Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bekas Ratu Cantik Tikam Pekerja Pasar Raya Sebab 'Benci Wanita'

11-9-2020 03:09 PM Komen: 32
Bekas ratu cantik Rusia ditahan polis selepas disyaki melakukan cubaan membunuh dengan menikam seorang pekerja pasar raya.

Daily Mail melaporkan, saksi berkata, Natalya Dolganovskaya, 32, tiba-tiba mengamuk dan menikam mangsa berulang kali sambil menjerit "Saya benci wanita".



Model yang dinobatkan sebaga Miss Ulyanovsk pada 2015 itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menikam mangsa, 36, di bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar raya Gulliver. 

Seorang pekerja wanita kemudian bergelut dengan suspek sebelum berjaya merampas pisau berkenaan, manakala seorang pelanggan memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.



Difahamkan, mangsa kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) akibat kecederaan parah di kepala, muka, leher, kedua-dua tangan dan tulang belakangnya.

Bekas ratu cantik itu ditahan polis selepas melarikan diri dari tempat kejadian.

Setelah dinobatkan sebagai ratu cantik pada usia 18 tahun, Natalya berkahwin dengan usahawan dan ahli politik tempatan bernama Vadim Dolganovsky, tetapi perkahwinan itu berakhir tanpa zuriat tahun kemudian.


Kredit foto: Daily Mail

Bagaimanapun, suspek meneruskan hidup dalam kesulitan dan bekerja di kedai bekas suaminya, manakala lelaki itu membuka lembaran dengan wanita lain.

Kes masih dalam siasatan polis sementara menunggu laporan kesihatan mental suspek. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 32
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote tipah89 14-9-2020 11:39 AM
mental gamaknya

Lain-lain Komen

Quote sarah82 11-9-2020 03:15 PM
Aku keliru.. Dia benci wanita tapi dia sendiri adalah wanita.. Jadi kenapa tikam wanita lain? Patut tikam diri sendiri la sebab diri tu wanita.
Quote nazzse 11-9-2020 03:18 PM
sarah82: Aku keliru.. Dia benci wanita tapi dia sendiri adalah wanita.. Jadi kenapa tikam wanita lain? Patut tikam diri sendiri la sebab diri tu wanita. :curse ...

Benci sebab perempuan baru ex dia tu la
Quote macaiPH 11-9-2020 03:19 PM
ikan apa tu?!
Quote Artemesiaa 11-9-2020 03:23 PM
Mental ler tu jenis ada masaalah je suka salahkan orang lain
Quote mizruncing 11-9-2020 03:29 PM
sbb wanita tu cntik dari dia kot
Quote makadek 11-9-2020 03:30 PM
Sakit jiwoo la tu
Quote sarah82 11-9-2020 03:33 PM
nazzse replied at 11-9-2020 03:18 PM
Benci sebab perempuan baru ex dia tu la

Ohh.. Pulak dah.. Hahahaa.
Quote kuzaime 11-9-2020 03:37 PM
Sakit mental lah ni. Yg kau tikam tu ppuan. Kau pun ppuan, kenapa x tikam aje diri sendiri
Quote lavendernovella 11-9-2020 04:12 PM
Delusional kot...
Quote eizarz 11-9-2020 04:16 PM
ke dia lelaki dlm almari....
Quote TomyamPuteh 11-9-2020 04:19 PM
Nsb baik ada kdai bekas ex, blh gak keja kt situ. Klau x?....
Quote RatuDunia94 11-9-2020 06:08 PM
Ingatkan Oxana ex gong2... haha
Quote arm_band 11-9-2020 07:29 PM
sweet but psycho
Quote gigahertz 11-9-2020 08:48 PM
kuzaime replied at 11-9-2020 07:37 AM
Sakit mental lah ni. Yg kau tikam tu ppuan. Kau pun ppuan, kenapa x tikam aje diri sendiri

I is laki happy tgk mereka berdua gado2
Quote gigahertz 11-9-2020 08:51 PM
sarah82 replied at 11-9-2020 07:15 AM
Aku keliru.. Dia benci wanita tapi dia sendiri adalah wanita.. Jadi kenapa tikam wanita lain? Patut  ...

Ikut artikel tu dia kahwin umur 18 pastu di cerai tak cakap bila tak cakap kenapa tapi umur dia sekarang 35 yang di tikam 36 boleh jadi ini masalah kewangan. Jenis A to Z serah pada laki.
Kebetulan laki dia ahli politik.

Perempuan ni lagi dia berusia umur.makin naik makin mahal maintanancenya.
Quote sarah82 11-9-2020 09:02 PM
gigahertz replied at 11-9-2020 08:51 PM
Ikut artikel tu dia kahwin umur 18 pastu di cerai tak cakap bila tak cakap kenapa tapi umur dia se ...

Betul.. Contoh aku la.. 38..krim anti penuaan saja nangis aku
Quote ellez 11-9-2020 09:06 PM
gigahertz replied at 11-9-2020 08:51 PM
Ikut artikel tu dia kahwin umur 18 pastu di cerai tak cakap bila tak cakap kenapa tapi umur dia se ...

Sememangnya..wanita makin berusia makin tgi maintenancenya..
Belas ribu sebulan tu kira plg murah.
Quote crazybeach 11-9-2020 09:50 PM
ko dah kenapa babi? babi personality disorder ke ko ni? yang ko menang dulu jadah apa? pertandingan babi cantik?
Quote gigahertz 12-9-2020 12:55 AM
sarah82 replied at 11-9-2020 01:02 PM
Betul.. Contoh aku la.. 38..krim anti penuaan saja nangis aku

pakai nivea je la.

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top