CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Biar Betul, Picit Jerawat Pun Boleh Lumpuh? - Ini Penjelasan Doktor

21-8-2020 10:41 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3901| Komen: 12|Original author: Oleh: natrahn

Description: Ramai antara kita yang 'gatal tangan suka picit jerawat pada bahagian muka. Sebenarnya, perbuatan ini tidak digalakkan sama sekali kerana apabila isi jerawat meletup keluar, kulit akan berwarna kemera ...


Ramai antara kita yang 'gatal tangan suka picit jerawat pada bahagian muka. Sebenarnya, perbuatan ini tidak digalakkan sama sekali kerana apabila isi jerawat meletup keluar, kulit akan berwarna kemerah-merahan.

Tambahan lagi jika jerawat anda itu belum masak. Selagi ditekan-tekan, kulit bukan sahaja menjadi merah, bengkak yang tidak sepatutnya pun akan kelihatan.


Kredit foto: Maskulin

Selain sebab di atas, tahukah anda tindakan ini membahayakan diri dan boleh mengancam nyawa sendiri? Perkara ini dikongsi Dr Latif Saad dari TheDiagnosa yang menyatakan bahawa terdapat risiko memicit jerawat terutamanya pada bahagian Dangerous Triangle atau segi tiga bahaya di muka.



Kredit foto: Gambar Hiasan - Era.je

Beliau berkongsi satu kes seorang pesakit wanita berusia 28 tahun yang dikejarkan ke jabatan kecemasan akibat tidak sedarkan diri. Mukanya juga terdapat jerawat besar dan merah menyala pada bahagian pangkal hidung iaitu di antara bahagian mata. 


Kredit foto: Gambar Hiasan - Era.je

Menurutnya pesakit yang mempunyai suhu 39 darjah itu juga mula menunjukkan tanda sawan sebelum disahkan mengalami jangkitan selaput otak akibat kehadiran bakteria jenis Staphylococcus areus. 

Hasil pemeriksaan mendapati, pesakit berkenaan dijangkiti bakteria itu selepas cubaan mengeluarkan jerawat yang ada pada mukanya.  


Kredit foto: The Diagnosa

Kawasan segi tiga pada muka ini akan membawa darah terus ke kawasan yang dinamakan sebagai Cavernous Sinus. Cavernous Sinus pula akan membawa darah terus ke bahagian otak. 

Jadi, jika ada jangkitan pada kawasan segi tiga yang ditunjukkan, risiko jangkitan untuk masuk ke dalam bahagian ini juga tinggi.  



Menurut Dr Latif lagi, risiko yang mungkin berlaku sekiranya anda memecahkan jerawat sendiri khasnya pada kawasan segi tiga berbahaya ini adalah: 

1. Strok, disebabkan pembentukan darah beku yang ada dalam kawasan sinus. 
2. Jangkitan pada otak.  
3. Lumpuh saraf disebabkan adanya kuman dalam kawasan sinus. Hasilnya, otot bahagian muka akan terjejas dan penglihatan mulai kabur. 


Jadi, jika anda mempunyai jerawat yang besar dan mengganggu kehidupan anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Perbuatan memicit jerawat sendiri wajib dielakkan kerana ia boleh membahayakan kesihatan. - CARI

Sumber:

Eckberg TJ. The Dangerous Triangle (Still Dangerous).  JAMA. 1969;209(4):561. doi:10.1001/jama.1969.03160170057019
Dangerous Triangle, Healhtline
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 21-8-2020 11:09 AM
Nasib baik aku xde masalah jerawat ni. Kt hidung mmg sakit wo
Quote siputpepel 21-8-2020 11:35 AM
seriau tengok gambar2 tu. sis skrol laju2
Quote AyaqMeloSuam 21-8-2020 11:43 AM
Jerawat dlm hidung.... {:cryrun
Quote ellez 21-8-2020 02:03 PM
Dulu muda2 dulu klu naik jerawat sikit2,cepat2 guna sabun acne aid kat tmpt jerawat tu.cepat masak dan pecah jerawatnya dan cepat jua kering..nasib baiklah kulit bkn sejenis sllu naik jerawat..
Lps tu dgr2 sabun tu dikatakan tak halal.
.
Quote arm_band 21-8-2020 03:03 PM
eiiiiii gambar tu ajak gaduh tauu
Quote 234126 21-8-2020 08:52 PM
Pernah baca pasal  ni dalam majalah masa remaja. Tips2 penjagaan muka ke apa ntah. Lepas tu mmg trauma, takda nak usik2 langsung jerawat kat muka. Tenyeh oxy tu je la.
Quote misc 21-8-2020 09:01 PM
Uiihh seram..nasib baik aku takde masalah jerawat. So takdela habit picit jerawat. Kekadang je ada tu pun jenis bawah kulit dan tak timbul. Tunggu dia subside sendiri 2,3 hari hilang la.
Quote caca_eric 21-8-2020 09:33 PM
Klau teruk sgt jerawat tu.. pegi la Dr.Koo
Mahal tapi berkesan...
Quote Cassieopeia 21-8-2020 09:53 PM
pernah tgk grey anatomy kot psl laki tu picit jerawat kt hidung trs koma. cek2 mmg bahaya rupanya
Quote najib888 22-8-2020 02:15 PM
Jadi nya, kalau nak picit jerawat kena g spa, pakar kulit atau jumpa Dr. Latif ke caner?
Kalau nak ikutkan, bnyk benda bahaya yg kita take for granted.
Sakit gigi contohnya. Kawan aku penah demam tak kebah2 berminggu2. Dua hari ok, 3 hari demam..camtu la hari2nya.. mula tu jumpa pakar kat satu private hospital ni, dok dalam seminggu.. still tak baik.. then last sekali dia tukar ke satu lagi private hospital yg aku keje dulu.. doktor examine, rupanya dia ada infection pada gigi yg berlubang dan gusi yg bengkak. Demam tu berpunca dari kuman di gigi, masuk ke blood stream.. bila suhu badan dah ok, doktor bg antibiotics terus cabut gigi geraham bongsu tu.. alhamdulillah la ok.
Quote gadget 22-8-2020 02:22 PM
hidung kalu ada jerawat mmg pelik dan buruk jadi muka...lelebih lagi kalau org yg jenis hidung mcm jambu air...
Quote husna_amal 24-8-2020 11:09 AM
Kalau naik jerawat kat hidung auto sakit kepala dibuatnya. Rasa tak selesa je lepas tu mata macam terfokus kat jerawat tu.

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-8-2022 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.070228 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top