CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bunuh Bapa Sebab Nak Ganti Posisi Mangsa

10-6-2020 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8345| Komen: 84

Description: Kerana pekerjaan, seorang lelaki di Telangana, selatan India tergamak membunuh bapanya sendiri.
Kerana pekerjaan, seorang lelaki di Telangana, selatan India tergamak membunuh bapanya sendiri.

Menurut Gulf News seperti dipetik Harian Metro, M Tirupati, 35, bertindak demikian bagi membolehkan dia menggantikan mangsa yang bakal bersara beberapa hari lagi di syarikat sektor awam atas dasar belas kasihan.



Kredit foto: Times of India

Lebih sadis, tindakannya itu disokong ibu, Tara bersama adik lelakinya, Rakesh dan pembunuhan yang berlaku pada 26 Mei itu terbongkar pada Sabtu lalu.

Difahamkan, M Narsaiah, 58, operator pam di Singareni Collieries Company Ltd (SCCL) menetapkan polisi yang mana waris boleh menggantikan posisi pekerja yang meninggal dunia ketika berkhidmat atau sakit teruk.

Bagi mencipta alibi, Tara dan Rakesh dihantar ke pekan Godavarikhani dua hari sebelum pembunuhan dilakukan.

Ketika hari kejadian, suspek menghadiri parti dan minum arak sebelum pulang ke rumah dan mencekik bapanya yang sedang tidur.



Gambar hiasan

Sejurus kejadian, Tirupati meninggalkan tempat kejadian dan tidur di rumah neneknya.

Keesokannya, dia pulang ke rumah dan memaklumkan kematian bapanya yang kononnya diserang penyakit jantung.

Untuk memenuhi syarat bagi memohon jawatan bapanya, Tirupati perlu menyediakan Laporan Maklumat Pertama (FIR) berhubung kematian bapanya. Dia kemudian ke balai polis Dharmaram dan melaporkan mangsa meninggal ketika tidur akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, selepas disiasat, Inspektor Prem Kumar yang mendaftarkan kes mendapati kematian mangsa mencurigakan.

Selepas dibedah siasat, mangsa didapati mati akibat dicekik. - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • ShikinIsa

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 10-6-2020 07:18 PM
iols tahu psl polisi mcm ni sbb dlm film hindustan, Holiday (akshay kumar) ada tunjuk dia ugut polis yg amik rasuah utk tembak diri sendiri so that anak polis tu boleh dpt job kat balai polis jugak
and film Hera Peri (Sunil Shetty) dtg ke bank lps graduate n ckp bapak dia penah keje kt bank tu dulu so dia layak dpt job sbg banker
mohtep iols cite psl pelem hindustan kat sini????
Quote matchstick 10-6-2020 07:43 PM
cmf_premierleag replied at 10-6-2020 07:18 PM
iols tahu psl polisi mcm ni sbb dlm film hindustan, Holiday (akshay kumar) ada tunjuk dia ugut polis ...

Pelem Hindustan byk jgk yg bagus sbb portray realiti kehidupan dan pemikiran rakyat India yg kita tak tahu..kiranya sambil berhibur dpt jgk ilmu..contoh pelem toilet :ek prem Katha. Tgk pelem ni rasa bersyukur nya ada jamban dlm rumah
Quote sarah82 10-6-2020 07:57 PM
Patutnta.. Dia bagi bapa dia makan serbuk biji epal setiap hari.. Jadi polis x tau la dia bunuh bapa dia

Aku tengok channel female killers. Ada satu pembunuh wanita ni.. Dia bunuh suami2 dan anak dia guna biji epal yg ditumbuk halus.
Quote Tinot7 10-6-2020 08:02 PM
sarah82 replied at 10-6-2020 07:57 PM
Patutnta.. Dia bagi bapa dia makan serbuk biji epal setiap hari.. Jadi polis x tau la dia bunuh bapa ...

biji epal boleh bunuh org?
mcm citer snow white. tapi snow white mkn epal beracun
Quote sarah82 10-6-2020 08:04 PM
Tinot7 replied at 10-6-2020 08:02 PM
biji epal boleh bunuh org?
mcm citer snow white. tapi snow white mkn epal beracun

Aku pun mula2 mcm wow.. Rupanya biji epal tu ada cyanide.. Hari2 dia masukkan serbuk biji epal dlm teh...mati dlm keadaan kesakitan teramat sangat.
Quote Tinot7 10-6-2020 08:09 PM
sarah82 replied at 10-6-2020 08:04 PM
Aku pun mula2 mcm wow.. Rupanya biji epal tu ada cyanide.. Hari2 dia masukkan serbuk biji epal dlm ...

kadang2 iols mkn epal, sekali dgn biji.... patut la badan slalu rasa sakit..
Quote sarah82 10-6-2020 08:18 PM
Tinot7 replied at 10-6-2020 08:09 PM
kadang2 iols mkn epal, sekali dgn biji.... patut la badan slalu rasa sakit..

