CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jumpa Lipas Dalam Telur- Waiter Gelak, Anak Owner Kedai Bagi Diskaun RM10

24-8-2020 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9038| Komen: 73

Description: Seorang wanita meluahkan rasa jijik selepas menjuai seekor lias dalam hidangan telur dadar yang dipesannya.
Seorang wanita meluahkan rasa jijik selepas menjumpai seekor lias dalam hidangan telur dadar yang dipesannya.

Wanita yang dikenali dengan nama Bunga itu berkata, insiden berlaku ketika dia dan keluarga menikmati makan malam di sebuah restoran bedekatan rumahnya di Kuantan, Pahang.


"Saya dari Kuala Lumpur, kebanyakan kedai makan penuh dan kedai ini saja tak ramai pelanggan. Saya pesan nasi bersama telur dadar, sup daging, ayam paprik dan minuman. Sejam kemudian, makanan sampai," ceritanya kepada mStar Online.

Menurutnya lagi dia nampak sesuatu yang berwarna hitam pada bahagian telur yang garing sebelum mendapati ianya adalah lipas.

Selepas membuat aduan, waiter hanya gelakkan dirinya dan gantikan dengan telur, sudu dan garfu baharu. Bila ditanya bagaimana ada lipas, waiter berkenaan hanya jawab tak tahu.

Foto: Twitter

"Saya minta jumpa owner tapi anak owner sahaja yang ada. Saya tanya nak kena bayar juga ke? Anak owner kata diskaun RM10 daripada jumlah asal semua makanan. Saya bayar atas apa yang saya makan sebab makanan yang lain okay, cuma telur ada lipas."

Tambah Bunga, bukan niatnya nak buka aib atau tutup periuk nasi sesiapa tapi dia meluahkan melalui Twitter untuk menekankan soal kebersihan dalam pengendalian makanan.

"Tolong jaga kebersihan, dan juga adab dengan pelanggan," nasihatnya. -CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • rosasen

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gadget 24-8-2020 04:06 PM
menjuai ?..oh menjumpai...

lias?...oh lipas...


siapa punya artikel ni...?
Quote ell768 24-8-2020 04:12 PM
mmg geli tgk..besar kot lipasnya..buta mata ke apa drg ni..
Quote Kurex 24-8-2020 04:13 PM
Nanti ada urban berkerak cashkan akak ni sebab bertudung...

Utk tak ot, semoga aku dihindarkan dari termakan lipas / serangga lain. Kecuali belalang.. dapppp kau goreng garing
Quote ninjago 24-8-2020 04:16 PM
penah beli nasi lemak kt truck area putra heights acik kelate jual. tgh syok layan tetiba ada rasa pahit lain macam and crunchy tetiba.. rupanya ada anak lipas dalam sambal! kuajaqqqq!!!

kemain chinese indian semua datang beli kat dia siap sedih apsal masa mco tak berniaga..yuckss!! sumpah tak beli dah..
Quote Normabaru 24-8-2020 04:24 PM
Wow.. Klu kawan kaka norm, lmbt pon dia xbyr dia blah je.. Ini kan plak lipas. Patut terus report kkm je. Biar melingkup sebulan xde gaji.. Ni diskaun rm 10 nmpk sgt pengotor lg berkira.. Choii
Quote Normabaru 24-8-2020 04:25 PM
ell768: mmg geli tgk..besar kot lipasnya..buta mata ke apa drg ni..

Masak pakai mata hati ni.. Hehehehhe
Quote lipans 24-8-2020 04:27 PM
[youtube]-wMexe4eo2I[/youtube]
Quote amsha 24-8-2020 04:28 PM
so geliiiii yaksssss
Quote batusembilan 24-8-2020 04:29 PM
itu hari mkn kt restoran suraya kg baru......tgh sedap mkn n hirup tom yam......tiba2 nmpk anak lipas kecik.....

haha spoil betul. bgtau waiter.....terus dia gantikan buat baru ganti.

xde la aku nk ambil gmbr viralkan.
Quote monreyes 24-8-2020 04:32 PM
ni jenis pecah telur dlm koleh la ni...
tambah2 lak stainless steel gelap...
Quote taji2906 24-8-2020 04:39 PM
teringat citer senario dulu tu.. hahhaa
Quote ellez 24-8-2020 04:40 PM
Geli la lipas..kalau iols mmg xjamah dah semua hidangan lelain tu.
Quote johan-adx 24-8-2020 04:41 PM
kalau org lain yg ganas sikit..mkn silap2 pree..dpt lg duit poket
Quote prettyuglybabe 24-8-2020 04:43 PM
kalau i takde la nak sambung makan
Quote Abam_Leh 24-8-2020 04:47 PM
Abam pernah jumpa anak lipas dalam nasi lemak


ntah kenapa time tu terasa nak kuis kuis nasi sebelum makan


Quote kikuri 24-8-2020 04:54 PM
ape nama kedai tu sisthur... bolehlah ai elak nak pegi
Quote KBW2 24-8-2020 04:54 PM
Kalau kena kat Abby Abadi, dia relax jah buang lipas dan sambung makan.
Quote MsKathryn 24-8-2020 05:48 PM
Eeeuuuwwwww pengotor
Quote meow_tompok 24-8-2020 06:00 PM
kat mana yea nak buat aduan kedai pengotor mcm ni
mcm kita bole whatsapp kat kkm org yg merokok kat kedai makan

Lihat semua komen(73)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.086964 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top