Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Macam Mana Boleh Terlepas? Pedofilia Guna TikTok Cari Mangsa

Oleh: cari-azza|25-7-2020 10:27 AM Komen: 44


Hati-hati jika anak anda tidak boleh berenggang dengan telefon pintar. Perhatikan juga aplikasi yang digunakan mereka terutamanya jika ibu dan ayah memberikan gajet tanpa pemantauan rapi.

Maklumlah, selain menonton rancangan kartun yang menghiburkan, dunia Internet ada keburukan yang tiada sempadan. 

Terbaharu di barat, pemangsa pedofilia menggunakan aplikasi Tik Tok untuk menormalkan 'grooming' kanak-kanak sekecil usia 3 tahun.

Permainan yang saling menyelak baju kanak-kanak dengan orang dewasa ini disambut dengan gelak tawa antara kedua-duanya tanpa kanak-kanak itu menyedari ianya adalah permulaan kepada dandanan seksual ini.


Kredit foto : TWITTER

Hal ini menimbulkan kemarahan ramai warganet yang terkejut dengan pengisian sebegini boleh disiarkan. Sementelah lagi apabila menyaksikan tindakan kanak-kanak yang melihat seluar lelaki dewasa dianggap normal, ini sangat berbahaya.

Malah, warganet di United Kingdom sendiri sudah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai penjenayah seks kanak-kanak di dalam talian ini.


Kredit foto : Twitter

Oleh sebab itu, pengguna Twitter, Wan Nursyakira membangkitkan hal ini dan mahu masyarakat Malaysia sedar tentang betapa bahayanya pemikiran sebegini jika ia tidak dikawal dari awal. Jadi, ia turut menjelaskan betapa pentingnya pendidikan seksual terhadap anak-anak.


Kredit foto : Twitter

"Teruskan didik anak tentang sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat. Ingatkan juga, tentang komunikasi selamat dan tak selamat. Komunikasi yang bercakap tentang anggota badan anak . Itu tak boleh. Biar anak tau, orang ni cakap pelik dan boleh maklumkan pada kita."


Kredit foto : Twitter

Aduh! Walaupun gerakan yang cuba menormalkan pedofilia ini berada di barat, tetapi kita harus berhati-hati kerana media sosial adalah medan tanpa sempadan yang boleh mempengaruhi anak-anak kita tanpa sedar. Jadi, prihatin ya pada anak masing-masing. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
5
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
0
0
Komen: 44
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Knowlee 30-7-2020 09:50 AM
manjalara_01:    Edited by manjalara_01 at 25-7-2020 01:59 PM   Dulu suke jgk dengar ted talk. Tp i notice mcm kadang2 certain talk tu mcm nonsence pulak.Then terjum ...


Oooo... I dah lama tak tengok Ted Talk ni. Mcm tu rupanya...

Lain-lain Komen

Quote mejaputih 25-7-2020 10:40 AM
Adoi..mwnakutkannnnn
Quote seemylevel? 25-7-2020 10:46 AM
saksikan gadis berhijab berdakwah menghalalkan pedofilia







Quote Artemesiaa 25-7-2020 10:47 AM
Sebab tu ada negara yang mengharamkan applikasi ni
Quote capiloton 25-7-2020 10:48 AM
anak buah umo 8 tahun aku leka layan Tiktok,
dah pandai nak gedik2 amik video.
aku uninstall kan app tu dari phone.

mak teh dia la ni yang bongok pegi ajar benda bukan2
kunun nak seronok2.
Quote Normabaru 25-7-2020 11:27 AM

