Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Polis Jumpa Mayat Datuk Seri Diculik

27-6-2020 02:45 PM Komen: 204
Mayat seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemui di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya.

Menurut AWANI, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menemui mayat lelaki berusia 55 tahun sekitar jam 9 pagi tadi.



"Sebelum itu, polis menerima laporan mangsa hilang dipercayai diculik untuk tebusan pada 10 Jun lalu.

"Mangsa diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 10.30 pagi," katanya dalam kenyataan yang dipetik AWANI.

Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 204
Komen

Anda Mungkin Meminati

100x Superzoom! Tak Nak Ke Miliki Huawei P40 Pro+ Macam Ruhainies, Eyka Farhana?
Bagus Jep, Pandai Jaga Aurat Isteri
Dah Kali Ketiga, Fasha Sandha Tetap Gementar Lalui Proses Bersalin
Fizo Dapat Tawaran RM25,000 Untuk Jadi Peneman Satu Malam
"Tak Semua Budak Sekolah Tak Guna"- Jawapan Jujur Pelajar Ini Buat Netizen Terhibur
"Moga Ini Berita Baik Buat Anda" - Amyza Sedia Terima Dokumen Dari Peguam Anju
Cantik Macam Erra Fazira, Fazura Pun Suka Tengok Mimi Lana Bertudung!
Kecoh Je, Wanita 'Paksa Orang Lain Muliakan Suami' Ditempelak PU Azman
Potong Telinga Isteri Sebab Tak Masak
Salahkan Penampilan Wanita Dalam Isu Rogol, Fynn Jamal Cetus Kemarahan Warganet
Takut Orang Ingat Cari Publisiti, Fathia Latiff Doa Tak Buka Tudung Lagi
3 Bulan Ali XPDC Tak Lena Tidur Sakit melecur Disambar Api
Remaja Dituduh Pedo Gara-gara Ciapan 'Assalamualaikum, Bismillah'
Tikam Doktor Sebab Gagal Rawat Mati Pucuk
75% Rakyat Malaysia Tiada Simpanan RM1,000, Susah Sangat Ke Nak Ikat Perut?
Linda Rafar Akhirnya Saman Dr Rusyaini RM1 Juta
Lebih 3 Ribu Janda Baru Di Bandung Akibat Covid, Kerajaan Digesa Bantu Ekonomi Mereka
"Hi Fynn Jamal, Mungkin Salah Saya Sebab..." - Gadis Kongsi Jadi Mangsa Masa 6 Tahun
Caprice Akui Stres Debat Dengan Fynn Jamal
Jual Air Wuduk 'Ori' Online
"Kenapa Nak Payung Industri Muzik? Jangan Tambah Beban Tak Tergalas" - Bront Palarae
Warga Emas Ambil Ubat Penguat Tenaga Batin Rogol Anak Tiri
'Dukun' Mabuk Bakar Kemenyan Sebelum Rogol Janda
"Ada Yang Mula Pakai Baju Kelawar Isteri" - PM
Shopee Minta Maaf Jadi Platform Jual Telur Penyu
Hari Tu Roti Canai, Hari Ni Sorok Dadah Dalam Roti Pula
Kemuliaan Hati Pemandu e-Hailing
Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan Fuziah - Ngeh Koo Ham
Didenda RM1,000 Sebab Makan Ayam Belakang Rumah

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 1-7-2020 11:32 AM

Ada kan gambar ditepek tu.. ada satu tu gambar tengah suap kek kat dia

Lain-lain Komen

Quote MissVixen 27-6-2020 01:36 PM
Kena bunuh sebab tak bayar hutang ke?
Quote Nahnukutu 27-6-2020 01:43 PM
Datuk Seri diculik ditemukan mati dalam belukar
AHMAD ISMADI ISMAIL | | 27 Jun 2020


image.png
Mangsa berusia 55 tahun sebelum ini hilang dipercayai diculik ketika berjoging di taman permainan pada 10 Jun lalu.

