Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Putus Buah Zakar Pecah Masuk Bilik, Cuba Perkosa Bekas Kekasih

19-9-2020 01:35 PM Komen: 33
Wanita ditahan selepas didakwa menggigit buah zakar seorang lelaki dalam satu kejadian di Brazil.

Daily Mail melaporkan, wanita dikenali sebagai Bruna itu mengaku melakukannya atas alasan mempertahankan diri kerana mendakwa lelaki itu, Pedro cuba memperkosanya pada 5 September.


  

Dakwa wanita itu, Bruna yang juga jirannya memecah masuk ke bilik tidurnya di Miguel Alves ketika dia dan teman lelaki sedang tidur.

Katanya, lelaki bogel itu mengasarinya dengan menarik rambutnya sebelum cuba memperkosanya.

Bagi mempertahankan diri daripada menjadi mangsa kerakusan lelaki berkenaan, Bruna menggigitnya dua kali dan mengakui tidak menyedari bahawa bahagian tubuh yang digigitnya itu adalah buah zakar suspek.


Kredit foto: Daily Mail

Sementara itu, media tempatan yang melaporkan mengenai kejadian tidak menolak kemungkinan suspek menyerang mangsa akibat cemburu. Bagaimanapun, wanita itu menafikan pernah menjalin hubungan dengan lelaki terbabit.

Berikutan kejadian, suspek dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun doktor gagal menyambung semula buah zakarnya yang putus.

Sejurus kejadian, polis melakukan siasatan selepas menerima aduan daripada kakak suspek beberapa hari kemudian. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 33
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ninjago 22-9-2020 03:01 PM
hoh ingatkan kat indon tadi.

padan muka padan muka padan muka

Lain-lain Komen

Quote belilies 19-9-2020 01:47 PM
Padan muka. Hilang sebelah bijik kau.
Quote RatuDunia94 19-9-2020 02:43 PM
You go girl.... go go...
Quote Kurex 19-9-2020 02:49 PM
Bagi anjing makan
Quote kaoru44 19-9-2020 03:05 PM
Padan muka
Quote syakuntala 19-9-2020 03:17 PM
Hihi dah x leh smbg...  Pahtu cmn
Quote lavendernovella 19-9-2020 03:34 PM
Jewel of the family is gone with the wind.
Quote manehnya 19-9-2020 03:35 PM
Padam muka louh!!!
Quote tripleid 19-9-2020 03:57 PM
ngilunyaaa
Quote buapakperut 19-9-2020 04:23 PM
cash lah khau
Quote tikusmontok 19-9-2020 06:08 PM
Cash kau
Quote ikanmasin 19-9-2020 06:19 PM
yg pg curi msk umah org tu dah kenapa..mendapat lah
Quote orgsepang 19-9-2020 06:21 PM
Tajam sungguh gigi dia.
Quote Scheherazade 19-9-2020 06:24 PM
Huih, x psl hilang sebijik
Quote diss69 19-9-2020 06:34 PM
Tahniah, beraninya..
Quote allshares 19-9-2020 10:18 PM
Padan Muka. Mcm kejadian kt kg iols dulu2, zaman mak iols muda2, ade org tu nk merogol, mangsa gigit lidah sampai putus. Padan Muka moga bisu selamanya
Quote TomyamPuteh 19-9-2020 10:51 PM
Dua2 berkerak. Bagai durian dibuat tempoyak
Quote Kuasaberganda 19-9-2020 11:23 PM
ganasss. haha
Quote Bedah.Cun 20-9-2020 01:20 AM
Delcia uuuwwww... Delcia.... Auuuww
Quote nenekglamer 20-9-2020 01:24 AM
Ada lg sebijik kan? Apedehal hihihi

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top