Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Hidung Anak Farhan Dimasuki Manik, Panik Dibuatnya!

14-8-2020 12:49 PM|Oleh: Saiful| Komen: 42

Penyanyi Farhan cemas apabila mendapati sebiji manik memasuki hidung anaknya, Orkeyd Fatheema, yang berusia 2 tahun.

Bintang Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu hanya menyedari tentangnya selepas Orkeyd mengadu ada sesuatu di mulutnya.

Foto: Gempak
"Selepas selesai solat Asar semalam saya sedar manik tasbih berterabur kerana kedua-dua anak saya berebut dan menariknya sehingga talinya putus.
 
"Jadi saya pun kutip lah semua dan buang. Mereka pun main macam biasa seperti tiada apa yang berlaku.

Foto: IG
"Malam tu selepas makan, Orkeyd tunjuk ada sesuatu di gigi dia. Jadi suami pun baringkan dia untuk lihat di dalam mulut tapi kebetulan ternampak sesuatu dalam hidung dan ia adalah manik tasbih tu.
 
"Saya terus cemas sebab ia pertama kali kejadian ni berlaku pada anak-anak saya. Saya guna pelbagai alat untuk keluarkan manik tu tapi tak berjaya kerana ia tersekat," katanya kepada Gempak.

Foto: IG
Orkeyd kemudiannya dibawa ke hospital dan doktor berjaya mengeluarkan manik tersebut.

"Doktor kesan hanya ada satu biji di dalam hidungnya tetapi doktor meminta kami datang semula ke hospital jika dalam masa tujuh hari nafasnya berbau dan dia sudah tidak aktif atau ada sebarang perubahan yang berlaku.
 
"Alhamdulilah, sekarang ni Orkeyd nampak baik-baik sahaja dan ceria seperti selalu,"tambahnya. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 42
Komen

Previous : Dikecam Cium Dahi Abu Bakar, Didie Alias Ada Alasannya...

Next       : Siti Sarah Menyampah Dengan Marketing 'Goncang-goncang'

Komen Terbaru

Quote innocent_me 17-8-2020 01:57 PM
Sejenis lepas kawin baru nak cantik. Sora sedap sayang pulak

Lain-lain Komen

Quote cruz2 14-8-2020 01:17 PM
Baca tajuk sepintas lalu,ingatkan anak daie farhan td..
Quote Scheherazade 14-8-2020 01:26 PM
Nasib baik cepat discover
Quote KBW2 14-8-2020 01:42 PM
Panik-panik pun sempat ambil gambar yedak? Kelesss
Quote tikusmontok 14-8-2020 02:07 PM

agak tinggi anunya...ke iols yg silap paham..

Quote YomiuriLandMae 14-8-2020 02:09 PM
lainnya muka sheols skrg..
Quote pearl.silver 14-8-2020 02:35 PM
Bila last farhan ni ada tred kt cari ni?
Quote T541 14-8-2020 02:40 PM
Baca tajuk sepintas lalu,ingatkan anak daie farhan td..
Quote supermum 14-8-2020 02:42 PM
Sora dia sedap.
Quote merahrose 14-8-2020 03:01 PM
ejaan nma ank xmau klah...
Quote NekNgah 14-8-2020 03:02 PM
tikusmontok replied at 14-8-2020 02:07 PM
agak tinggi anunya...ke iols yg silap paham..

Perasan juga tapi rasanya macam kesalahan otongan baju tu.  

Sebelum post gambar ni takkan tak perasan ada benda cacat tu?
Quote komotthecat 14-8-2020 03:05 PM
anak sedara komot masukkan gabus bulat. tersekat kat hidung. tutup sebelah lubang hidung pastu hembus kuat2
Quote diss69 14-8-2020 03:28 PM
NekNgah replied at 14-8-2020 03:02 PM
Perasan juga tapi rasanya macam kesalahan otongan baju tu.  

Sebelum post gambar ni takkan tak  ...

Akk ingt tali bra..
Quote husna_amal 14-8-2020 03:40 PM
Tak try sedut guna mulut ke?
Quote TomyamPuteh 14-8-2020 03:44 PM
Adik llaki dia nama bkn main Western, muka leluhur trisna
Quote zuri154 14-8-2020 03:50 PM
nama orkid fatimah tp ejaannya pusing2.

skrg mmg trend eja nama huruf berulang ye.

mula2 double AA sb nk bg ikut makna dlm arab.

pastu skrg merapu2 aku tgk. kawan aku nama adalia tapi eja double A, pastu bubuh E, pastu letak I, double Y - aadaleiyyaa... peningnya esok cikgu nk tulis
Quote ALDRIN 14-8-2020 03:51 PM
Kemon laaa Sepol....citer falat cam ni pon ko jadik kan thread ke, gilaa?
Quote seulgi 14-8-2020 04:21 PM
Ya ampun ejaan nama anak kau kbat sangat.sian dia nanti habis semua sijil sekolah x laku sebab cikgu salah eja nama
Quote lavendernovella 14-8-2020 04:48 PM
Lawa anak dia...
Quote Laracrop 14-8-2020 04:56 PM
TomyamPuteh replied at 14-8-2020 03:44 PM
Adik llaki dia nama bkn main Western, muka leluhur trisna

Khir alexander?

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top