RAWANG - Misteri kehilangan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang dilapor hilang sejak 17 hari lalu terjawab selepas mayatnya ditemukan di tepi sebuah belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad mengesahkan mangsa berusia 55 tahun sebelum ini hilang dipercayai diculik ketika berjoging di Taman Permainan, Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -mati-dalam-belukar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Quote noor2 27-6-2020 01:48 PM
Mexico sangat. ........
Quote sleepandream 27-6-2020 02:14 PM
tak disclose nama ke...
Quote sukacactus 27-6-2020 02:26 PM
Xbayar ransom kot
Quote Nahnukutu 27-6-2020 02:28 PM

belum.... Sinar pun cuma kata bakal menyusul...


Quote nazzse 27-6-2020 02:31 PM
Bangsa apa?
Quote LostStar 27-6-2020 03:15 PM
Seram {:freak
Quote Ailebiu 27-6-2020 03:47 PM
warga Singapore ke?
sebab tebusan minta dlm sing dolar
Quote nazzse 27-6-2020 04:04 PM
HULU SELANGOR: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berhubung kes penculikan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditemui mati di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya, Rawang di sini, hari ini.

Kesemua suspek termasuk dalang utama berusia antara 30-an hingga 50-an itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Selangor sejak jam 11 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata hasil siasat ke atas salah seorang suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya pada jam 9 pagi tadi.

"Mangsa yang berusia 55 tahun diculik ketika sedang berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

"Kehilangan pemaju hartanah itu diketahui keluarganya pada waktu tengah hari tarikh yang sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak S$50 juta (RM154 juta).

"Keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu pada pihak polis sebaik mengetahui mangsa diculik," katanya kepada pemberita selepas mengetuai siasatan ke atas sebuah rumah dipercayai digunakan untuk menyembunyikan mangsa di Taman Kosaso, Rawang di sini, hari ini.

Katanya, soal siasat ke atas suspek mendakwa mangsa meninggal dunia selepas tiga atau empat hari diculik sebelum mayatnya dicampak di kawasan belukar di tepi laluan berkenaan.

"Mayat sudah mereput ketika ditemui dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat.

"Buat masa ini kita sedang menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital berhubung anggaran tarikh dan punca sebenar kematian mangsa," katanya yang turut memaklumkan dalang utama penculikan yang berusia 50-an adalah individu yang dikenali mangsa.

Tambah beliau, lima daripada suspek kini direman antara lima hingga tujuh hari untuk siasatan dan dua lagi suspek masih dalam proses permohonan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 3 Akta Culik 1961.
Quote Manjahati 27-6-2020 04:16 PM
X sempat byr ransom ke ni
Quote jazaa100 27-6-2020 04:16 PM
Kesiannya.....

Padan muka penculik....ingat blh lepas ke?...dah jd kes bunuh......mgkin geram falimy mangsa buat report polis
Quote luluaurora 27-6-2020 04:21 PM
adu du du du duuuuu

we re living in a wicked world
Quote LadyCarefree 27-6-2020 04:25 PM
Oh 55 tahun. First name that crossed my mind was alepsokree.
Quote epuepy 27-6-2020 05:06 PM
Hati kering btl penculik tu. X dpt duit, kasi hilang nyawa terus.

Giler ah
Quote Orix 27-6-2020 05:10 PM
Mula2 baca tggal damansara, mayat jmpa kt rawang iols terus teringat tokey Adabi sbb rumah dia kt Damansara n kilang n hq adabi kt Rawang nun. Bila scroll ke bawah kata pemaju hartanah so bukan la
Quote noor2 27-6-2020 05:11 PM
Berani bangla buat onar....
Quote namr 27-6-2020 05:15 PM
Malaysia darul Mexico
Quote TravellingBear 27-6-2020 05:19 PM
camne la 3-4 hari dia masa kena culik tu... pastu akhirnya... kena bunuh

Lihat semua komen(204)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top