak berkuasa mengeluarkan semua peralatan perubatan dari tempat kejadian ketika MJ meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

Dakwanya, dia mengambil set infusi intravena itu kerana ia mengandungi sebahagian daripada diri MJ iaitu sampel DNA.


MJ dan bapanya, Joe
Kredit foto: 

Joe dan Marsha menyembunyikan peralatan itu di rumah bapa MJ sehingga lelaki itu meninggal dunia pada Jun 2018 dan ia kini dilelong Memorabilia.Expert. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
1
0
Komen: 16
Komen

Previous : Rumah Lama Bersama Engku Emran Dah Jual, Laudya Cynthia Bella Bakal Masuk Rumah Baru

Next       : Henry Golding Tak Kekok Lakon Adegan Cium Mulut Kaum Sejenis

Latok Ni Anggur Laut, Sedap! Ada Yang Belum Cuba?
Bungkusan Cantik Buat Nenek Tak Sedar Suap Bayi Dengan 'Bubur Sanitasi Tangan'
"Jarang Bergaduh Dengan Suami Sebab Berpegang Teguh Kepada Tali Allah,"-Abby Abadi
Ali Puteh Beri Nama Anak Syed Umar Iskandar, Sama Macam Arwah Abam
70 Monyet Terlepas Dari Zoo Angkara Remaja 'Nakal'
Tak Payah Pening Fikir Hadiah, Betul Ke Norman Bagi Memey Jambangan Duit RM2,000?
Pandai Sorok Perut, Yana Samsudin Hamil Lapan Bulan
Rumah Lama Bersama Engku Emran Dah Jual, Laudya Cynthia Bella Bakal Masuk Rumah Baru
Maria Farida Lebih Memilih Watak Sebab...
Sasha Abedul Dapat Watak Heroin, Dituduh Guna Orang Dalam
"Kita Doakan Mereka" - Noorkumalasari Kongsi Perkembangan Anita Sarawak
Post Gambar Hitam Putih, Muizz Kecewa Dikhianati Nadia Brian?
"Padan Muka Kau, Bongok!" - Adibah Noor Patah Hati?
Rohingya Dilarang Masuk Ke Restoran Bikin Hati Liberal Panas
Penat Jadi Pelakon, Siti Saleha Tak Ambil Drama Rantaian Panjang
Puteri Sarah Beri Bayangan Syamsul Yusof Curang?
Walaupun Masuk Penjara, Bella Astillah Tetap Bangga Dengan Aliff Aziz
"Kertu Sewel" - Siapa Dengki Fitnah PA Umie Aida?
Dalami Ilmu Agama Untuk Jaga Perkahwinan, Alyah Bersara Tak Lama Lagi
Mayat Berbungkus 'Naik' Motor
Tikus 'Berani' Dapat Pingat Emas Setaraf Anugerah George Cross Britain
Harry Styles Sarung Dress Labuh Di Muka Depan Vogue
Gara-Gara Fitnah, Irwansyah Hilang Tiga Kontrak Iklan
Maradona Yang Meninggal, Madonna Yang Dapat Ucapan RIP
'Hologram Bapa Dari Syurga' Hadiah Kanye West Untuk Kim Kardashian
10 Tahun Kahwin, Irwansyah Dedah Zaskia Sungkar Selalu Minta Cerai
Adik Salman Khan Pernah Diejek Hitam, Rupa Tak Sama

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 28-9-2020 05:06 PM
Pasti sebab duit dan dia tahu boleh dapat duit banyak kalau dia jual benda tu

Lain-lain Komen

Quote HYSB 27-9-2020 02:39 PM
Eee yang membelinye pun nak buat ape? Nak buat collection pun menyeramkan macam memanggil hantu MJ duduk rumah dia
Quote kuzaime 27-9-2020 02:48 PM
Hmm kot ada sesapa yg taksub sgt ngan MJ bolehlah beli
Quote buapakperut 27-9-2020 03:11 PM
yeye oh je mj yg pakai
Quote TomyamPuteh 27-9-2020 03:11 PM
Nape sepupu dia x putih mcm MJ{:run
Quote NekNgah 27-9-2020 03:41 PM
Asal boleh buat duitkan?
Quote Supersirap 27-9-2020 04:57 PM
Untunglah ada dna MJ
Quote Perawankota 27-9-2020 08:57 PM
Ermm.. Dah x der duit ke tu
Quote miss_beku 28-9-2020 08:13 AM
Yg membeli tu sebab nk clon kan MJ ke ape siap DNA bagai
Quote buragazz 28-9-2020 08:40 AM
Opkos le nanti DNA tu boleh klon kan new MJ pastu claim kata ada kene mengena dengan MJ nak rebut harta dik non.. Makhluk2 sana kan hadap benda2 ni..
Quote husna_amal 28-9-2020 10:19 AM
Senang buat duit nampaknya.
Quote tompie 28-9-2020 10:41 AM
Bukan criminal offence ke amik evidence dari Crime scene?
Quote coolie83 28-9-2020 10:55 AM
guys, it's a smooth criminal
Quote tipah89 28-9-2020 11:00 AM
selagi buleh buat duit kekdahnya.. bulu jembut kalau tertinggal pun abis kena lelong kot.
Quote DayangKirana 28-9-2020 12:49 PM
kesahnye...
but the thing is, senang ke nak buat klon eventho u ade DNA pon?
macam le masing2 ade machine klon kat rumah..ala2 DIY gitu..
Quote Zaien 28-9-2020 02:39 PM
siapa nak beli tu???
Quote Artemesiaa 28-9-2020 05:06 PM
Pasti sebab duit dan dia tahu boleh dapat duit banyak kalau dia jual benda tu

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top