Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Niat Jemur Elak 'Demam Kuning', Sudahnya Tangan Bayi Putus Digigit Anjing

11-9-2020 05:21 PM Komen: 85
Seorang bayi putus tangan kanan akibat digigit anjing peliharaan keluarganya.

Dalam kejadian yang berlaku di Bachang, Melaka itu, bayi berusia tujuh hari berkenaan ditinggalkan sebentar di ruang tamu berdekatan pintu pagar rumah oleh ibu saudaranya.

Astro Awani melaporkan, wanita berkenaan meninggalkannya untuk mengambil air panas untuk mendikannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, tujuan bayi bayi berkenaan diletakkan di situ adalah untuk mendedahkannya kepada cahaya matahari dengan tujuan untuk mengurangkan demam kuning yang dihidapinya.

Ketika kejadian, bayi tersebut baru sahaja diberi susu oleh ibu bayi dan kemudian dibantu jaga oleh 'mak cik' (ibu saudara) bayi untuk memandikan bayi tersebut yang mana ibu bayi masih berpantang dan ditemani oleh suaminya berehat di tingkat atas.

Kemudian 'mak cik' bayi itu telah meletakkan bayi di atas bantal berdekatan pintu pagar yang ditutup rapat bagi menjemur bayi dan meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikan bayi sebelum kembali semula ke arahnya dalam masa singkat.

Wanita itu kemudiannya terkejut apabila melihat tangan kanan bayi itu sedang digigit oleh anjing.

Gambar Hiasan
Ibu saudaranya panik apabila mendengar bayi itu menangis dengan kuat dan berlumuran darah sebelum melihat anjing tersebut menggigit tangan kanan bayi itu di luar pagar.

Wanita itu kemudian menjerit sekuat hati sebelum jeritannya didengari ahli keluarga dan mereka bertindak membawa bayi itu ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan namun ditolak dan diminta merujuknya ke Hospital Melaka.

"Sebaik tiba di Hospital Melaka, bayi terus dibawa ke zon merah bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan doktor pakar ."

Bayi itu kini menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.

Anjing tersebut juga dipercayai dari jenis 'Plott Hound' dan telah dibiarkan tanpa diikat atau dikurung di kawasan rumah tersebut bagi tujuan menjaga kawasan rumah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001/289 Kanun Keseksaan. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
2
1
1
Komen: 85
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote shernazz 14-9-2020 04:44 PM
adeqbun replied at 14-9-2020 09:22 AM
bdn seram sejuk dan bisa2 tu mmg rs agak seram ye..jgn memain wooo..smpi menggigil 1 bdn..yg kene  ...

Iols dh kena..
Padahal minum air suam yang nak ke sejuk je pun..terus.dia.memggigil mcm nak.mati woo...
Masing masing ada makanan yang depa.x.boleh makan.masa.pantang
.bila.dah kena..baru kita.tau..huhu

Lain-lain Komen

Quote bintangct 11-9-2020 05:29 PM
haih ngilu baca cerita mcm ni
mengapa la anjing skg ganas2
Quote doubleA 11-9-2020 05:34 PM
Anak kuning tolonglah jgn jemur. Tu mitos dan adat org dulu.  Mandikan air biasa skg cuaca panas. Alahai pity baby, semoga cepat sembuh, sian ko nak
Quote doubleA 11-9-2020 05:35 PM
Anak kuning tolonglah jgn jemur. Tu mitos dan adat org dulu. Kerap susukan baby, nanti dia berak kencing dari situ kurang kuning. Mandikan air biasa skg cuaca panas. Alahai pity baby, semoga cepat sembuh, sian ko nak
Quote darkness 11-9-2020 05:38 PM
Ya Allah..sampai putus tangan baby tu dikerjakan anjing..dakwa pemilik anjing xdak otak ni
Quote ina_na 11-9-2020 05:50 PM
Ya Allah boleh tinggal kan baby mcm tu.. Anak aku dl demam kuning gak.. Gan bapak2 dia berjemur.. Dukung baby bawak keli lung murah.. X lama la x sampai 10minit pun..
Quote mejaputih 11-9-2020 05:57 PM
anjing tu dibela? siapa yg bela?
Quote akies 11-9-2020 05:59 PM
Eloklah bela anjing pastu tak ikat dan berkeliaran.
Skrg gigit pula tgn baby sampai putus.
Tak psl2 jadi cacat lak baby tu.
Agaknya apa yg akan jadi pada anjing tu lepas ni?
Quote RatuDunia94 11-9-2020 06:04 PM
Dulu kat kampung iols ada kes jemur bayi sbb kuning pastu maknya tertidur dlm rumah... anak terbiar jemur bawah matahari terik.. sedar2 anaknya dh meninggal.. bahaya lah jemur2 bayi ni..
Quote nazzse 11-9-2020 06:18 PM
Baby kuning since hati belum belum berfungsi sepenuhnya lagi. Satu cara je nak turunkan, susukan bayi lebih kerap.
Quote sukacactus 11-9-2020 06:22 PM
Ala siannya baby
Anjing tu tuan rumah sdr ke yg pya
Kenapa la biar baby & anjing tu mcm tu
Xpasal2 dah cacat
Quote asyriqa 11-9-2020 06:23 PM
Anjing belaan sendiri ke org lain punya anjing..kesiannya baby lahir cukup sifat skrg dah tak sempurna
Quote ChemicalRomance 11-9-2020 06:27 PM
Aku ingatkan berita macam ni kat indon atau kat india... rupanya kat malaysia
Quote True-X 11-9-2020 06:30 PM
ya allah... kesiannnya... mesti sakit gila babi nak mampus....

sampai putus,,,,, aku rase nak pengsan bila bayangkan bende ni...dah laa baby lagi dlm pantang lak tuh
Quote ip_lepat 11-9-2020 06:30 PM
slow... tered dah ada, macai dah bukak

https://bm.cari.com.my/forum.php ... =1215116&extra=
Quote merrissa 11-9-2020 06:44 PM
yela tu sekejap tinggal tak caya aku

bodoh sapa suh tinggal...
Quote ninnamina 11-9-2020 06:48 PM
Kesiannya. Baby lagi x tau apa2. Harap semua selamat
Quote adila39 11-9-2020 06:49 PM
manade jemur jemur ni... bagi susu badan
Quote underground 11-9-2020 07:06 PM
anak aku berjemur kuning tetap tak hilang.

susu badan tetap tak hilang.

mandi lumur daun herba tak hilang.

dah macam2 cara.

4 orang anak aku semua camtu.

2 bulan juga la manjang kena check darah.

sampai lebam tangan kaki kena cucuk amik darah.

2 org yg last tu sampai kena warded tidur bawah lampu.

lepas 2 bulan settle sendiri.

Quote Skydiva 11-9-2020 07:21 PM
Anjing tu x di train betul-betul kot. Kebanyakan owner anjing kt Msia ni x pernah train anjing diorg betul2, sbb tu ade byk kes anjing attack org smpi mati. Sbb klu tgk kt oversea tu byk je pet dogs yg tolong jaga baby. Still, kalau ade pet ape2 pon, jgn la tinggalkan baby without supervision. Bahaya kot.

Lihat semua komen(85)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top