Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Sampai Cabut Keluar Tak Tahan Bau Busuk! Boleh Bela Kambing Ke Di 'Rumah Taman'?

Oleh: LilRose|13-7-2020 03:41 PM Komen: 31
Adat hidup berjiran, mestilah kena selalu bertoleransi. Lebih-lebih lagi jika ada yang membela haiwan peliharaan.

Jiran bergaduh disebabkan kucing atau anjing peliharaan adalah perkara biasa. Namun, bagaimana pula dengan kambing?



Seorang pengguna Twitter, Shahril berkongsi mengenai jirannya yang membiarkan beberapa kambing peliharaannya bebas hingga menceroboh masuk ke dalam pagarnya dan meragut pokok hiasan ditanamnya.

Itu belum ditambah dengan bau busuk disebabkan haiwan berkenaan lagi kerana kandangnya hanya dibina di belakang rumahnya saja.

"Saya sudah mendiami rumah jenis teres dua tingkat di taman perumahan itu sejak dua tahun lalu. Namun masalah kambing ini hanya bermula tiga bulan yang lalu, iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Kredit foto: mStar/Twitter

"Pada mulanya, jiran saya bina kandang di tempat lain, tapi tak jauh dari kawasan rumah kami. Namun difahamkan tuan tanah di kawasan tersebut ada tegur, sebab itu dia pindahkan lokasi kandang di belakang rumahnya.

"Masalahnya, bela kambing di kawasan perumahan dah satu hal. Belum lagi bau yang najis yang terpaksa saya dan rakan serumah lain hidu bila buka pintu dapur," katanya.

Malah, dimarahnya pula melalui grup WhatsApp apabila Shahril membuat aduan kepada majlis perbandaran di kawasannya.

"Selepas menerima aduan saya, pihak majlis perbandaran ada datang memeriksa dan beri notis kepada jiran saya itu pada minggu lalu.

"Namun saya tak pasti berapa lama tempoh masa yang diberi di dalam notis tersebut kerana hingga kini, kambing-kambingnya masih ada.

"Lebih teruk, dia siap bersuara dalam group WhatsApp taman perumahan dan bertanya siapa yang buat aduan. Dia bengang sebab terus buat aduan tanpa bincang dengannya terlebih dahulu," katanya.


Kredit foto: mStar/Twitter

Katanya lagi, jika tiada perubahan sehingga minggu depan, dia akan mengambil tindakan susulan.

Berikutan tidak tahan setiap hari terpaksa berdepan dengan bau busuk, dua rakannya memutuskan untuk berpindah keluar.

"Saya sebagai pemilik rumah terpaksa akur. Sekarang tinggal dua orang yang tinggal termasuk saya. Nak cari penyewa baru pun susah sikit selagi masalah bau busuk ini tak selesai," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
5
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
3
0
0
Komen: 31
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote timah03 17-7-2020 03:26 PM
supernaturalee replied at 16-7-2020 11:33 PM
Report ke polis je terus
Mengganggu ketenteraman awam

Betul2.... Polis mula2 datang check dulu.. Kalau salah, baru kena...
Hari tu jiran i basuh dinding rumah nya sampai pukul 1 pagi bising... Lepas tu I call polis, polis dtg check....
Tapi, Mungkin sesetengah orang ni takut nak libat kan polis kot... Diorang pikir, kang tak pasal2 kita yg kena saman balik....

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 13-7-2020 03:56 PM
Susah kalau dapat jiran yang tak bertimbangrasa dan hanya pentingkan diri sendiri macam ni.  Harap pihak berkuasa tempatan dapat membantu menyelesaikan masaalah mereka ni dengan kadar segera
Quote Kurex 13-7-2020 04:00 PM
Alhamdulillah kiran sebelah menyebelah kurex sgt bertimbangrasa & rasa macam family, siap tolong jaga kucing kurex.. kecuali atas rumah aku yg bawak perangai kekampungan. Masa pkp lek je dia balik serambi mekoh 3 bulan, sekarang ni dia dah balik kl balik, makin galak buat bisingm dah la badan berkerak!!!
Quote airmineral 13-7-2020 04:03 PM
kesiannya
xtau adab berjiran
umah mak aku pon kesian
jiran belakang rumah bela kucing.. buat kandang belakang umah..
bau kucing dan bau taik kucing tuuuu
xleh kitorang nak sidai baju kat ampaian belakang
nak buka tingkap bilik pon xleh sbb bau busuk
mmg makan carut je laaaa{:freak
stress wey dpt jiran mcmni
Quote chinta89 13-7-2020 04:09 PM
susah kalau org yg buat salah ni bila ambik tindakan, dia plk yg cari org yg report kesalahan dia, bukannya nk ambik iktibar dan perbaiki kesalahan.
Quote KIM.K 13-7-2020 04:13 PM
Kalau mak aku dia hantar surat merata suruh tuan empunya kamning ni bayar pampasan

