CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Beli Rumah Dapat Janda Ayu

24-8-2020 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10252| Komen: 56

Description: Beli rumah, dapat janda. Itu promosi dilakukan seorang wanita demi melariskan jualan rumahnya di Bandung.
Beli rumah, dapat janda. Itu promosi dilakukan seorang wanita demi melariskan jualan rumahnya di Bandung.

Lapor Detik News seperti dipetik Sinar Harian, Ayu Novi Astianah, 31, berbuat demikian kerana mengalami masalah kewangan selepas berpisah dengan suaminya pada Mei lalu.



Kredit foto: Sinar/Detik

Ibu tunggal dua anak bercadang menjual rumah berkenaan pada harga 250 juta Rupiah (RM70,778) dan bersedia berkahwin dengan pembelinya.

"Sukar untuk menjual rumah ini, jadi saya fikir jika ada pembeli dan ada jodoh, saya sedia bernikah dengannya.

"Saya mahu menjual rumah ini untuk modal perniagaan dan menyara keluarga," katanya.

Enggan membuat pinjaman bank kerana bimbang akan membebankannya, Ayu bagaimanapun menebalkan muka menawarkan iklan 'beli rumah dapat seorang janda'.

"Pada mulanya saya malu tetapi apa yang boleh saya lakukan saya perlu menjual rumah ini dengan cepat. Lagipun, saya bukan lakukan jenayah," jelasnya.


Iklan itu menjadi tular selepas beberapa jam ia dimuat naik di laman sosial dan Ayu akui menerima banyak tawaran.

Namun, wanita itu menegaskan bahawa calon suaminya perlulah berpengetahuan agama dan memiliki akhlak baik selain dapat membimbingnya dan anak-anak berusia 12 tahun dan tiga tahun. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 22-8-2020 03:44 PM
kalo aku jd lelaki, tak hengen aku
aku nak beli rumah je
x kuasa nk bela janda anak dua ni
Quote Zeatyisaac 22-8-2020 03:50 PM
Beli rumah, percuma janda sebagai pembantu rumah selama 6 bulan lagi okay rasanya.
Quote gadget 22-8-2020 03:52 PM
cmf_premierleag replied at 22-8-2020 04:44 PM
kalo aku jd lelaki, tak hengen aku
aku nak beli rumah je
x kuasa nk bela janda anak dua ni







Quote cruz2 22-8-2020 03:57 PM
Indonesian mmg suka iklan2 mcm ni yer?dulu pon rasa mcm dh ada iklan beli rmh dpt kawin dgn owner rmh.nasib baik blm dgr lg kat malaysia ni.maybe soon
Quote glump 22-8-2020 03:59 PM
Kalau kahwin Kan ada harapan janda tu tinggal terus rumah tu..lama kot dh tinggal umah tu
Quote Jitu 22-8-2020 04:00 PM
baru berpisah bln Mei x nyempat2 nak kawin lg
gelenyar acik ni
Quote SalenaGomez 22-8-2020 04:19 PM
glump replied at 22-8-2020 03:59 PM
Kalau kahwin Kan ada harapan janda tu tinggal terus rumah tu..lama kot dh tinggal umah tu

Terus jadi harta dia balik kan
Quote MontanaHannah 22-8-2020 04:37 PM
cmf_premierleag replied at 22-8-2020 03:44 PM
kalo aku jd lelaki, tak hengen aku
aku nak beli rumah je
x kuasa nk bela janda anak dua ni

sebab xlawa sama

lepas tu bodoh pula

cuba lawa kaw kaw


Quote TomyamPuteh 22-8-2020 04:43 PM
Tnjk dkt trisna thread ni Kot2 beliau setuju nk bermadu dgn saudara seluluhur
Quote dubuk 22-8-2020 04:44 PM
janda sudah tentu jandanya
Quote zamzam 22-8-2020 04:59 PM
TomyamPuteh replied at 22-8-2020 04:43 PM
Tnjk dkt trisna thread ni Kot2 beliau setuju nk bermadu dgn saudara seluluhur

Nampak sgt leluhur trisna jenis gelenyar.
Quote sukacactus 22-8-2020 05:16 PM
Kat indon ni bkn kali pertama kan
Beli rumah pakej dgn tuannya
Quote Suchi 22-8-2020 05:24 PM
Tak paham dah jual pastu nak pindah kat umah pemeli plak.
Dah tu katanya yg beli tu kena kawen ngn dia kan ke boleh je beli tanpa kawen ngn dia?
Tapi murah gak umah dia
Quote allshares 22-8-2020 05:30 PM
Euwww kalau aku lelaki pun x nak. Percuma menda nye ni pakej sekali kena sara seumur hidup. Beli rumah terpaksa beli tuan rumah sekali  pakej 2 anak kena sara seumur hidup yih sgt.
Quote dudaberhias 22-8-2020 05:33 PM
lain kali nak offer diri pastikan lawa yachhh...
kalau tidak lebih rela pembeli tu beli rumah lain...
tak hengen nak membela janda dengan anak dua tu katanya...
Quote Belibis 22-8-2020 05:35 PM
Ulang siar kah?
Quote tikusmontok 22-8-2020 05:46 PM
Zeatyisaac replied at 22-8-2020 03:50 PM
Beli rumah, percuma janda sebagai pembantu rumah selama 6 bulan lagi okay rasanya.

Dapat kat @trisnalovezul abis digoda laki sis
Quote eizarz 22-8-2020 05:46 PM
zamzam replied at 22-8-2020 04:59 PM
Nampak sgt leluhur trisna jenis gelenyar.

mbak trisna hidup lagi ke dlm forum ni...sampai sekarang tak topup kredit lagi rasa nya....hahahah
Quote zamzam 22-8-2020 05:49 PM
eizarz replied at 22-8-2020 05:46 PM
mbak trisna hidup lagi ke dlm forum ni...sampai sekarang tak topup kredit lagi rasa nya....hahahah

Ada kdg2 terjengol mcm kura2 sambil bangga laki dia pencinta ph dan memuji2 cina dap.

Lihat semua komen(56)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.259439 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top