Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Apa Khabar Benjy Di Penjara Indonesia?

4-9-2020 02:18 PM| Komen: 154

Niat Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) nak menziarahi Benjy di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia tidak kesampaian gara-gara penularan COVID-19.

Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, SENIMAN merancang membuat lawatan berkala ke Penjara Tanjung Gusta bagi memberi sokongan moral kepada Benjy.

Foto: Berita Harian
"Malangnya, tahun ini, kami tidak dapat pergi ke Medan kerana pandemik COVID-19.

"Bagaimanapun, tidak bermakna kami melupakan Benjy. Kami masih mengambil berat dan risau dengan keadaannya. Apatah lagi Benjy ditahan di penjara di luar negara, pasti ada cabaran tersendiri.

"Ketika saya bertemu Benjy pada 2018, saya lihat dia mengalami masalah kesihatan. Benjy menghidap penyakit asma yang kritikal dan batuk tanpa henti.

"Sama juga keadaannya ketika Hafiz melawat Benjy, April tahun lalu. Benjy beritahu penyakit asma yang dihidapinya masih teruk.

"Ketika itu, apa yang lebih merisaukan kami adalah apabila mendapat tahu, Benjy menghubungi rakan-rakan artis di Malaysia meminta tolong," katanya kepada BH Online. 

Foto: Berita Harian
SENIMAN turut melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas untuk Benjy sejak dua tahun lalu. 

 Tabung ini bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai agar bantuan dapat disalurkan kepadanya.

"Namun, jumlah yang diterima, tidak diberi 'bulat-bulat' kepada Benjy. Separuh daripada kutipan kami serahkan kepada adik Benjy. Kalau berlaku apa-apa, keluarga Benjy boleh salurkan kepadanya," tambahnya.

Pada April 2017, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur kerana disyaki memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyikan dalam duburnya.

Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
0
0
0
Komen: 154
Komen

Previous : Berbulan Berlatih, Tomok 'Pedih' 3 Konsert Batal

Next       : Hanis Zalikha Cakap Bahasa Inggeris Pun Ada Yang Tak Puas Hati?

Komen Terbaru

Quote hollahop 22-9-2020 10:29 AM
dia ni kan dulu kata kena hukum gantung pasal jadi tokan dadah. siap belajar sendiri kan buat dadah.
then tetiba kantoi dia kena tangkap kat air port endon. xkena hukum gantung pun.
so dia yg cari hal. biar dia xyah amek tau. dah dpt peluang kedua utk hidup tapi dok sangkut kes dadah lagi.

perosak anak bangsa, jual dadah sebab nak kaya. xpayah nak port sangat hal dia. . dah dpt peluang kedua sia2 kan.



Lain-lain Komen

Quote blue^panther 4-9-2020 02:35 PM
Uiks 11 tahun penjara?? 2028 baru bebas?? Takkan seniman 11 tahun jugak kena gi melawat???
Quote becir 4-9-2020 02:37 PM
Sendiri carik pasal Kan..I don't think family dia b40 pun sampai seniman carik alasan gi Medan nak lawat Benjy..nak g jalan2 Guna duit seniman Tu cakap jela
Quote Perawankota 4-9-2020 02:45 PM
Satu soalan, family dia org susah ke? Ingatkan parents dia org2 berada..
Quote supermum 4-9-2020 02:47 PM
Daripada bagi dia and adik dia, bagus bagi ex wife. Ada anak sorang nak dibela.
Quote IHeartRiRi 4-9-2020 02:48 PM
Perlu ke buat tabung prihatin utk dia ni?  Bkn dia sendiri ke yg cari masalah
Quote CocoCily 4-9-2020 02:51 PM
mm, tak usah la nak melawat etc etc. Bior je la dia kat situ sampai di bebaskan. Ni kes sendiri cari pasal kan
Quote shysari 4-9-2020 02:52 PM
supermum replied at 4-9-2020 02:47 PM
Daripada bagi dia and adik dia, bagus bagi ex wife. Ada anak sorang nak dibela.

Yes sokong tambahan wife dia mualaf
Quote masr 4-9-2020 02:53 PM
Anak kesayangan arwah azean irdawaty, bukan main arwah fight utk dia walau sakit2 pun dulu
Quote dudaberhias 4-9-2020 02:53 PM
kesiannya sampai kurus dah dia... tapi tu la habuan sendiri jugak...
Quote lavendernovella 4-9-2020 02:54 PM
Edited by lavendernovella at 4-9-2020 09:48 PM

Seksa betul asma ni ... mmg betul2 torture. Tak surelah penjara provide dia dgn mesin nebulizer ke tak. Kalau takder memang sepanjang masa rasa macam nak mati.

Iol sendiri pun ada mesin tu. Kalau kena serangan asma, nak angkat pen pun tak berdaya nak bernafas. Mcm tu lah teruknya.
Quote edoraixora 4-9-2020 02:57 PM
tengok muka kesian lah jugak....tapi penyakit carik sendiri
ruginya lah, sebab dia pelakon hebat jugak dedulu
Quote Hoola 4-9-2020 02:57 PM
Sedih tgk benjy.antara yg berbakat boleh A-lister in malaysia. Moga dia benar2222 berubah. Ingatlah yg tersyg.kmbalilah ke pangkal jln.moga beroleh kjyaan kelak.
Quote bondeh 4-9-2020 02:58 PM
Org macam Benjy nih dia rasakan hidup dia dah kosong sebab itu baik buat hal sendiri (cari masalah sendiri) daripada menyusahkan family yg masih ada... *apalah ayat aku nih...
Quote loladaily 4-9-2020 03:03 PM
Sendiri Cari pasal
Quote manehnya 4-9-2020 03:10 PM
Sndiri cr pasal... Byk lg yg kena tolong kt meleysia ni...
Quote cikgojesss 4-9-2020 03:11 PM
seniman ni memang bodoh kekal kan? tak penat ek jadik bebal..
bila masa la korang nak cerdik
Quote redapple10 4-9-2020 03:12 PM
Mungkin bila benjy lepas nnt dia dah 67 kali khatam Al Quran dan disertakan solat taubat setiap hari. iols doakan yg baik2 utk benjy.
Quote babynina30 4-9-2020 03:15 PM
Ada org tu i kenal anak dia kena thn kes mcm benjy
Sorok dadah kt tuttttt , pastu masok batam.
Meringkuklah penjara seumo idop kt batam sanun.
Sayang budak lg baru 20yrs
Quote merahrose 4-9-2020 03:15 PM
bg aku bazir msa ja tlg penagih+dealer dadah ni...adik2 dia ada lg bkn sebatang kara kt dunia ni

Lihat semua komen(154)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top