Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Mayat Warga Bangladesh Tak Mereput, Ustaz Ceritakan Amalan Semasa Hayatnya

22-7-2020 02:41 PM Komen: 33
Pengerusi Eksekutif Skuad Penguruan Jenazah Malaysia (SPJ Malaysia), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid baru-baru ini menceritakan tentang pengalaman pasukannya menyempurnakan satu jenazah lelaki warga Bangladesh yang meinggal pada 13 Julai lepas.

Katanya melalui Facebook, "Arwah tidak dapat disempurnakan kerana masalah ketiadaan waris di Malaysia. Alhamdullillah walaupun sudah lebih seminggu disimpan di dalam peti beku mayat, jenazahnya masih elok dan sempurna."

Menurutnya, arwah meninggal selepas mengadu sakit dada.

Kredit foto: FB Muhammad Rafieudin Zainal Rasid
"Kalau dalam peti, tempoh tujuh hingga 14 hari mayat akan mula mengecut. Kalau di luar, dalam satu hingga dua hari dah mula reput."

Cerita Ustaz Rafie lagi, semasa hayatnya, arwah suka melakukan kerja-kerja sukarelawan dengan membersihkan kawasan surau.

"Jenazahnya baik mungkin Allah muliakan arwah sewaktu hayatnya memang kuat berkhidmat di surau tempat tinggalnya. Jemaah surau kata lima waktu dia mesti ada."

Tambah ustaz, dia berasa sebak sekali ketika menguruskan pengebumian jenazah.

Kredit foto: FB Muhammad Rafieudin Zainal Rasid
"Kawan-kawan arwah di sini buat panggilan video untuk keluarganya dari jauh mengikuti proses pengebumian jenazah."

Difahamkan salah satu faktor jenazah diuruskan tanpa keluarga adalah disebabkan kekangan daripada kawalan pintu sempadan negara disebabkan pandemik Covid-19.

Jenazah berjaya disempurnakan dalam tempoh yang singkat.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 33
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 24-7-2020 12:10 AM
innalillah... semoga roh beliau di cucuri rahmat
tentang well preserved body ni ramai je orang bernasib baik jasadnya tak mereput...

apa yang penting adalah jasa tuan empunya jasad pada dunia ni ketika beliau hidup... dah mati ni orang tak kisah pun mayat well preserved.. harum ke busuk ke... senyum ke idokk...

itu semua tidak menentukan apa2 yang penting adalah semoga roh mereka tenang di sana

Lain-lain Komen

Quote Normabaru 22-7-2020 02:42 PM
Innalillah..
Quote LadyCarefree 22-7-2020 03:03 PM
Banyak juga mayat non Muslim yg naturally well preserved. Kuasa tuhan.
Quote Kurex 22-7-2020 03:09 PM
Innalillah..

Lepas ni boleh la bawak bangla masuk sini beramai2
Quote sekngucing 22-7-2020 03:10 PM
tak pecaya aku benda2 gini  asal kaitkan dgn islam.ja mesti ada mcm magic2...power2
Quote lavendernovella 22-7-2020 03:14 PM
Berdoa semoga semua kita diberi pengakhiran yang baik2. Amin
Quote dodolgemok 22-7-2020 03:22 PM
Dah simpan dalam peti beku ais, mmg la mayat well preserved, lagi2 kalau freezer tu bagus. Habis tu mayat2 pendaki gunung everest yg well preserved atas gunung tu pon  byk amalan lah kiranya? Ostad kalau nk relate fakta sains dgan ugama, kena byk membaca journal supaya org berilmu tak senyum sinis jah dgan kenyataan2 kamu.
Quote lattehazelnut 22-7-2020 03:25 PM
dodolgemok replied at 22-7-2020 03:22 PM
Dah simpan dalam peti beku ais, mmg la mayat well preserved, lagi2 kalau freezer tu bagus. Habis tu  ...

