CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Sahkan Surat Sokongan, Ismail Sabri Bimbang Isu Nepotisme

22-8-2020 12:40 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 8045| Komen: 60|Original author: Oleh: kp5x

Description: Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu) dikatakan telah mengeluarkan surat sokongan bagi membolehkan anak lelakinya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Ph ...

Kredit foto : Youtube, Malaysia Dateline 

Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu) dikatakan telah mengeluarkan surat sokongan bagi membolehkan anak lelakinya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Berhad.

Surat bertarikh 5 Jun yang menggunakan kepala surat Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia dan dialamatkan kepada Menteri Pertahananan itu, antara lain meminta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar dapat menyokong lantikan anaknya, Ikmal Hazlan yang juga merupakan Exco Pemuda Umno.


Kredit foto : Bernama


Memetik laporan Malaysiakini, Ismail Sabri mengesahkan ada menerima surat tersebut dan telah menulis satu nota pendek di atasnya yang ditujukan kepada pengerusi Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) menyatakan sokongannya untuk lantikan berkenaan.

"Ya, saya telah menyatakan sokongan. Hazlan adalah seorang ahli perniagaan jadi pengalaman yang dimilikinya mungkin dapat membantu. Secara politiknya, dia juga merupakan ahli Exco Pemuda Umno.

"Ya (saya setuju ini mungkin nepotisme). Inilah sebabnya mengapa saya tidak melantiknya," kata Ismail.


Kredit foto : Twitter Ikmal Hazlan

Pemegang saham terbesar Pharmaniaga adalah Boustead Holdings yang juga merupakan kontraktor utama kepada Kementerian Pertahanan, manakala LTAT merupakan pemegang saham utama.

Mesyuarat Agung Tahunan Pharmaniaga pada 2 Julai melaporkan perletakkan jawatan tiga ahli lembaganya dan menerusi pengumuman yang dibuat di Bursa Malaysia pada 3 Ogos, tiga ahli lembaga yang baru telah pun dilantik iaitu Azhar Ahmad, Najmil Faiz dan Zulkifli Jafar. - CARI
3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote badaksumbu 22-8-2020 01:01 PM
bersatu dan surat sokongan berpisah tiada.

budus
Quote badaksumbu 22-8-2020 01:05 PM
Ismail Sabri pun sama pi sokong tu dah kenapa?

Quote Acikgomen 22-8-2020 01:09 PM
badaksumbu replied at 22-8-2020 01:05 PM
Ismail Sabri pun sama pi sokong tu dah kenapa?


U turn la chuols
Sokong2 skali surat leaked
Tak jadi lantik tauuuuu


So korang tlg la jgn nak marah staf gomen sgt, weols semua gunting dlm lipatan
Kalo tak kerana ada staf paklong mael yg bocor, chuols rase sape lagi
Quote ~boolean 22-8-2020 01:13 PM
dah tahu nepotism, tapi tetap bagi surat sokongan...orang kaya lahanat...

rakyat kerja berhempas pulas dikata pemalas,
hat kaya raya guna kroni dan harta mak ayah itu namanya usaha keras...

Quote sam1528 22-8-2020 01:19 PM
Hmmmm ... belum lagi 1 tahun , dah kembali buat perangai jelek tu

Baik party assobiyyah , party 'ehem ehem' & bersatu .... semua sama aje

Apa tu yg dulu depa kata (macai2 totok pon angguk setuju) : Nak selamatkan Malaysia

ha ha ha ha ... he he he he
Quote krustykrab 22-8-2020 01:26 PM
badaksumbu replied at 22-8-2020 01:05 PM
Ismail Sabri pun sama pi sokong tu dah kenapa?

Lps tu ckp sy tak melantik nya lol..x de beza pun kay situ

Ko nk tipu sapa tu...mak cik kiah ke lok
Quote grouper 22-8-2020 01:51 PM
Betul2 serupa umno..tahniah anda tidak mengecewakan
Quote sambaldurian 22-8-2020 02:00 PM
lain kali xyah dah surat2 kepala, whatsapp je mintak tolong.
Quote mikasa 22-8-2020 02:16 PM
Dah bimbang ..jangan laa sign .abis citer...
Quote bakingsoda 22-8-2020 02:48 PM
sokong tapi tak lantik? apoo..
Quote Maideen. 22-8-2020 03:40 PM
Din Pagoh bukan main berdoa depan kamera...."Ya Allah ya tuhan ku bla bla bla,,,,,hanya angkau bla bla bla ......"

Belakang kamera masih berperangai jijiks..........Ptuiiiiiii
Quote MontanaHannah 22-8-2020 04:31 PM
pecat timbalan menteri itu.

O
Quote Nes3in1 22-8-2020 04:56 PM
Uturn sbb kantoi?
Quote Rogue98 22-8-2020 05:50 PM
Aku benci pemimpin yg duk kayakan diri sendiri dan kroni ni. Tak kira lah PN ke PH ke sama saja. Rakyat ramai yg xde kerja diaorang senang2 selit kan mangkuk hayun masing2 ye. Harap ramai lagi yg dedah segala niat dan kelakuan buruk pemimpin2 yg ada skrg.
Quote Nes3in1 22-8-2020 05:55 PM
Semoga dipecat menteri2 yang terlibat termasuk menteri kanan. Nobody above the law.
#RuleOfLaw
Quote orion_pax 22-8-2020 06:14 PM
Kepada semua yang masih terkial2 tiada kerja, inilah peluang anda..caranya ialah dengan hantar surat minta sokongan kpd menteri atau timbalan menteri..pasti lulus..lagipon kerajaan sekarang ialah kerajaan melayu islam..pong pang pong pang
Quote badaksumbu 22-8-2020 06:27 PM
krustykrab replied at 22-8-2020 01:26 PM
Lps tu ckp sy tak melantik nya lol..x de beza pun kay situ

Ko nk tipu sapa tu...mak cik kiah ke ...

kan? surat sokongan dpd menteri pertahanan kot. kang tak dilayan, takut tak dpt kontrak dpd kementerian pertahanan pulak
Quote alesandra 22-8-2020 06:53 PM
Acikgomen replied at 22-8-2020 01:09 PM
U turn la chuols
Sokong2 skali surat leaked
Tak jadi lantik tauuuuu

iols syak ada  ejen yahudi kat semua kementerian kanan yg ngetop.ala2 spy mission imposible gitu.maaf la iols mmg underestimate staf gomen.walau arwah ayah iols sendiri dulu staf gomen
Quote CardiGans85 23-8-2020 07:36 AM
Nepotisme di mana2..

Lihat semua komen(60)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-8-2022 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.083174 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top