CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penjenayah Kejam Di AS Akhirnya Dipenjara Seumur Hidup

22-8-2020 11:49 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2804| Komen: 12|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Selama lebih empat dekad mencari pembunuh dan perogol bersiri 'Golden State Killer', penjenayah yang ditangkap pada 24 April 2018 akhirnya diputuskan oleh mahkamah menjalani hukuman penjara sepanjang ...





Selama lebih empat dekad mencari pembunuh dan perogol bersiri 'Golden State Killer', penjenayah yang ditangkap pada 24 April 2018 akhirnya diputuskan oleh mahkamah menjalani hukuman penjara sepanjang hayat tanpa kemungkinan diberikan parol.

Menurut Los Angeles Times, Joseph James DeAngelo Jr yang juga bekas anggota polis Amerika Syarikat (AS)
mengaku salah atas 13 pertuduhan membunuh dan berdozen kesalahan rogol pada 1970-an dan 1980-an.


Foto :Los Angeles Times


Sebelum hukuman dijatuhkan, DeAngelo memohon maaf terhadap mangsa dalam episod kekejamannya yang menggemparkan California.

Dia berdiri dengan memakai pelitup muka pada prosiding mahkamah di Sacramento ketika satu persatu butiran kekejamannya dibacakan. 

Bagi Hakim Michael Bowman, defendan tidak layak diberikan belas kasihan kerana kekejamannya itu. Malah, mangsa yang terselamat sudah memberikan kenyataan jelas bahawa ianya tidak boleh dimaafkan. Jadi, hukuman penjara paling maksimum yang diperuntukkan undang-undang adalah paling layak untuknya. Ini memandangkan DeAngelo mengaku bersalah bagi mengelakkan hukuman mati. 


Foto :KTLA.com

Sebelum hukuman dijatuhkan, DeAngelo bangun dan memohon maaf kepada hadirindi  dalam auditorium universiti yang diisytiharkan sebagai kamar mahkamah.

DeAngelo, 74, diarahkan menjalani 11 hukuman penjara sepanjang hayat secara berasingan tanpa parol untuk 13 kesalahan membunuh darjah pertama.

Tiga daripada kes bunuh berkenaan berlaku sebelum pindaan undang-undang pada 1979, dan hukuman itu berjalan serentak.

Tertuduh yang sudah bersara dan mempunyai tiga anak perempuan dewasa dan cucu ditahan pada 2018, empat dekad selepas melakukan pembunuhan yang digelar sebagai "Golden State Killer".


Foto :Facereading.blog

Dia ditahan selepas pasukan penyiasat dapat memadankan profil asid deoksiribonukleik (DNA) ditemui di tempat kejadian dan DNAnya. Ia hanya dikesan selepas seorang ahli keluarganya menggunakan pangkalan data DNA.

DeAngelo dikatakan mula melakukan jenayah kejam itu pada 1975 bermula di Sacramento di tengah California sebelum ke kawasan lain. Dia dikatakan memecah masuk ke dalam rumah pada waktu malam untuk merogol wanita dan kanak-kanak serta membunuh mangsa di katil mereka. 

Bagaimanapun, dia secara tiba-tiba berhenti melakukan jenayah berkenaan pada 1986 selepas merogol seorang gadis berusia 18 tahun.

Sepanjang tempoh berkenaan, dia yang memakai topeng ketika melakukan jenayah digelar dengan pelbagai nama termasuk East Area Rapist, Diamond-Knot Killer dan Original Nightstalker.  - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 22-8-2020 12:28 PM
DeAngelo ni x ada langsung penyesalan
Quote sarah82 22-8-2020 12:32 PM
By the way.. Dia kena tangkap sbb ada family dia guna GEDMATCH.. public dna pool yg sapa2 boleh guna utk check keturunan.. Dia ni la the Original Night Stalker
Quote Rogue98 22-8-2020 03:09 PM
Memang dia jahat tapi dah stop 40 tahun lalu. Kira dia dah lama taubat masa dia di tangkap. Dan dia start bunuh rape rompak tu tahun yg sama dia kahwin. Aku rasa info ni menarik tapi x jumpa alasan dia.
Quote dua_chzy 22-8-2020 03:20 PM
Taubat la syaitan ni sejuta kali pun, takkan mampu kembalikan maruah dan nyawa mangsa2 yang dirogol/dibunuh. Juga takkan mampu hilangkan kesedihan dan kepahitan berpanjangan yang terpaksa dilalui keluarga para mangsa. Celakalah bangsat ini. Moga mati sengsara kemudian terus masuk neraka.
Quote missyL 22-8-2020 07:19 PM
Rogue98: Memang dia jahat tapi dah stop 40 tahun lalu. Kira dia dah lama taubat masa dia di tangkap. Dan dia start bunuh rape rompak tu tahun yg sama dia kahwi ...


X rase die taubat.
Dpn kamera die wat2 mcm sakit. X larat.
Tp cctv kamera kt dlm jel die. Ok je die. Bole naik katil sndiri. Jalan2 sehat je dlm sel die.

Rasenye die stop crime die sbb die da ade anak. Pastu bini die pn dah abes belajar. So xde outing malam pg kelas.
So maybe die risau kantoi kot.

Tp die ade still call mangsa die thun 1991 cmtu.
Saje nk provoke. And mangsa ade dgr suare perempuan and kanak2.
Sbb tu suspect to be believed ade family
Quote lavendernovella 22-8-2020 08:38 PM
Betul2 Pure saikopat ni. 0.001 persen pun takder rasa menyesal.
Quote anony-mous 23-8-2020 01:40 PM
org mcm ni xpatut membiak. takut dna menurun ke anak. psikopath ni ada kajian tunjuk dna dia lebih Y kromosom. klau biasa XY , dia XYY
Quote husna_amal 24-8-2020 12:27 PM
Patut kena hukuman mati tembak dengan bazooka je dia ni.
Quote pasa 24-8-2020 12:39 PM
ingatkan blek pipel tadi rupanye kokesen.

1975 - 1986 merogol lagi handal. pelacur ada tapi masih merogol.

sabun kan ada.
Quote guesswho09 24-8-2020 12:57 PM
I tgh tgk citer ni skrg kat Hulu
Quote mizzmimi 24-8-2020 01:21 PM
Polis kan dia ni? Stop buat jenayah sebab tech dna baru diperkenalkan masa tu untuk detect bukti.
Quote ~boolean 24-8-2020 01:25 PM
dia ada tiga anak perempuan..anak2 dia tak kena rogol/cabul oleh bangsat sialan ni ke?

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

15-8-2022 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.073853 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top