Akhlak adab ibadat semua letak tepi.. Xcool katanya..masa dibuang begitu saja demi secebis likes and attention from nerakazen.. Atas nama urbanisasi dan #normabaru..
Quote dudaberhias 25-7-2020 11:29 AM
jap... kenapa jejan tu gigih buat tiktok gitu... nak perhatian sangat kah?
Quote Xim 25-7-2020 12:10 PM
Aku rase nk boh pelempang sedas hat baju biru tu...
Quote umbut 25-7-2020 12:29 PM
India dah haramkan tik tok... geli tgk sasha30k bertik tok gelek tetek
Quote rookiecake 25-7-2020 12:50 PM
Founder app tik Tok ni warna negara Cina and the app is linked to CCP. Content tik tok pun banyak Yang Lucah and super unhealthy for kids and adults alike
Quote manjalara_01 25-7-2020 01:55 PM
Edited by manjalara_01 at 25-7-2020 01:59 PM
seemylevel?: saksikan gadis berhijab berdakwah menghalalkan pedofilia MNr3yhjQPI8

Dulu suke jgk dengar ted talk. Tp i notice mcm kadang2 certain talk tu mcm nonsence pulak.

Then terjumpe truthers channel yg mengupas tentang hidden agenda Ted talk, nk pengaruh pemikiran org ramai...antaranya about transhumanism, talks dari Bill Gates etc..

Also they all ni suke guna golongan bijak pandai mcm professor yg dari harvard ke etc utk buat talk2 mengarut ni..jadi org akan mudah percaya.


Quote siputpepel 25-7-2020 02:21 PM
bahaya kan... kalau taknak anak main tiktok kita pun jangan lah main jugak
Quote fishcracker 25-7-2020 03:58 PM
Bukan takat tiktok,kat fb,ig malah wasap status bersepah parents upload bideo anak2 mandi tanpa seurat benang...dengan hashtag eskius my little punai

Lehatlaaaa doniaaa i made cute babies kekdahnyaaa
Quote seemylevel? 25-7-2020 06:09 PM
capiloton replied at 25-7-2020 10:48 AM
anak buah umo 8 tahun aku leka layan Tiktok,
dah pandai nak gedik2 amik video.
aku uninstall kan a ...

dah ko uninstall

dia leh install balik


Quote seemylevel? 25-7-2020 06:11 PM
umbut replied at 25-7-2020 12:29 PM
India dah haramkan tik tok... geli tgk sasha30k bertik tok gelek tetek

cuba kalo Malaysia haramkan
perkataan lobai akan mula meniti komen2 dlm forum ini

komen tu lak dri tongong2 sedunia


Quote seemylevel? 25-7-2020 06:13 PM
manjalara_01 replied at 25-7-2020 01:55 PM
Dulu suke jgk dengar ted talk. Tp i notice mcm kadang2 certain talk tu mcm nonsence pulak.

The ...

maklumla

bahasa inggeris

nmpak makesense

kalau ustaz kazim yg bg talk

sume yg acah urbanization ni kecam


Quote seemylevel? 25-7-2020 06:14 PM
fishcracker replied at 25-7-2020 03:58 PM
Bukan takat tiktok,kat fb,ig malah wasap status bersepah parents upload bideo anak2 mandi tanpa seur ...

anak2 comel tunjuk kat media sosial

konon leh dpt offer berlakon iklan tv

tu je


Quote dockers 25-7-2020 06:21 PM
Kan hak asasi manusia.. mana boleh halang ...

Bila semua hak asasi manusia hahahaha
Quote evlinne 25-7-2020 07:09 PM
rookiecake replied at 25-7-2020 12:50 PM
Founder app tik Tok ni warna negara Cina and the app is linked to CCP. Content tik tok pun banyak Ya ...

Apa kaitan dgn ccp sis?
Komunis nak trace manusia tertentu melalui face algorithm ke...?
Quote rookiecake 25-7-2020 07:19 PM
evlinne replied at 25-7-2020 07:09 PM
Apa kaitan dgn ccp sis?
Komunis nak trace manusia tertentu melalui face algorithm ke...?

I don't want to be biased so please do your own research sis. You let me know what's the conclusion when you've read the articles out there.

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top