Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Nama Aku Nabilah, Bukan Babilah! Sampai Hati Bank Salah Eja Nama Pada Surat"

25-7-2020 02:59 PM Komen: 39
Kesalahan pada ejaan nama di surat rasmi mungkin perkara biasa, namun boleh menimbulkan perasaan marah jika nama bertukar menjadi nama haiwan.


Kredit foto: FB Nabilah

Itu yang berlaku kepada Nabilah Shani, 26, yang terkejut apabila mendapati namanya ditulis sebagai 'Babilah Shani' pada surat yang diterima daripada sebuah bank.

Pun begitu, Shani tidak mudah melatah dan mendakwa dia terhibur dengan kesilapan ejaan pada namanya itu.

"Pertama kali baca surat itu memang terkejut, saya baca banyak kali, 'babilah, babilah?? terus saya sendiri pun gelak kerana nama sebenar saya Nabilah.

"Tapi bila berfikir secara rasional, saya anggap ia adalah kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak bank. Mungkin huruf 'B' dan 'N' berdekatan pada 'keyboard'. Jadi saya tak ambil serius perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Shani kemudian memuat naik gambar surat itu dan 'tag' Facebook bank tersebut sebelum dihubungi pihak bank berkenaan yang mengakui kesilapan pihaknya dan memohon maaf.


Loading FB Post...

"Pihaknya juga akan menyiasat dan memperbetulkan kesilapan itu. Saya tidak rasa ia disengajakan dan kebiasaan kita tidak lari melakukan kesilapan semasa menaip.

"Saya tidak marah, tetapi saya berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi. Pihak berkenaan perlu memeriksa berulang kali sebelum mengirim surat kepada pelanggan," jelasnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
4
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
4
Bosan
2
0
0
Komen: 39
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ikanmasin 28-7-2020 12:14 PM
babi adalah binatang plg femes jd sebutan di malaysia ni kan..kenapalah tak check btl2 dl sblm pos..nsb baik lah yg empunya nama rileks2 jer..hehehhe

Lain-lain Komen

Quote rookiecake 25-7-2020 12:52 PM
Honest mistake...
Quote ezacbee 25-7-2020 12:52 PM
Takan tak check nama dulu baru pos.
Sabo jelah babi tol
Quote seemylevel? 25-7-2020 12:56 PM
apa nama bank tu?

nak jd customer setia bank tu now now now

Quote eizarz 25-7-2020 12:59 PM








tak dpt nk komen ape2.......
Quote Kurex 25-7-2020 01:38 PM
Takpelah sis.... Mana tau sebelum ni sis pernah babikan orang, mendapat balik dekat diri sendiri
Quote siputpepel 25-7-2020 02:42 PM
buat kerja sambil mengantuk kot
Quote OmJualGas 25-7-2020 02:45 PM
Samanlah...boleh dapat banyak duitlah..
Quote BellaJay 25-7-2020 02:57 PM
haha same like my name, nabilah jd bella xpe lg jgn nabilah jd babilah sudah
Quote YouWilted 25-7-2020 02:58 PM
Kurex replied at 25-7-2020 01:38 PM
Takpelah sis.... Mana tau sebelum ni sis pernah babikan orang, mendapat balik dekat diri sendiri

Ingat orang lain busuk hati macam kau ke?
Quote CARI-MAL 25-7-2020 02:59 PM
Kesalahan pada ejaan nama di surat rasmi mungkin perkara biasa, namun boleh menimbulkan perasaan marah jika nama bertukar menjadi nama haiwan.




Kredit foto: FB Nabilah




Itu yang berlaku kepada Nabilah Shani, 26, yang terkejut apabila mendapati namanya ditulis sebagai 'Babilah Shani' pada surat yang diterima daripada sebuah bank.


Pun begitu, Shani tidak mudah melatah dan mendakwa dia terhibur dengan kesilapan ejaan pada namanya itu.

"ertama kali baca surat itu memang terkejut, saya baca banyak kali, 'babilah, babilah?? terus saya sendiri pun gelak kerana nama sebenar saya Nabilah.

"Tapi bila berfikir secara rasional, saya anggap ia adalah kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak bank. Mungkin huruf 'B' dan 'N' berdekatan pada 'keyboard'. Jadi saya tak ambil serius perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Shani kemudian memuat naik gambar surat itu dan 'tag' Facebook bank tersebut sebelum dihubungi pihak bank berkenaan yang mengakui kesilapan pihaknya dan memohon maaf.




[fbp]https://www.facebook.com/nabilah.shani/posts/3422379987813033[/fbp]

"ihaknya juga akan menyiasat dan memperbetulkan kesilapan itu. Saya tidak rasa ia disengajakan dan kebiasaan kita tidak lari melakukan kesilapan semasa menaip.

"Saya tidak marah, tetapi saya berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi. Pihak berkenaan perlu memeriksa berulang kali sebelum mengirim surat kepada pelanggan," jelasnya. - CARI
Quote gummiebear 25-7-2020 04:53 PM
Tak check dulu ke sebelum hantar surat tuu cimbank
Quote Abam_Leh 25-7-2020 04:59 PM
Mesti pegawai bank tu porumer CI


Sambil taip surat sambil layan porem sambil maki DAP  


Quote Xim 25-7-2020 05:06 PM
Kat bank xde QC or QA ke??tringt dulu keje financial services,1 error heboh 1 branch....tp fhm la accuracy tu penting ....idok le typo cmni....babilah ni error paling x leh diterima....nasib baik cstmr sporting....kalau x,dia heboh sedunia tau slp2 komplen kaw2....
Quote GigaMom 25-7-2020 05:45 PM
Lantas ku check keyboard
Memang sebelah menyebelah je 2 huruf ni
Quote ShikinIsa 25-7-2020 08:32 PM
Hrmm sabar ja lah
Quote cap_ayam 25-7-2020 08:39 PM
CARI-MAL replied at 25-7-2020 02:59 PM
Kesalahan pada ejaan nama di surat rasmi mungkin perkara biasa, namun boleh menimbulkan perasaan mar ...

Shani tu nama ayah dia.. nama dia Nabilah.
Quote seemylevel? 25-7-2020 08:41 PM


jd rocker jap


Quote Supersirap 25-7-2020 09:06 PM
Typo error ni mana-mana belaku, pentingnya proof reading sebelum muktamadkan sesuatu surat
Quote mdhelmi 26-7-2020 07:20 AM
typo yg x sepatunya berlaku
melainkan mata kelain masa taip tu
atau staff tu stress sbb kene ganti keje org lain

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top