Kan... lol...
Quote Lengkong 22-7-2020 03:26 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Quote pearl.silver 22-7-2020 03:47 PM
Iols tgk citer korea yg forensic tu. Myt dah tanam bertahun2, gali balik well preserved. Kiranya masih belum tinggal tulang la.
Klu kt negara kita mesti kecoh kata byk bgn tahajud tu.
Secara saintifiknya ada kne mengena dgn tanah kubur tu. Ada mineral apa tah yg melambatkn pereputan dan mengawet myt tu.
Quote djzara81 22-7-2020 04:18 PM
Edited by djzara81 at 22-7-2020 04:19 PM

Aku percaya je org byk beramal dan ikut perintah Allah, jasadnya akan dimuliakan & proses pengkebumian dipermudahkn.  Even kalo dia mati eksiden hancur, terbakar rentung atau kembung sbb mati lemas, pasti Allah memudahkn urusan jenazahnya. Tak pyh la nk buat lawak pertikai psl orgnya byk bangun tahajud, solat taubat, buat amalan2 soleh tu semua.
Quote EvieWanKenobi 22-7-2020 05:11 PM
Allah dah janji setiap kebaikan pasti ada ganjaranNya..
thats a fact..
Quote buapakperut 22-7-2020 05:43 PM
Kurex replied at 22-7-2020 07:09 AM
Innalillah..

Lepas ni boleh la bawak bangla masuk sini beramai2

tak pernah terjadi kat rakyah mesia,ternyata rakyat mesia berhati kuthur
Quote Jitu 22-7-2020 05:51 PM
Innalillah...
Quote Kerexxx 22-7-2020 06:39 PM
pearl.silver replied at 22-7-2020 03:47 PM
Iols tgk citer korea yg forensic tu. Myt dah tanam bertahun2, gali balik well preserved. Kiranya mas ...

Itu asbab aje . Means dr byk2 tanah..tanah yg ada that fungsi itu juga yg terpilih utk jd host mayat itu..then preserve arwah.

Mcm juga kalau kena lenyek dgn lori. Dlm byk2 jalan yang xde org, yg part ada sorg tgh tunggu tu lah dia langgar...

Kalau uols meninggal, uol nak meninggal dlm keadaan yg mcm mana?
Quote cairel_azlie 22-7-2020 07:15 PM
Hikmat bawang...banyak khasiatnya..
Quote dodolgemok 22-7-2020 10:27 PM
djzara81 replied at 22-7-2020 04:18 PM
Aku percaya je org byk beramal dan ikut perintah Allah, jasadnya akan dimuliakan & proses pengkebumi ...

Takde org buat lawak pon. Fakta adalah fakta. Kalau ikut lojik tu, kenapa ada org yg beramal sholeh tpi mayat berulat mereput jua? Itu namanya sunnatullah, yakni ketetapan tuhan sejak azali lagi. Contohnya matahari terbit dari timur tenggelam barat, tu ada fakta. Contoh lain manusia makan, dihadam jadi tahik, xde la dihadam jdi emas ke permata sebab org tu beramal sholeh.
Quote Munshi 23-7-2020 05:51 AM
dodolgemok replied at 22-7-2020 03:22 PM
Dah simpan dalam peti beku ais, mmg la mayat well preserved, lagi2 kalau freezer tu bagus. Habis tu  ...

Sebenarnya tajuk artikel ni yang mengundang i.e. Cara wartawan ni Tulis. Ikut apa yg imam tu kata dia sebut mungkin. Maksudnya cuma sebagai peringatan kita yang masih hidup supaya sentiasa berbuat kebaikan moga urusan kematian kita juga dipermudahkan dan dimuliakan oleh Nya.
Quote rogayahtop 23-7-2020 06:30 AM
sentap closet ateis nok baca headline lol
Quote husna_amal 23-7-2020 09:44 AM
Kat dunia lagi dah nampak ciri2 orang yang akan ke syurga.

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top