Haritu lembu masuk makan anak pokok durian mak aku claim rm2k. Tauke lembu bayar
Quote umbut 13-7-2020 04:13 PM
Kena buat report
Quote prettyuglybabe 13-7-2020 04:37 PM
tengok whatsapp tu, ok.. K E L
Quote husna_amal 13-7-2020 04:40 PM
Bincang baik2 lah. Kalau tak berjaya  kasi report pula. Kalau nak cara jahat jual je kambing dia tu.
Quote shernazz 13-7-2020 04:57 PM
Kat tempat iols neh ada juga yang bela kucing tapi biar berkeliaran...berak rumah orang lain..
Rumah dia pon sama juga tapi xde dia nak cuci..
Hanat btol.  
Pastu ada kucing betina dia dok depan umah iols
Udah laaa kucing jantan nak ngorat..dipancutnya kat pintu umah iols
Sokmo lah pepagi.dok cuci depan...
Hampeh btol abe neh..sama cam jiran iols..perangai xnak me gaku salah
Quote ~boolean 13-7-2020 05:26 PM
tuan pun berperangai kambing..
jiran pula yang kena tutup pagar gara2 kambing dia...

sepatutnya ditambat kambing tu dengan tuannya sekali...kemudian dua-dua ekor ni dikorbankan jadi sup..
Quote epal21 13-7-2020 05:54 PM
Susahnya berjiran dgn org tak sekolah. Tak pernah dengar org bela kambing kat rumah taman.
Quote Meiizu 13-7-2020 06:45 PM
Adoiii kesian dia..ai baca pun stress loya tekak
Quote lil_sparky 13-7-2020 07:01 PM
Klo kambing masuk kawasan rumah...cpt2 tambat buat harta sndr..or g jual
Quote Lentera 13-7-2020 07:32 PM
Report je.. Jiran aku baru pindah sebelah umh aku, PUN berhajat nak buat reban kambing katanya. Aku tunggu je. Once dia buat, aku akan report majlis daerah
Reban ayam, reban kucing dia dah buat.  But still kucing dia ada yg curi masuk selongkar dapur aku
Berapa byk reban dia buat daaa tp pagar umh dia sendiri x siap2
Org cmni mmg xleh pakai & x pyh runding. REPORT aje layaknya..
Quote domestobot 13-7-2020 08:40 PM
nak bela kambing apsal tak bela kat kampung je? ke tuan kambing tu dah terjual tanah kampung sebab nak beli rumah bandar, tapi perangai kampung masih takpat nak buang.
Quote Supersirap 13-7-2020 09:00 PM
Nak bela kambing x teragak-agak di belakang rumah, apa lah nak jadi individu tersebut, bukan sahaja makan pokok bunga orang, bahkan bau najis yang semerbak, semua penduduk di taman tu sudah boleh buat ganti rugi kepada pemilik kambing tersebut
Quote TabletSusu 13-7-2020 09:29 PM
dam mcm puak2 rohingya pulak bela kambing dlm rumah
Quote potpetpotpet 13-7-2020 09:40 PM
Lentera replied at 13-7-2020 07:32 PM
Report je.. Jiran aku baru pindah sebelah umh aku, PUN berhajat nak buat reban kambing katanya. Aku  ...

Bela ayam boleh ke? Kau tak buat report plak dia bela ayam?
Quote insulin 13-7-2020 10:43 PM
Report ke majlis perbandaran je.

Bengongnya. Kalau nak sangat bela kambing, lebih baik tuan kambing tinggal di estet je.

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top