Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kerap Kentut Dan Berdengkur Ketika Tidur, Pelajar Nyaris Maut Ditikam Rakan Sebilik

22-9-2020 10:36 PM| Komen: 17




Seorang pelajar lelaki nyaris kehilangan nyawa selepas dia ditikam dengan pisau oleh rakan sebiliknya hanya kerana mengadu mengenai beberapa kelakuan tidur suspek yang menjengkelkan semua penghuni bilik asrama tersebut, lapor World of Buzz

Dalam kejadian tengah malam di bilik asrama di sebuah kolej di Beijing, China, mangsa dan beberapa rakan sebilik yang lain sedang lena tidur.

Bagaimanapun, salah seorang penghuni bilik berkenaan, Xiao Tian, terjaga dari tidurnya kira-kira jam 4 pagi kerana terdengar bunyi bising dalam bilik. Xiao yakin suara didengarnya itu adalah suara mangsa, Wong, yang meminta pertolongan sebelum terdengar suara seorang lagi rakan sebiliknya, Lau berkata:

"Aku akan tikam kau sampai mati!" 

Terkejut dengan apa yang didengarnya itu, Xiao segera membuka lampu bilik dan ternampak Wong sedang bergelut dengan Lau yang mahu menikamnya dengan pisau. 




Melihat keadaan bilik sudah terang, Lau tergamam dan sempat melihat rakan-rakan sebiliknya untuk seketika sebelum keluar dan membawa pisau berlumuran darah mangsa di tangannya itu ke bilik air. Tidak beberapa lama kemudian, Lau datang semula ke bilik dan langsung tiada tanda-tanda mahu melarikan diri atua mencederakan sesiapa. 

Lau duduk di atas katilnya dan berkata pada Xiao, "Bukan mudah nak membunuh orang," katanya. 

Sebaik dilaporkan tentang kejadian itu, polis segera datang dan menahan suspek yang langsung tidak melawan, malah wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang rasa takut dan menyesal ketika itu. 

Sementara itu, mangsa cedera di kepala, dada dan mulut akibat serangan tersebut. Selain itu, mata mangsa juga lebam dan cedera. Menurut doktor yang merawatnya, mangsa nyaris menjadi buta akibat dari kecederaan tersebut. 



"Dia tidak mahu melihat saya hidup dan dia mahu mati bersama saya," kata Wong yang mendedahkan Lau sebelum ini juga pernah mencederakan pelajar lain dengan botol arak dan dihalau keluar dari asrama berikutan kejadian itu. 

"Dia memang menimbulkan gangguan pada waktu malam. Bunyinya mengetap gigi, kentut dan berdengkur. Saya harap dia dipenjarakan selama beberapa tahun," katanya. 

Sehari sebelum kejadian, Wong berbincang dan meminta Lau berpindah ke bilik lain kerana mereka semua tidak tahan dengan tabiat buruk Lau ketika tidur. Selepas mendengar kata-kata itu, Lau hanya membalas, "Kau tunggu dan lihat." dan keesokan harinya mangsa diserang dengan senjata tajam. 

Menurut guru kelasnya, Lau bukan pelajar yang bermasalah tetapi hanya mengalami masalah psikologi. 

Jadi hati-hati dan carilah tempat tersembunyi ketika kentut kerana ia boleh mengundang padah! - CARI



Sumber - World of BuzzThe Reporter



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
1
0
Komen: 17
Komen

Previous : Tak Kurus Lagi? Jom Cuba Intermittent Fasting

Next       : Gambar-Gambar 12 Jam Sebelum Hukuman Mati Dijalankan Ke Atas Banduan Wanita

Komen Terbaru

Quote puanbintang 29-9-2020 08:48 AM
dalam tidur pun kentut..omg! jenuh sungguhlah

Lain-lain Komen

Quote imransulaiman 23-9-2020 12:24 AM
Laaaaahhhh...baca tajuk ingatkan yang kuat kentut dan berdengkur tu yang mangsa...rupanya suspek! {:dot
Quote Frank.Castle 23-9-2020 12:27 AM


@Nika  hati2 sis jangan kentut bersepah


Quote mamajawie 23-9-2020 09:59 AM
patutnya suspek tu yg kena tikam sebab buat pencemaran bau n gangguan bising..ni terbalik plak..
Quote dewi_rina 23-9-2020 10:15 AM
Jap.. dia yg kentut, orang lain yg kena? Ke macam mana cerita ni?
Pening pulak baca
Quote husna_amal 23-9-2020 10:26 AM
Biasa lah tu kat asrama ada spesis yang suka kentut dan berdengkur ni.
Quote Supersirap 23-9-2020 11:42 AM
Macam-macam hal di China ni
Quote Belibis 23-9-2020 12:06 PM
imransulaiman: Laaaaahhhh...baca tajuk ingatkan yang kuat kentut dan berdengkur tu yang mangsa...rupanya suspek! {:dot

Terima kasih kerana beri sinopsis.aku pun faham begitu jugak.
Quote innocent_me 23-9-2020 01:22 PM
Samalahhhhh.. lagipun ciri2 buruk tu sangat sesuai dengan wajah mangsa hahahaha.
Nyaris aku nk maki tadi. Bila baca betul2 baru paham..
Quote KBW2 23-9-2020 01:50 PM
Ughhh i could imagine. Memang rasa nak bunuh kahkahkah.

Tapi apesal ko tak pindah je diknon. Tak masal-masal kena tidur penjara.
Quote DayangKirana 23-9-2020 02:04 PM
jenis tidur mengetap gigi ni memang annoying..
bising hoccay.
bising + bau kentut menyengit memang bonus la..
Quote iznanaziz 23-9-2020 02:16 PM
dewi_rina replied at 23-9-2020 10:15 AM
Jap.. dia yg kentut, orang lain yg kena? Ke macam mana cerita ni?
Pening pulak baca

Tu la kelakarnya.
yg cuba membunuh tu yg kentut.
Quote Artemesiaa 23-9-2020 03:50 PM
Marah sebab kena asing tapi dia lupa dia punca rakan sebilik tak selesa jadi tak ada sebab nak marah
Quote yoppoy 23-9-2020 05:54 PM
Baca komen baru faham siapa mangsa siapa suspek. Patutnya mangsa cekupkan je bantal masa si suspek krohkreh dengkur kentut kuat2 ikut suka dia
Quote jazaa100 24-9-2020 05:08 AM
dewi_rina replied at 23-9-2020 10:15 AM
Jap.. dia yg kentut, orang lain yg kena? Ke macam mana cerita ni?
Pening pulak baca

Sbb mangsa suruh dia kuar dari bilik tu.....

Kacau org lain nk tido.....
Quote KBW2 24-9-2020 08:14 PM
poppas aku tak baca, main komen lepas baca tajuk. Tajuk TT pun bodoh.
Quote shernazz 25-9-2020 12:36 AM
Patut dia masuk dalam cite larva
Jadi larva kuning tu..
Tak habis habis kentut je..
Quote puanbintang 29-9-2020 08:48 AM
dalam tidur pun kentut..omg! jenuh sungguhlah

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top