Kalau tak layan channel female killers tu sampai AJM x tau tentang biji epal tu ada cyanide dan boleh membunuh kalau ambik dlm kuantiti yg byk.. Kalau kita tak crush tak jadi racun.
Quote Tinot7 10-6-2020 08:19 PM
sarah82 replied at 10-6-2020 08:18 PM
Kalau tak layan channel female killers tu sampai AJM x tau tentang biji epal tu ada cyanide dan bo ...

kalau tergigit biji epal, pahit.. nasib baik iols umo panjang
Quote sawks_rawks 10-6-2020 08:21 PM
sarah82 replied at 10-6-2020 08:04 PM
Aku pun mula2 mcm wow.. Rupanya biji epal tu ada cyanide.. Hari2 dia masukkan serbuk biji epal dlm ...

wow.. kiranya bahaya gak la apple seed ni, kalo hari2 makan epal pastu terkunyah seed dia..lama2 leh keracunan gak..
Quote sarah82 10-6-2020 08:23 PM
sawks_rawks replied at 10-6-2020 08:21 PM
wow.. kiranya bahaya gak la apple seed ni, kalo hari2 makan epal pastu terkunyah seed dia..lama2 l ...

Yap.. Nanti aku cari balik documentary tu..
Quote sarah82 10-6-2020 08:24 PM
Tinot7 replied at 10-6-2020 08:19 PM
kalau tergigit biji epal, pahit.. nasib baik iols umo panjang

Hahaha.. Sejak iols tengok documentary tu.. Iols akan belah dulu epal dan buang biji baru makan.
Quote Lailerthee 10-6-2020 08:28 PM
Baru tao epel seed tu bahaya
Quote Tinot7 10-6-2020 08:28 PM
sarah82 replied at 10-6-2020 08:24 PM
Hahaha.. Sejak iols tengok documentary tu.. Iols akan belah dulu epal dan buang biji baru makan.

iols kalau malas, makan semua bahagian epal, tinggal tangkai je.
iols makan ikan goreng pun sama. makan sumer termasuk kepala, tinggalkan tulang je.
kalau udang, semua akan dimakan.

itu kalau sorang2 la.. kalau dgn org, lain la.. haha


Quote sarah82 10-6-2020 08:29 PM
Tinot7 replied at 10-6-2020 08:28 PM
iols kalau malas, makan semua bahagian epal, tinggal tangkai je.
iols makan ikan goreng pun sama. ...

Sama laaaa.. Tapi utk epal iols rajinkan diri..
Quote Tinot7 10-6-2020 08:32 PM
sarah82 replied at 10-6-2020 08:29 PM
Sama laaaa.. Tapi utk epal iols rajinkan diri..

lepas ni, iols pun akan rajin la.. tapi utk epal je la..
Quote sarah82 10-6-2020 08:33 PM
Tinot7 replied at 10-6-2020 08:32 PM
lepas ni, iols pun akan rajin la.. tapi utk epal je la..

Welcome to my club gitu.. Iols mmg hari2 layan channel tentang pembunuhan kat luar negara.. Mmg mengerikan..
Quote Tinot7 10-6-2020 08:35 PM
sarah82 replied at 10-6-2020 08:33 PM
Welcome to my club gitu.. Iols mmg hari2 layan channel tentang pembunuhan kat luar negara.. Mmg me ...

iols tak tgk la.. aritu tgk zac efron lakon jadi ted bundy pun dah cukup takut.

Quote sarah82 10-6-2020 08:39 PM
Tinot7 replied at 10-6-2020 08:35 PM
iols tak tgk la.. aritu tgk zac efron lakon jadi ted bundy pun dah cukup takut.

Semlm iols tengok tentang pembunuh bersiri BTK.. Terkejut teramat sangat... Seorg lelaki yg langsung tak tunjuk ganas.. Nampak bapa2..siap dipilih presiden utk council gereja yg dia pi lagi... Tapi bunuh 10 org wanita.
Quote Tinot7 10-6-2020 08:44 PM
sarah82 replied at 10-6-2020 08:39 PM
Semlm iols tengok tentang pembunuh bersiri BTK.. Terkejut teramat sangat... Seorg lelaki yg langsu ...

pembunuh bersiri BTK ni amender?
slalunya pembunuh bersiri ni takde muka penjahat. depa muka2 baik inesen. mcm jeffrey dahmer. tup2 ramai yg dah jadi mangsa. ted bundy pun sama mcm tu.

Lihat semua komen(84)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-8-2022 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.081183 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top