CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Gugur Sebab Makan Nanas Muda? Nadya Syahera Tak Tahu Sedang Hamil Kembar

16-6-2020 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12170| Komen: 72

Description: Nadya Syahera reda apabila keguguran anak kembar ketika usia kandungan hampir mencecah tujuh minggu.
Nadya Syahera reda apabila keguguran anak kembar ketika usia kandungan hampir mencecah tujuh minggu.

Berkata kepada mStar Online, pelakon itu mendakwa ia mungkin disebabkan nanas muda yang dimakannya.




"Saya tak tahu yang saya hamil sehingga beberapa minggu lalu saya ada membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya hamil anak kembar. Sebelum itu, saya memang tak tahu sedang hamil.

"Jadi, saya ada makan macam-macam masa hari raya tempoh hari. Saya ada juga makan nanas muda, tapi waktu itu memang saya tak tahu sedang berbadan dua. Mungkin disebabkan itu saya alami keguguran.


Kredit foto: IG


"Selepas jalani pemeriksaan, doktor mengesahkan ada pendarahan dalam. Alhamdulillah saya selamat menjalani proses Dilatation & Curettage (D&C) iaitu mencuci saki-baki janin yang tertinggal pada pagi, Isnin," katanya kepada mStar.

Tambahnya, suami yang bersungguh-sungguh berharap akan dikurniakan anak kembar reda dengan ketentuan Allah SWT.

"Suami saya yang paling sedih apabila dapat tahu yang saya disahkan mengalami keguguran sebab dia memang sangat mengharapkan untuk dapat bayi kembar. Bila suami dapat tahu saya hamil anak kembar, dia orang paling gembira.

"Memang dia nak sangat ada anak kembar memandangkan ramai dalam kalangan ahli keluarganya mempunyai kembar. Tapi apa-apa yang terjadi saya dan dia reda. Kami anggap ini bukan rezeki dan Allah sebaik-baik perancang," ujarnya. 


Kredit foto: IG/mStar

Nadya dan Fizul Nawi berkahwin pada 25 September 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2. - CARI
2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Chah21 16-6-2020 11:55 AM
Kandungan kembar mmg berisiko utk x jadi.. kebetulan je tu.. InsyaAllah ada rezeki lain lpasni
Quote syadq 16-6-2020 12:02 PM
Mitos je sis.
Quote JohnnyLever 16-6-2020 12:10 PM
ini budak kalau berlakon make up dia muka macam muka ular jadian juga
Quote weezerfan 16-6-2020 12:18 PM
Drama dua tiga tapi gossip kemain meriah. Kerja beranak pulak tu walau laki gatey kotey
Quote SherryZass 16-6-2020 12:24 PM
Mitos je sis.
Quote dua_chzy 16-6-2020 12:26 PM
Tak mungkin la. Unless ko makan 7 bijik nenas sekaligus boleh la kot kasi gugur.
Quote dua_chzy 16-6-2020 12:28 PM
JohnnyLever replied at 16-6-2020 12:10 PM
ini budak kalau berlakon make up dia muka macam muka ular jadian juga

Aik, ko jeles kat budak ni ke? Macam ko kata kat thread Juma tu la, poromer sana yang kutuk Juma jeles kat Juma. Dah tu ko kat sini kutuk adik ni muka ular takkan jeles kat adik ni?
Quote JohnnyLever 16-6-2020 12:30 PM
dua_chzy replied at 16-6-2020 12:28 PM
Aik, ko jeles kat budak ni ke? Macam ko kata kat thread Juma tu la, poromer sana yang kutuk Juma j ...

ini LGBT mana pula ini tiba2 menyampuk minta perhatian diri aku ini



Quote terpaling 16-6-2020 12:35 PM
takziah..
Quote terpaling 16-6-2020 12:36 PM
weezerfan replied at 16-6-2020 04:18 AM
Drama dua tiga tapi gossip kemain meriah. Kerja beranak pulak tu walau laki gatey kotey

aku ingat lepas kes aritu terus nak cerai dah depa ni.. tgk2 la preggy lak ka..
Quote RatuDunia94 16-6-2020 12:42 PM
Celaka betul la iklan video syampoo head n shoulder kat forum cari ni.. menyusahkan betul utk aku tekan next page.. memang celakaaaa..
Quote Lavender_Violet 16-6-2020 12:47 PM
No such thing la makan nenas boleh buat keguguran..
Quote Asdira 16-6-2020 01:25 PM
Teringat dia berlakon dgn nana & alif..jahat sungguh watak dia..dgn lipstik merah menyala...
Quote prettyuglybabe 16-6-2020 01:46 PM
dia ni cerita beranak je kan..
dari kalkulator sampai gugur..
Quote Abot 16-6-2020 01:52 PM
Senang nye mengandung...
Quote adawiyah_hakim 16-6-2020 03:00 PM
takziah.. ok next
Quote ashilalat 16-6-2020 03:11 PM
RatuDunia94 replied at 16-6-2020 12:42 PM
Celaka betul la iklan video syampoo head n shoulder kat forum cari ni.. menyusahkan betul utk aku te ...

Ko boleh komen kat benang aku yg tyrophobia tu, momod dah pesan boleh tag dia. Hahaha.

Aku skang aman2 x nmpak iklan sejak ramai forumer perkenalkan opera dengan brave.

Utk tak ot, minah ni ingatkan aritu ada citer dah bercerai. Rupanya masih ada laki. Huhuhu
Quote aldilla_zahraa 16-6-2020 03:15 PM
pandai dia ejas tarikh kahwin jadi 2015
Quote meow_tompok 16-6-2020 03:18 PM
Asdira replied at 16-6-2020 01:25 PM
Teringat dia berlakon dgn nana & alif..jahat sungguh watak dia..dgn lipstik merah menyala...

untung la chuosl sekurang-kurangnya ingat jugak lakonan dia
meols lagik kesian, tak kenal langsung dia ni sape melainkan retis suam suam kuku porem cari dgn gossip spekuan calculator misteri


Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-8-2022 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.072823 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top