CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Isteriku 'Wanita Berloceng' Rupanya

11-6-2020 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4087| Komen: 6

Description: Pernikahan yang indah rupanya mimpi ngeri apabila seorang lelaki mendapati wanita yang dinikahinya rupa-rupanya 'wanita berloceng'.
Pernikahan yang indah rupanya mimpi ngeri apabila seorang lelaki mendapati wanita yang dinikahinya rupa-rupanya 'wanita berloceng'.

Menurut laporan Kompas.com, sepasang kekasih di Lombok yang berkenalan melalui media sosial iaitu Muh, 31, dan Mit, 25, memutuskan untuk berkahwin pada 2 Jun lalu.



Gambar hiasan

Bagaimanapun, Muh tidak mengetahui bahawa wanita yang berjaya mencuri hatinya itu sebenarnya seorang lelaki.

Difahamkan, pihak pengantin lelaki menghabiskan sekitar 20 juta rupiah (RM6,000) bagi melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, penyamaran Mit terbongkar pada malam pertama mereka apabila dia menolak untuk melakukan hubungan intim sebelum melarikan diri keesokan harinya.

Muh yang berasa pelik dan curiga dengan tindakan Mit mula mencari asal usul 'isterinya' itu.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat maklumat daripada Pengerusi Rukun Tetangga bahawa Mit sebenarnya seorang lelaki.


Tidak dapat menerima dirinya ditipu, Muh melaporkan 'pasangannya' itu kepada polis kerana melakukan penipuan.

Ketika ditahan, Mit bagaimanapun berkata, dia diugut Muh yang kononnya akan membunuh diri jika Mit enggan menerima lamarannya.


Mit berbaju merah
Kredit foto: Kompas.com

Selain itu, dia menegaskan bahawa Muh sudah tahu status jantina dirinya.

"Dia pernah ajak saya nikah, dia (Muh) ajak saya ke rumahnya dan memaksa saya. Jadi, dia sudah tahu saya sebenarnya lelaki.

"Dia raba seluruh tubuh saya dan tahu bahawa saya memiliki alat kemaluan seperti dia. Tapi, dia tetap melakukannya," ujar Mit.

Bagaimanapun, pihak polis enggan percaya pada alasannya itu dan Mit berdepan hukuman penjara empat tahun kerana melakukan jenayah penipuan, jika sabit kesalahan. - CARI

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote swateng1 5-8-2020 02:55 PM
mit muh
Quote husna_amal 12-6-2020 12:12 PM
Macam mana boleh sampai bernikah? Kawen koboi ke apa ni? Kan kat dokumen pengenalan diri ada letak nama dan jantina.
Quote Cumikucingku 12-6-2020 12:58 AM
Naif nya sang suami....
Quote RatuDunia94 11-6-2020 11:03 PM
Sekali tgok dr belakang pon dh tau jantan betinanya... apoooo??
Quote bondeh 11-6-2020 06:59 PM
Apsal semua berita keji harini dari ummah seberanggggg wakakakak
Quote Kurex 11-6-2020 05:48 PM
Patutlah @Themilo hilang

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

15-8-2022 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056398 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top