Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Suami Puji Tasha Shilla Semakin Hari Semakin Penyayang

14-9-2020 04:03 PM| Komen: 27

Semakin hari terserlah sikap penyayang, itu kata suami Tasha Shilla, Muhammad Atiq Idris.

Kata Atiq lagi, dia bertuah memiliki isteri yang begitu penyayang dan mengambil berat tentang dirinya.


"Saya lihat sikap Tasha banyak berubah selepas berumah tangga. Makin hari, makin penyayang dan mengambil berat.

"Sejujurnya, kami tak bercinta, jadi hanya mengenali karakter masing-masing selepas berkahwin.



"Banyak perkara diterokai bersama. Bagaimanapun, bohonglah jika tidak diuji untuk bersabar. Pasangan suami isteri mana pun pasti terima ujian, tetapi setakat ini, syukur kami bahagia.

"Apa yang lebih seronok apabila dapat melakukan ibadah bersama. Itulah yang merapatkan lagi hubungan kami," katanya kepada BH Online.

Sementara itu Tasha pula mengakui yang dia kini sedang melalui fasa bahagia.

Foto: IG
"Selepas berkahwin, saya bahagia bersama suami. Kami banyak menghabiskan masa berdua terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jika ada penggambaran, suami akan menghantar dan mengambil di lokasi. Jika tiada penggambaran, saya pula akan mengikutnya. Orang nak kata kami tidak boleh berenggang pun tak kisahlah.

"Sebab kami tak merasa bercinta pun sebelum berkahwin, jadi inilah masanya. Bagi saya, lebih berkat melakukan kerja bersama suami," katanya.




Mengenai soal anak pula, pelakon ini percaya Allah akan mengurniakannya pada waktu yang tepat kelak. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 27
Komen

Previous : "Aku Malu,"-Remy Ishak Dedah Rahsia Besar Tentang Dirinya

Next       : Bagi Jam Rolex, Hadiah Termahal Shuib Untuk Siti Sarah

Komen Terbaru

Quote Malasnya_ 18-9-2020 09:32 AM
legal_jue11 replied at 14-9-2020 04:37 PM
Memangla bercinta lepas kahwin dah kalau ada ferrari menunggu..cuba setakat bawak honda je maunya na ...

Laa..hati yg bersih dia akan bahagia tgk org lain bahagia..ayat ni idola ada sebut tak

Lain-lain Komen

Quote mdhelmi 14-9-2020 04:05 PM
sifat penyayang atau sebaliknya seorang isteri tu sbnrnya terdorong dari cara suami menguruskan rumah tangga kat rumah
Quote lattehazelnut 14-9-2020 04:06 PM
Mmg xberlakon langsung da ke?
Kje pose sweet2 dgn laki je ke?
Quote husna_amal 14-9-2020 04:24 PM
Jangan diceritakan sangat nanti ada pihak cuba rosakkan kebahgiaan tu.
Quote ilacantik 14-9-2020 04:24 PM
Suami dia dah berhenti kerja kat Singapore ker? Dulu2 sebelum kawin bukan ke sembang kencang nak hijrah ke SG ikut suami. Yg dah selamat berhijrah jadi tai tai kat spore iols tengok si sasqia dahuri tu.
Quote bloodyamuk 14-9-2020 04:35 PM
muka diorang saling tak tumpah kannnn
Quote TomyamPuteh 14-9-2020 04:36 PM
Jgn tunjuk byk Sgt. Nnti dh xde bnda nk tnjk dh
Quote legal_jue11 14-9-2020 04:37 PM
Memangla bercinta lepas kahwin dah kalau ada ferrari menunggu..cuba setakat bawak honda je maunya nak ..yg lelaki sebab perempuan lawa kan..ada bad records sebelum ni pun pejam ajela mata..awal2 ok la sweet mweentnya lama2 asik nak canang betapa suci bersih cinta korang naik meluat den..bukanlah sebab suci hati ikhlas sangat.
Quote sarah82 14-9-2020 04:45 PM
Dalam gila lesung pipit dia
Quote MisXoXo 14-9-2020 04:50 PM
lattehazelnut replied at 14-9-2020 04:06 PM
Mmg xberlakon langsung da ke?
Kje pose sweet2 dgn laki je ke?

Ada ja tgk.latest dgn Azhan Rani..mcm cite kelako pon ye
Quote Suchi 14-9-2020 06:12 PM
Cemana dorang leh berjodohan? Kiranya pilihan org tua ke ye?
Quote mrsLucky 14-9-2020 06:27 PM
Padan..dan tasha nampak happy. Tanniah
Quote doubleA 15-9-2020 12:06 AM
Kening sebijik sama
Quote afie_m 15-9-2020 11:17 AM
memang iras betul kan dia org ni..bahagia ja tengok diaorg ni
Quote adeqbun 15-9-2020 11:26 AM
yelah yelah..untung lahh
Quote Aunty_Acid 15-9-2020 11:34 AM
muka serupa sejibik
Quote AnggunSophea 15-9-2020 01:03 PM
MisXoXo replied at 14-9-2020 08:50 AM
Ada ja tgk.latest dgn Azhan Rani..mcm cite kelako pon ye

Jaman Tori kat Awesome TV kan. Iols tengok channel tu je kat rumah. Astro takda. Lolz
Quote AnggunSophea 15-9-2020 01:04 PM
Muka husband Tasha ni macam muka husband Ain Edruce, tapi versi cerah dan hidung kecik sikit kann
Quote tipah89 15-9-2020 01:33 PM
lantak ko la tasah oiiii.. husband dia ni mula2 aku nampak tasty aje, tapi terus turn off bila tengok pakai slua pendek tu..badan mcm xstabil lah.muahahaha
Quote Mierafaziera 15-9-2020 03:38 PM
semoga kekal bahagia selamanya...

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top