CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tidur Atas Pokok Sebab Nak Jawab Peperiksaan Online

15-6-2020 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14778| Komen: 84

Description: Jika sebelum ini seorang gadis menjalani sesi temu duga di bawah pokok, terbaru pelajar memanjat pokok untuk mendapatkan isyarat Internet yang stabil.
Jika sebelum ini seorang gadis menjalani sesi temu duga di bawah pokok, terbaru pelajar memanjat pokok untuk mendapatkan isyarat Internet yang stabil.

Bukan itu saja, malah pelajar jurusan Asasi Sains itu bermalam di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.


Video itu dimuat naik Veveonah Mosibin, 18, ke saluran YouTube bertajuk 24 Hours On Tree | Challenge.


Foto: YouTube

Video yang memaparkan kesungguhan Veveonah dari awal pagi itu bermula dengan kejadian tidak disangka apabila pondok dibina di atas bukit rosak dipercayai dibadai cuaca buruk.

Katanya, dia tidak berkesempatan memeriksa keadaan pondok itu sebelum hari kejadian kerana sibuk menolong ibu bapa membuat kerja di ladang dan menoreh getah.

Menerusi video itu, Veveonah berada di atas pokok berkenaan dengan hanya berbekalkan kelambu, telefon bimbit, pengecas mudah alih (power bank), botol air dan beberapa bungkus nasi serta peralatan untuk menjawab peperiksaan.


Menurutnya, pada hari tersebut dia mengambil dua peperiksaan iaitu subjek Kimia sebelah pagi dan Pengajian Malaysia pada sebelah petang.

Agak cemas apabila di pertengahan video berkenaan seeokor tebuan 'sesat' di dalam kelambunya.



Selesai menjawab peperiksaan, Veveonah memutuskan untuk bermalam di atas pokok berkenaan dan pulang keesokan paginya bagi mencukupkan waktu cabaran selama 24 jam. - CARI


2

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 15-6-2020 09:11 AM
semoga dipermudahkan urusan
Quote drivethru 15-6-2020 09:18 AM
Oh...mmg nama betul veveonah. Ingat kan cerita adik kak hasanah.
Quote KIM.K 15-6-2020 09:24 AM
Ku ingat kak viviana tadi
Best of luck dik
Quote aHoi83 15-6-2020 09:25 AM
Kuat sungguh semangat nya. Semoga berjaya
Quote paz 15-6-2020 09:37 AM
Hebat betul dia. semoga berjaya.
Quote minguk 15-6-2020 10:00 AM
tapi betulke maikin tinggi makin kuat signal? kenapa rumah flat makin tinggi makin tak ada signal?
Quote little_sis 15-6-2020 10:39 AM
wowww... kagum gile aku dgn dia ni.. dah le kerja ladang, toreh getah, tolong mak ayah.. hope dia lulus subjek2 tu, dan berjaya dlm hidup..
Quote monreyes 15-6-2020 10:48 AM
Knp blk umah kalau tenet semput...
Quote Kurex 15-6-2020 10:50 AM
semoga berjaya ye
Quote dekmieDandy 15-6-2020 10:59 AM
teruih aku subscribe
Quote Lengkong 15-6-2020 11:00 AM
Tahniah..



Quote misc 15-6-2020 11:02 AM
Best tau baca buku atas pokok.Berangin je.. Pernah buat benda yg sama dgn cousins mcm budak Sabah ni masa sekolah rendah. Baca buku atas pokok masa nak exam. Pokok jambu je la tapi boleh tahan tinggi sampai atas bumbung rumah satu tingkat. Yg tak best bila nenek aku maki hamun sambil cekak pinggang suruh turun, "hoi turun! mcm dah takde tempat nak baca buku!". Potong betul.
Quote Modngengade 15-6-2020 11:04 AM
misc replied at 15-6-2020 11:02 AM
Best tau baca buku atas pokok.Berangin je.. Pernah buat benda yg sama dgn cousins mcm budak Sabah ni ...

so berkat baca buku atas pokok tu, kau jadi top student tak sister?

Quote Genkidesuka 15-6-2020 11:04 AM
bagus dia ni.  semoga dia berhati2 selalu.  semoga dpt taufik dan hidayah serta jd anak yg solehah.
Quote sonatalady 15-6-2020 11:05 AM
Semoga berjaya dik..kuat semangat betul.semoga dipermudahkan urusan.
Quote bintangct 15-6-2020 11:07 AM
gila la tebuan msk kelambu.. kalo iols dh terjun dr pokok
Quote JohnnyLever 15-6-2020 11:10 AM
hebat anak Bumiputera ini
Quote Esel768 15-6-2020 11:15 AM
Kagum betul dgn kesungguhan adik ni
Quote tungkai 15-6-2020 11:24 AM
Oh kat Pitas, Sabah memang hulu2 jugaklah. Line tak berapa nak OK. Elektrik pun ada masa blackout.  

Lihat semua komen(84)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.207773 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top