Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Baru Padam 98 Video, Sugu Pavithra Bakal Muncul Semula Petang Ini?

Oleh: kp5x|27-7-2020 01:15 PM Komen: 43
Kredit foto : Malaymail

Kecoh baru-baru ini, berkaitan kes pasangan Youtuber masakan terkenal Sugu Pavithra di mana M.Sugu didakwa memiliki senjata berbahaya dan mencederakan isterinya, S.Pavithra.

Pada 24 Julai, Sugu bagaimanapun mengaku tidak bersalah memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.


Kredit foto : The Star

Namun, pada hari sama suaminya didakwa di mahkamah, Pavithra mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah memaafkan perbuatan suaminya.

Episod seterusnya drama Sugu Pavithra ini menyaksikan kesemua 98 video yang dimuat naik di saluran YouTube mereka dipadam sebelum Sugu memaklumkan untuk tidak lagi terlibat dalam apa-apa perkara yang boleh menarik perhatian ramai.

Belum reda dengan isu video tiba-tiba hilang pada Sabtu lepas, hari ini (Isnin) Bernama melaporkan Sugu berkata, orang ramai akan dapat melihat semula kemunculan mereka di YouTube selewat-lewatnya petang ini (Isnin). 

Beliau menjangkakan video baru Sugu Pavithra akan dimuat naik jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.


Kredit foto : OhBulan

Sugu juga mengaku bahawa dia sendiri yang telah memadamkan kesemua 98 video Sugu Pavithra yang telah dimuat naik sejak Januari lalu.

"Saya sendiri padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah)," katanya.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 43
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 29-7-2020 08:05 PM
Drama tamil sgt

Lain-lain Komen

Quote matbad 27-7-2020 01:27 PM
Yindia dan dewakan suamikan berpisah tiada..sayang la dah glamer laki punya pasal tekanan family smua,sanggup..zaman skrg bela biawak ok dri bela laki
Quote matbad 27-7-2020 01:27 PM
Yindia dan dewakan suamikan berpisah tiada..sayang la dah glamer laki punya pasal tekanan family smua,sanggup..zaman skrg bela biawak ok dri bela laki
Quote KIM.K 27-7-2020 01:28 PM
So sugu consider ada masalah copyright bagi pihak dia. Padam semua pastu buat balik from scratch
Cuma kalini sugu appear 50% of the air time. So kalau bercerai sugu akan fight 50% harta sepencarian
Quote kaseh80 27-7-2020 01:40 PM
Drama tamil sesgt
Quote umbut 27-7-2020 01:40 PM
Bini baru nak tolong tambah pendapatan.. laki pulak buat hal.. ayooooo
Quote Atata 27-7-2020 01:42 PM
KIM.K replied at 27-7-2020 01:28 PM
So sugu consider ada masalah copyright bagi pihak dia. Padam semua pastu buat balik from scratch
Cu ...

Yucks tolongla, sapa yg nak tgk dia
Quote missbigrockstar 27-7-2020 01:45 PM
Weh satu thread saja boleh tak? Penat nak baca thread banyak2. Sehari sampai berapa thread dah pasal couple boring sendu ni
Quote ShikinIsa 27-7-2020 01:45 PM
Hrmm ikut lah labu. Mana yang terbaik
Quote palmolive 27-7-2020 01:52 PM
ntah2 video baru..solo ride, Ipoh - Sungai Siput
Quote Kurex 27-7-2020 02:13 PM
Macam madey.. kejap nak buat kejap tak, lepas tu buat balik.. takpe, asalkan kau bahagia dgn cara ni sugu
Quote CiliPadiSedap 27-7-2020 02:15 PM
masalah betul lah org melayu kita, asal bangsa lain pandai cakap melayu kagum sangat walhal tu asas jadi kerakyatan sesebuah negara. nak jadi rakyat korea pun ada test ujian bahasa korea. ada kelas bahasa korea. kalau wife korea belajar cakap melayu tu baru akak kagum ada effort. contoh abe kelate nikoh korea, bini dia sanggup belajar bahasa dan budaya rakyat malaysia. its good effort

kita punya mindset serupa indon, benda remeh temeh hiburan jadi nakhoda kehidupan. walhal banyak lagi pekara yang lebih penting.

- acah2 profesor kehidupan-
Quote TravellingBear 27-7-2020 02:19 PM
missbigrockstar replied at 27-7-2020 01:45 PM
Weh satu thread saja boleh tak? Penat nak baca thread banyak2. Sehari sampai berapa thread dah pasal ...

yg ngko rajin beno nk click n baca semua benang apehal kekekekeke
Quote TravellingBear 27-7-2020 02:20 PM
Kurex replied at 27-7-2020 02:13 PM
Macam madey.. kejap nak buat kejap tak, lepas tu buat balik.. takpe, asalkan kau bahagia dgn cara ni ...


kepimpinan melalui teladan .... mmg asal usul pon dari benua sama
Quote RatuDunia94 27-7-2020 02:26 PM
Cer buat video tgh bersenggama plak...
Quote orkidorkido 27-7-2020 03:06 PM
Macam bodoh orang duk layan drama estet ni .. patut boikot baru depa reti. Nyampah betul aku
Quote haruslah 27-7-2020 03:11 PM
CiliPadiSedap replied at 27-7-2020 02:15 PM
masalah betul lah org melayu kita, asal bangsa lain pandai cakap melayu kagum sangat walhal tu ...

I setuju
Bangga ngan malay fasih BM
Patut nye pelik atau hebohkan yg masih x pandai BM waima idup berpuluh tahun kat malaysia

SP ni kalo x sebab acik2 melayu tu support x ke mana
Bukan nak rasis....tapi realiti

Ni kejap xnak join YtlT
Kejap nak bila dah runding
Strategi sgttttt
Quote missbigrockstar 27-7-2020 03:18 PM
TravellingBear replied at 27-7-2020 02:19 PM
yg ngko rajin beno nk click n baca semua benang apehal kekekekeke

Haha gigih aku merempit thread couple terbilang gemilang ni
Quote missbigrockstar 27-7-2020 03:25 PM
Weh mana adanya fasih berbahasa melayu sgt depa ni. Pavithra tak habih2 dok ulang "kami juga ingin mengucapkan ribuang terima kasih,..."
Vocab dia sama saja.
Si sugu lagi lah broken gila tunggang langgang perkataan/ayat masa wartawan interview dia. Takda yg special pun. Lain lah depa cakap german ka
Tapi aku ada sorang kawan keturunan india yg betul2 fasih. Kalau tak tgk dia bercakap kita ingat mamat melayu KL mana lah tgh bercerita.
Tergamam aku masa dia nasihat aku dia keluarkan peribahasa, "kau ni ibarat menanam tebu di bibir". Kawan aku ni bercampur bergaul dgn kawan2 melayu sejak kecik rasanya. Sekolah kebangsaan. Mcm Sean Lee tu pun sedap dengar dia cakap BM. Takda pun bunyi Manglish.
Quote nolya 27-7-2020 03:27 PM
umbut replied at 27-7-2020 01:40 PM
Bini baru nak tolong tambah pendapatan.. laki pulak buat hal.. ayooooo

Sebab laki dia tak tau bersyukur dpt isteri mcm Pavi.  Dia tak rajin semayang kat kuil kot maka dia tak tau erti bersyukur.  Ada jaminan ke lain hari dia tak mabuk dn tak pukul isteri dia lagi.  Selalunya alah bisa tegal biasa.  

Lihat semua komen(43)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top