Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Jangan Ambil Mudah, Teknik Heimlich Penting Jika Anda Ada Anak Kecil

7-7-2020 01:29 PM|Oleh: natrahn | Komen: 7


Bila musim buah tiba, kanak-kanak antara golongan paling seronok dan teruja ingin menikmati keenaakan rasa buah-buahan tempatan. 

Buah rambutan, durian, langsat, duku dan juga manggis ada kelompok peminat tersendiri serta rasa masing-masing yang unik.

Namun, dalam keseronokan dan keterujaan menikmati rasa enak buah-buahan tempatan, kita dikejutkan dengan kematian kanak-kanak berusia tiga tahun akibat tercekik sebiji rambutan.


Kredit foto: Berita Harian dan Ihsan Pembaca Facebook

Dalam kejadian sedih itu, mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi makan rambutan yang dikait bapanya. Ketika kejadian, bapanya bersama ahli keluarga lain sedang mengait buah rambutan di depan rumah datuk mereka di Bukit Selambau. 

Namun, tiba-tiba mangsa berlari ke arah abangnya sambil menjerit serta memegang leher. Bapanya cuba menepuk belakang mangsa tetapi tidak berhasil. Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan. 

Kejadian yang berlaku Kampung Belakang Masjid di Baling, Kedah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang sedih dengan peristiwa itu.


Kredit foto: FB Harian Metro

Lantas, Public Health Malaysia berkongsi langkah yang boleh dilakukan orang ramai bagi membantu kanak-kanak sekiranya tercekik sesuatu objek. 


Kredit foto: KKM via FB Public Health Malaysia

Teknik Heimlich adalah teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat. 

Namun, langkah paling selamat adalah mengelakkan dari memberi makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik. Ini kerana kanak kanak berusia empat tahun ke bawah adalah kumpulan berisiko TINGGI untuk tercekik makanan. 

Pada usia ini, mereka masih belum pandai mengunyah makanan dan hanya menelan makanan.

Selain itu, saiz saluran pernafasan yang kecil menyebabkan ia mudah ditutup sepenuhnya terutamanya makanan yang keras dan berbentuk bulat.


Kredit foto: KKM via FB Public Health Malaysia

Jadi, pastikan anda simpan dan kongsi teknik ini untuk rujukan bila diperlukan. Ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
3
0
0
Komen: 7
Komen

Previous : Turun 5kg Dalam 3 Minggu, Jadi Betullah Diet Atkin Tu Bagus?

Next       : Macam Dua Orang Berbeza! Lelaki 120 Kg Buktikan Boleh Berlari Hingga Kurus

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Kalah Mami Jarum, Topeng Muka Pun Diperbuat Dari Emas
Usia Makin Lanjut, Tokti Tak Nak Tangguh Usaha Bagi Adik Pada Aafiyah
Pawagam 'Mesra LGBT', Kenapa Orang Luar Pula Yang Gelabah? - Netizen
Mula Berpakaian Ketat Sejak Bertubuh Langsing, Zulin Disindir Suruh Tanggal Tudung
The Rock Kalahkan Ronaldo Untuk Selebriti Paling Bernilai Instagram
Fynn Jamal Cuci Tangan, Tak Nak Serabut Fikir Masalah Orang Lagi
Keluarga Tak Perlu Dimaklumkan Kejadian Menimpa Nazrin - Samirah
Sambil Jaga Anak Pun Boleh Kurus, Shila Amzah Cerita Motivasinya
Rogol Oleh Kekasih Paling Tinggi, Berani Couple Lagi Dik?
Shukri Yahya Teruja Bakal Timang Anak Lelaki
Ingatkan Gam - Baju Pun Dinoda Pekerja Kurier
Dia Buat Macam Kucing Pula - Kanak-kanak Selamba Mandi-manda Dengan Buaya
"Saya Terkejut Sangat, Terus Pengsan" - Mak Wan Terkejut Ditaja Pakej Umrah
Anak Panggil 'Papa', Jaclyn Victor Tak Sangka Hati Akan Terbuka Lagi Lepas Bercerai
Ibu Muda Bunuh Diri Kerana Malu Diperkosa 7 Pemuda
"Si Bodo# Ni Tak Mewakili Rakyat Malaysia" - Siti Kasim Selar Wanita Seru Boikot IKEA
Saya Bangga Dengan Belia Seperti Awak - Jiwa Kental Gadis Kurier Dipuji Warganet
Upin Dan Ipin Bakal Promosi Barangan Buatan Tempatan
Selamba Berbikini, Sajat Makin Kerap Tayang Aset
"Macam Otak Manusia!" - Gordon Ramsay Kata, Tiada Buah Lebih Busuk Dari Durian
Tart Keju Bluberi, Resepi Wajib Cuba Untuk Raya 2020
Baju Raya Untuk Kucing Jutawan Tudung Pun Direka Man Kajang, Untunglah!
Jangan Ambil Mudah, Teknik Heimlich Penting Jika Anda Ada Anak Kecil
Nak Warna Rambut Sebab Saja-saja Pun Boleh, Tapi Ada Syaratnya
Nak Berpantang, Tak Perlu Ikut Cara Tradisional Melayu - Dr Amalina

Komen Terbaru

Quote semahsally 10-7-2020 12:43 PM
risau betul kalau tgk budak2 makan makanan yg berbiji2 ni..mmg kena pantau..takot tertelann
tips ni bagus..klu kot2 terjadi lah insiden ni..harap2 terlintas la tips ni kt kepala. kdg tu kalau da panik..semua benda boleh jd lupe!

Lain-lain Komen

Quote KIM.K 7-7-2020 01:49 PM
Budak nak upsr pun still kena remind ya
Quote jaja8 7-7-2020 02:05 PM
kena sentiasa fikir bahaya..mmg malang tak berbau.....betul juga org tua2 selalu bising kalau makan jangan bercakap..time makan, makan je. ye lah budak2 kan makan sambil main selalunya
Quote husna_amal 7-7-2020 02:40 PM
Bila cemas sampai tak tahu nak buat apa kalau jadi macam ni. Semoga dengan info manfaat macam ni dapat bagi kebaikan pada semua.
Quote Artemesiaa 7-7-2020 03:25 PM
Teknik first aid dalam menangani mangsa tercekek macam ni dapat membantu dikala kecemasan terutama yang ada anak kecil dirumah.  
Quote CatMiow 7-7-2020 08:57 PM
Masa keje tadika dulu,  paling risau kalau mak bekalkan anak2 anggur,  sebab masa taklimat dengan kkm,  anggur ni boleh jadi punca anak2 tercekik,  sebab kecik.

Rupanya ada buah2 an dan makanan lain juga perlu d beri perhatian pada keselamatan anak2.
Quote dekmieDandy 8-7-2020 10:34 AM
owh anak sedara aku pon suk sangat buah rambutan ni

kadang-kadang kalau dia nangis, nak pujuk bawak gi kat pokok rambutan tu je

tapi sape bawak puaslar nak kopek buang biji bagai
Quote semahsally 10-7-2020 12:43 PM
risau betul kalau tgk budak2 makan makanan yg berbiji2 ni..mmg kena pantau..takot tertelann
tips ni bagus..klu kot2 terjadi lah insiden ni..harap2 terlintas la tips ni kt kepala. kdg tu kalau da panik..semua benda boleh jd lupe!

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top