CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Baju Raya Untuk Kucing Jutawan Tudung Pun Direka Man Kajang, Untunglah!

16-6-2020 10:48 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15236| Komen: 62|Original author: Oleh: Cari Azza

Description: Tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah kucing... memang 'Money' yang punya.



Tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah kucing... memang 'Money' yang punya.

Begitulah perumpamaan yang sesuai buat seekor kucing bernama 'Money' milik jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri. 

Bukan sahaja menjadi haiwan kesayangan, malah dianggap sebagai anak angkat apabila di bawah kemana-mana seperti bersiar-siar dan dibawa ke tempat kerja.

Lebih beruntung apabila Money yang berusia tiga tahun juga disiapkan dengan baju raya yang direka khas oleh pereka fesyen perkahwinan popular, Man Kajang. 

Wah! Sedondon baju raya dengan tuan sekali, warna hijau emerald.



Kredit foto : Ig Blackpepperproduction

Seperti yang diceritakan kepada Majalah Nona, baju mereka sekeluarga disiapkan oleh Man Kajang termasuklah kucing kesayangannya.

"Hari-hari biasa, Money memang ada baju sendiri sampai berpuluh pasang yang dibeli dari Bangkok. Cuma, bila berlaku Covid-19, kami tak boleh terbang, jadi saya minta Man Kajang siapkan dan hasilnya memang cantik. Baju Money siap dalam tempoh 24 jam saja."

Ternyata baju yang dipaparkan sangat menarik perhatian. Seperti baju gaun yang dipakai oleh bayi berusia setahun pula.


Kredit foto : IG

Kredit foto : IG

Kredit foto : IG

Sementara itu, Haliza berkata, pertemuan pertama dengan Money adalah di sebuah 'pet shop'. Ketika itu dia dan suaminya hendak membeli makanan seekor kucing peliharaannya, Gora yang telah dibela sejak 14 tahun lalu.

"Suami memang suka kucing. Apabila terpandang Money yang berusia empat bulan ketika itu, dia terus berkenan, lalu membelinya dengan harga RM1,800. Kata suami, Money ni memang manja dan unik."


Kredit foto : IG

Menurut Haliza lagi, Money diibaratkan anak bongsunya memandangkan anak-anaknya sudah dewasa iaitu 21 tahun dan 17 tahun. Jadi, kucing ini membawa tuah dan kegembiraan kepada mereka sekeluarga. 

Malah, Money turut dibelai mendapat rawatan 'grooming spa' sedangkan dirinya sendiri tidak sempat untuk memanjakan tubuh.

Aduhai, beruntungnya seekor kucing bernama 'Money', segala keperluan disediakan, dibelai dan dimanjakan. Benarlah kata orang, berbuat baik kepada haiwan memang rezeki melimpah ruah. - CARI
4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 16-6-2020 11:24 AM
Kucing pun sambut raya.
Quote Kurex 16-6-2020 11:34 AM
Dah macam pelacur je kucing tu
Quote jerukkedondong 16-6-2020 11:41 AM
Kurex replied at 16-6-2020 11:34 AM
Dah macam pelacur je kucing tu

Hahaha..kan rex...binatang dibajukn....yg manusia plk gila tunjuk lurah dendam..tayang cikpek...ehhh...akhir zaman dah ni....
Quote Themilo 16-6-2020 11:50 AM
lemas la kucing tu dengan kain meleret
Quote doubleA 16-6-2020 12:13 PM
Susah jumpa orang kaya yang tak membazir. Dah rupa baju budak
Quote missyL 16-6-2020 12:17 PM
doubleA: Susah jumpa orang kaya yang tak membazir. Dah rupa baju budak

Kan..
Membazir nye la
Quote Supersirap 16-6-2020 12:19 PM
Sangat beruntung kucing tu
Quote 234126 16-6-2020 12:21 PM
bestnya dapat kucing manja. iol selalu jumpa kucing yang hati kering takda reasi sangat takpun garang semacam.
Quote miss_beku 16-6-2020 12:44 PM
Ko amik anak angkat lag centu,,, ramai anak org susah sana,,
Quote Artemesiaa 16-6-2020 12:58 PM
Untung ler jadi kucing tokey dapat baju dijahit oleh designer
Quote prettyuglybabe 16-6-2020 01:50 PM
jangan esok tengok ecah nekta ada baju sepesen dengan kucing tu
Quote Tinot7 16-6-2020 01:50 PM
Dia ni awet muda ke gambar filter dan edit?

Menurut Haliza lagi, Money diibaratkan anak bongsunya memandangkan anak-anaknya sudah dewasa iaitu 21 tahun dan 17 tahun.
Quote tombolpintu 16-6-2020 01:53 PM
prettyuglybabe replied at 16-6-2020 01:50 PM
jangan esok tengok ecah nekta ada baju sepesen dengan kucing tu

Boleh tak aku nak gelak guling guling
Quote Cari-Azza 16-6-2020 02:19 PM
Tinot7 replied at 16-6-2020 01:50 PM
Dia ni awet muda ke gambar filter dan edit?

Menurut Haliza lagi, Money diibaratkan anak bongsunya ...

Umur dia 43 tahun ni. Kahwin masa umur 21 tahun, dapat anak setahun kemudian. Jadi betul lah anak sulong umur 21 tahun. Untung kahwin muda
Quote Tinot7 16-6-2020 02:30 PM
Cari-Azza replied at 16-6-2020 02:19 PM
Umur dia 43 tahun ni. Kahwin masa umur 21 tahun, dapat anak setahun kemudian. Jadi betul lah anak  ...

Dah rezeki dia kawen muda. Iols masih tgk kartun pada umo sebegitu..  haha
Quote NekNgah 16-6-2020 02:33 PM
Dah berlebih-lebih duit, sampai tak tahu nak buat apa gamaknya.

Quote any42 16-6-2020 02:49 PM
untung kucing btuankn org kaya dpt dduk tmpt slesa, mkn sedap2 & klau sakit dpt proper vetrnry care sgala. tp bab pkaikn baju mcm ksian pula. tah la pilihan msing2 ye dak
Quote Anne.W 16-6-2020 02:49 PM
jerukkedondong replied at 16-6-2020 11:41 AM
Hahaha..kan rex...binatang dibajukn....yg manusia plk gila tunjuk lurah dendam..tayang cikpek...eh ...

Burnnnnneddd... Suka komen u ni..
Quote tikusmontok 16-6-2020 03:13 PM
baju kucing lagi mahal, kita baju raya pun takda.

Lihat semua komen(62)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2022 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.098803 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top