CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ifa Raziah Maafkan Jururawat Larikan RM82,000, Sudi Bagi Peluang Kedua

12-6-2020 09:21 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 20611| Komen: 92|Original author: Oleh: LilRose

Description: Jalan-jalan di Instagram, ternampak video penyanyi dan pelakon Ifa Raziah baru keluar dari mahkamah dengan kapsyen 'Miss Diva dah maafkan'.
Jalan-jalan di Instagram, ternampak video penyanyi dan pelakon Ifa Raziah baru keluar dari mahkamah dengan kapsyen 'Miss Diva dah maafkan'.

Kes apa pula ni?



Berkata kepada Gempak, Ifa menjelaskan kes itu membabitkan seorang jururawat yang telah menipunya hingga kerugian RM82,000 pada Mac lalu.

Difahamkan, kes terhadap jururawat yang juga stokis produk SolidMolid itu diselesaikan di luar mahkamah.

“Saya sudah maafkan dia dunia dan akhirat. Lagipun saya pernah cakap dulu, kalau dia bayar balik wang yang dilarikan itu saya akan gugurkan tuduhan terhadap dia.

“Lagipun saya tak sampai hati apabila mengenangkan anak-anak dia. Saya ini mulut je bising tetapi cepat rasa kasihan, lagi pun dia juga sudah menyesali perbuantannya,” katanya.


Kredit foto: IG

Ifa juga tidak berat hati mempertimbangkan untuk memberi peluang kedua kepada wanita itu jika masih mahu bekerja dengannya sebagai stokis SolidMolid.

“Dia berjanji (untuk berubah dan tidak mengulangi perbuatannya) depan suami dan ayah dia. Saya percaya dia sudah menyesal. 

"Pengajaran kepada semua, carilah rezeki yang halal untuk keluarga baru ada keberkatan,” ujarnya.

Terdahulu, Ifa pernah memaklumkan di laman sosialnya bahawa telah ditipu seorang stokis dari Besut hingga kerugian RM82,000. 


Kredit foto: IG

Baiknya hati Ifa Raziah sudi memaafkan dan memberi peluang kedua kepada orang yang telah menyebabkannya kerugian puluhan ribu ringgit. - CARI
3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 12-6-2020 09:32 AM
Berubah terus muka dia ni..
Kurus sbb potong perut claim sbb makan produk, propa tak habis retis ni
Quote mohdcrow 12-6-2020 09:34 AM
Diva celah mana?
Quote doubleA 12-6-2020 09:35 AM
Dah macam mendoza pulak iols nampak dia ni
Quote afie_m 12-6-2020 09:45 AM
nampak lain betul dia...
Quote cikperiukkera 12-6-2020 09:46 AM
Pprtnya nama product heshe...mcm kata ganda kurus kering,gemok gedempol,haru biru agitchewww
Quote puanbintang 12-6-2020 09:48 AM
dah jadi makin tak lawa pulak ifa ni..
Quote shernazz 12-6-2020 09:55 AM
nazzse replied at 12-6-2020 09:32 AM
Berubah terus muka dia ni..
Kurus sbb potong perut claim sbb makan produk, propa tak habis retis n ...

Kawan iols ada buat potong perut ni
Siksa wei..nak minum air segelas pon x habis. Suku je dah penuh perut..
Tapi slim habisssss...
Quote m2506 12-6-2020 09:56 AM
82k????????
byk tu
Quote Harley_Quinn 12-6-2020 09:56 AM
Mekap maintain tebal tepuk jerebu malaysia.
Quote missyL 12-6-2020 09:58 AM
Self claimed diva ke.
Kesian.
Hahaha.
Quote Aunty_Acid 12-6-2020 09:58 AM
Berapa umo kak ifa ni, tak tua2 muka dia aku tgk. Awet muda je, dh mcm muka bcl pulak aku tgk muka dia
Quote mamastoney 12-6-2020 10:05 AM
Dlm video tu dia ckp dia bg terus face mask yg dia pakai  kpd nurse tu, so that nurse boleh pakai otw balik Terengganu. Erkkkk, setahu i mask xleh share kan....urmmmmmm
Quote Lavender85 12-6-2020 10:29 AM
shernazz replied at 12-6-2020 09:55 AM
Kawan iols ada buat potong perut ni
Siksa wei..nak minum air segelas pon x habis. Suku je dah pen ...

Biasanya yg potong perut ni dulu cikgu pernah cite model2 luar negara. Tak tau kat Malaysia pun ada huhu
Quote Kurex 12-6-2020 10:34 AM
Diva apooooo
Quote shernazz 12-6-2020 10:35 AM
Lavender85 replied at 12-6-2020 10:29 AM
Biasanya yg potong perut ni dulu cikgu pernah cite model2 luar negara. Tak tau kat Malaysia pun ad ...

Yes..malaysia ado..
Kawan iols.buat kat hkl
Mmg doc soh buat sebab kawan iols gundu sangat disebabkan hormon..
Jadi kena buat...
Skang masalah perut mengeleber plak
Doc ckp buang kulit..kalau xnak pusat ponxpe..tp dia nak..kang cm pelik plak..haha
Quote nazzse 12-6-2020 12:03 PM
shernazz replied at 12-6-2020 01:55 AM
Kawan iols ada buat potong perut ni
Siksa wei..nak minum air segelas pon x habis. Suku je dah pen ...

Tak dapat nak rasa nikmat makanan dah gitu kan.. What to do, lagi pilih nak cantik
Quote slyfynx 12-6-2020 12:11 PM
Kawan aku pun buat pembedahan ni.
Aku kalau nasihat doktor aku ok je.
Tp mostly buat untuk nmpk cun, and untuk jual produk.
Mende ni bukan xde side effect weh.
Quote Lavender85 12-6-2020 12:20 PM
shernazz replied at 12-6-2020 10:35 AM
Yes..malaysia ado..
Kawan iols.buat kat hkl
Mmg doc soh buat sebab kawan iols gundu sangat diseb ...

wah ye ke.. berapa tu .. mcm nak buat pulak kat perut ni. buncit samacam lepas lahir anak dulu.. nak cari seluar yg ngam kat pggang pun susah
Quote bluebutter 12-6-2020 12:43 PM
puanbintang: dah jadi makin tak lawa pulak ifa ni..

Dah tua kan. Ini dinamakan tarikan gravity. Exercise or diet mcm mn pun, badan orang berusia dgn badan budak muda umur 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 tetap berbeza.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-8-2022 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.069451 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top