CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Dilibas Parang, Anak Pukul Bapa Mabuk Hingga Maut

16-6-2020 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4781| Komen: 25

Description: Lelaki gagal mengawal diri selepas tidak tahan dimarahi dan dimaki hingga membunuh bapanya dalam kejadian di Kampung Ulu Taburi, Lahad Datu, semalam.
Lelaki gagal mengawal diri selepas tidak tahan dimarahi dan dimaki hingga membunuh bapanya dalam kejadian di Kampung Ulu Taburi, Lahad Datu, semalam.

Harian Metro melaporkan, Talasai Kuyoh, 62, ditemui mati jam 12 tengah hari di kawasan kebun sawit depan rumah miliknya.


Siasatan mendapati, sebelum kejadian mangsa mengarahkan anaknya berusia 30 tahun itu melakukan beberapa tugasan termasuk membeli batu jalan untuk digunakan di kebun mereka.


Kredit foto: Awani

"Sebaik selesai melakukan tugasan yang diarahkan, suspek dikatakan terus balik ke rumah dan memasak untuk bapanya.

"Namun ketika sedang memasak, mangsa yang sedang minum minuman keras memanggil suspek ke bawah rumah dan berlaku perselisihan faham antara mereka," kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor.

Suspek kemudian melarikan diri ke arah lori di hadapan rumah untuk mengambil besi pengangkat sawit bagi mempertahankan diri selepas mangsa melibas parang ke arahnya.


"Namun, si mati terus mengejar suspek sambil melibas parang dan suspek pula cuba mengelak sambil menghayunkan besi pengangkut sawit sehingga terkena kepala dan beberapa bahagian badan mangsa.

"Akibat beberapa kali dipukul, mangsa akhirnya terjatuh ke arah kawasan bawah bukit, manakala suspek terus melarikan diri ke rumah ibu saudara isterinya untuk menceritakan kejadian berkenaan.

"Pada 2 petang, suspek kemudiannya ditahan ketua kampung dan beberapa penduduk sebelum diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Tungku," katanya.

Tambahnya, motif kejadian berpunca akibat salah faham antara suspek dengan mangsa yang sering memarahi dan memaki anaknya apabila mabuk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan . - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomitomes 16-6-2020 11:19 AM
Kau defend diri kau smp mati kau belasah bapak kau? Tapi mendapatlah bapaknya pun
Quote Supersirap 16-6-2020 11:52 AM
Kena panggil CSI ni untuk buat siasatan terperinci
Quote Artemesiaa 16-6-2020 12:02 PM
Bahaya orang tengah mabuk ni membunuh pun dia sanggup tak pasal2 orang tak mabuk pun boleh terlibat sama
Quote allshares 16-6-2020 01:03 PM
Tak guna punya bapa. Selayaknya mati. Anak siap dtg tlg masak, disuruhnya jual batu, pastu dibarankan. Nasib anak tak mati dilibas parang
Quote matamata 16-6-2020 01:30 PM
tomitomes replied at 16-6-2020 11:19 AM
Kau defend diri kau smp mati kau belasah bapak kau? Tapi mendapatlah bapaknya pun

Bunuh atau neutralized  org yg ada potensi utk bunuh kita pun consider pertahankan diri jugak
Quote harizs 16-6-2020 01:32 PM
ketuk jer la dua2 tempurung lutut bagi lumpuh.   x perlu sampai membunuh
Quote Kurex 16-6-2020 03:12 PM
Siapa kata arak ni tak bahaya????
Quote terpaling 16-6-2020 03:29 PM
kes mabuk lagi..
Quote Anne.W 16-6-2020 03:32 PM
Kesian ank tu.. Mesti trauma all his life.. Even buat as defense.. Hrp2 xresort to arak jugak la nnt.. If not the same cycle can repeat it self
Quote matchstick 16-6-2020 03:46 PM
Tapi si bapak tu mati mungkin sbb jatuh ke bawah bukit bukan sbb kena pukul dgn besi je kan..kalau post mortem punca dia mati sbb jatuh bukit mungkin boleh lepas tuduhan membunuh tu

Btw kelakar pulak baca ayat ni

"Namun, si mati terus mengejar suspek sambil melibas parang.."{:smile
Quote husna_amal 16-6-2020 03:51 PM
Patut haramkan je penjualan arak ni. Banyak mendatangkan musibah.
Quote yarid 16-6-2020 04:29 PM
harizs replied at 16-6-2020 01:32 PM
ketuk jer la dua2 tempurung lutut bagi lumpuh.   x perlu sampai membunuh

Dah kena kejar guna parang sambil dilibas parang, takdenya nak fikir ketuk kepala lutut dulu....

Quote 234126 16-6-2020 05:29 PM
real life drama ni. Kesian kat anak tu. Trauma dia mesti dah lama menahan ni, jadi ticking time bomb. Harap dia lepas tuduhan sebab self defense.
Quote Youareyou788 16-6-2020 10:27 PM
Bahana arak. Sekarang makin menjadi kes mabuk
Quote eyansss 16-6-2020 11:24 PM
harizs replied at 16-6-2020 01:32 PM
ketuk jer la dua2 tempurung lutut bagi lumpuh.   x perlu sampai membunuh

tak sempat nak aim dah sebab bapaknya melibas2 parang...
Quote miss_beku 16-6-2020 11:38 PM
Arak lagi.. bukan bahaya membawak kereta je, kat dalam rumah pun bahaya jadinye.
Quote dua_chzy 17-6-2020 01:25 AM
Kurex: Siapa kata arak ni tak bahaya????


Memang tak bahaya jika reti kontrol diri. Bunuh orang tak perlu arak pun untuk trigger.
Quote adila39 17-6-2020 09:40 AM
kesian anaknya.. dah la masakkan.. hmm complicated jugak.. bila stress sgt all out of control
Quote Cassieopeia 17-6-2020 12:12 PM
dah tua2 tak larat pun nk minum arak juga. suruh anak buat keje mcm2 dilibas plak dgn parang..
moga anak dia xsabit kesalahan membunuhla

Lihat semua komen(25)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.539316 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top