Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dihalau Dari Rumah Sewa, 3 Beranak Tidur Dalam Troli Angkut Sampah

5-9-2020 03:28 PM Komen: 32
Sepasang suami isteri dan bayi berusia sebulan terpaksa tidur di dalam troli pengangkut sampah kerana kemiskinan hidup.

Kompas.com melaporkan, Andika Pratama, 35, isterinya, Yanti, 32 dari Kalimantan Timur Indonesia itu diusir keluar dari bilik sewa kerana tidak mampu melunaskan sewa.

"Setiap bulan saya perlu menyediakan wang 350,000 rupiah (RM99) untuk bilik sewa, namun pada bulan Ogos, wang yang ada habis membeli makanan kami tiga beranak.

"Pemilik rumah sewa tiba-tiba menggantikan mangga pintu dan meminta kami membayar dulu wang sewa jika mahu duduk situ.

"Akibat tidak mampu membayar wang diminta, kami tiada pilihan tinggal di troli yang biasa saya gunakan untuk mengangkut barangan kitar semula."

Menurut sumber, sudah dua bulan mereka hidup bergelandangan.

Andika hanya mampu menggunakan papan iklan bagi melindungi keluarganya daripada hujan dan kesejukan ketika malam.

"Selama hidup sebagai gelandangan, saya membawa keluarga mencari barangan kitar semula untuk membeli makanan.

"Saya bernasib baik kerana bayi masih menyusu badan tetapi agak kasihan anak kecil itu kerap kesejukan ketika hujan."

Foto: Kompas.com
Tambahnya jika ada peluang, dia mahu mencari pekerjaan yang lebih sesuai.

"Kalau ada kerja lain yang lebih sesuai termasuk pemandu pun saya mahu."

Koordinator Sukarelawan Sedekah Bebas Samarinda, Arisna Setiawati berkata, tiga beranak itu ditempatkan di rumah transit untuk golongan memerlukan.

"Kami akan berjumpa dengan pemilik rumah sewa berkenaan bagi membayar tunggakan sewa."

Kehidupan daif anak beranak ini tular selepas seorang penduduk merakam dan memuat naik gambar mereka di media sosial. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 32
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote helicornia 7-9-2020 01:10 PM
CaqJora: Isshhh nyampah betul aku baca blog Malaysia tapi cite banyak cedok dari Indon.

ntahnye.kt malaysia pn ramai yg susah.klu up
cerita mereka insya allah byk yg akan dtg tolong

Lain-lain Komen

Quote rantaikendoq 5-9-2020 03:46 PM
masyalla, kasihannya
andai daku seorg hartawan akan ku beri bantuan mereka
mana pi ebit liew ni
pening dah kedai kena pecah
Quote gadget 5-9-2020 04:02 PM
oh indon ke? sesuai...
Quote CaqJora 5-9-2020 04:19 PM
Isshhh nyampah betul aku baca blog Malaysia tapi cite banyak cedok dari Indon.
Quote Kurex 5-9-2020 04:30 PM
Macam muka abon
Quote bluebutter 5-9-2020 05:08 PM
Sekarangkn ramai mak mak umur tua lahirkan anak kan. 40an 30an lahh.
Quote TomyamPuteh 5-9-2020 06:27 PM
Comel dan gebu baby diorg
Quote rosmahisham 5-9-2020 08:03 PM
Mak bpk muda lg..tubuh bdn sihat..indon ni ssh nk dpt duit
Quote LautBiru52 5-9-2020 08:41 PM
Tak sampai hati aku tgk baby tu. Baby umur sebulan? Masih dlm pantang la kan? Semoga dimurahkan rezeki utk family ni
Quote RatuDunia94 5-9-2020 08:59 PM
Dah tau susah kenapa membiak?
Quote Nes3in1 5-9-2020 09:07 PM
Kasihan. Semoga dipermudahkan urusan.
Quote rykall 5-9-2020 09:26 PM
RatuDunia94 replied at 5-9-2020 08:59 PM
Dah tau susah kenapa membiak?

Anaknya baharu seorang...dimaafkan. Mereka pun sedaya upaya mencari rezeki bukan duduk berpeluk tubuh. Tapi bayinya gebu gebas. Comel betul.
Quote clarizsa 5-9-2020 10:38 PM
Kesiannya
Musim covid ni ramai betul ditimpa kesusahan
Harap ada yg tolong sampai dia dpt kerja yg eloklah
Sewa bilik x smpai rm100 pun x mmpu tu mmg sadis sgt
Quote clarizsa 5-9-2020 10:40 PM
bluebutter replied at 5-9-2020 05:08 PM
Sekarangkn ramai mak mak umur tua lahirkan anak kan. 40an 30an lahh.

Amboi mak mak tua u gelar ye
Ramai yg kawin muda tapi lama tunggu tak dapat2 anak
Quote dua_chzy 5-9-2020 10:53 PM
Comel bayinya. Semoga dimurahkan rezeki. Indonesia tu berlambak ja orang kaya. Semoga hada yang bermurah hati menghulur bantuan.
Quote bluebutter 5-9-2020 11:31 PM
clarizsa replied at 5-9-2020 10:40 PM
Amboi mak mak tua u gelar ye
Ramai yg kawin muda tapi lama tunggu tak dapat2 anak

I ckp ada betul kan, sebab ramai I tgk kt opis, umur 42 tahun 43 tahun 45 tahun still beranak, patut umur 40an tu dah settle down dah anak masuk uni, bukan lunch hour ke baby shop beli pampers.

For me lah kan, org yg umur 40an ni beranak dan beranak, kena jga anak dari muda smpai lah ke umur tua, seolah olah, tiada rest dlm hidup mak mak umur 40an ni.

If I were them, sorry. Bukan letih sikit jaga budak tau. Letih byk. Duit lagi. Makan lagi.

Ni sekadar my opinion, if u nak ada anak lagi, silakn, i tk menghalang.
Quote kgdlmwang 6-9-2020 08:47 AM
Kawen lewat kot, tu yang lewat umur baru dpt anak.
Quote Diyna 6-9-2020 09:14 AM
Kesian laa
Quote lattehazelnut 6-9-2020 09:33 AM
bluebutter replied at 5-9-2020 05:08 PM
Sekarangkn ramai mak mak umur tua lahirkan anak kan. 40an 30an lahh.

32 baru.. habis umur brp sesuai lahirkan anak? 16?
Quote Artemesiaa 6-9-2020 09:38 AM
Time covid19 ni ramai yang terjejas pendapatan mana2 negara sama je keluh kesahnya.  Dah dapat tempat tinggal sementara tu pun pasti melegakan buat mereka.  Teringat supir2 pelancongan disana makin ramai terpaksa cari kerja lain sejak covid19 demi nak teruskan hidup kalau tak makan ubi rebus je ler tiap hari.

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top