CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

"Apa Rasa Makan Duit Dari Lagu Begitu?" - Didakwa Mistik, Ini Reaksi Penyanyi Lagu Lathi

10-6-2020 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9364| Komen: 36

Description: Lagu yang digunakan dalam cabaran Lathi Challenge semakin hangat diperkatakan terutama selepas pendakwah bebas Da'i Wan Dazrin membuat teguran.
Lagu yang digunakan dalam cabaran Lathi Challenge semakin hangat diperkatakan terutama selepas pendakwah bebas Da'i Wan Dazrin membuat teguran.

Da'i Wan sebelum ini menggesa orang ramai berhenti daripada melakukan cabaran transformasi wajah cantik bertukar menjadi hantu itu kerana ia dikhuatiri mengandungi unsur syirik dan khurafat.


Berikutan itu, ahli kumpulan Indonesia, Weird Genius yang menyanyikan lagu Lathi bersama Sara Fajira tampil bersuara mengenai isu ini.


Kredit foto: IG Weird Genius

"Sampai ada yang tanya saya apa rasa makan duit dari lagu begitu, saya hanya gelak.

"Menurut pandangan saya, setiap orang ada kesibukan masing-masing. Kami sibuk buat lagu. Ada orang lain yang sibuk memerhati, komen dan menganalisis. Jadi tidak mengapalah!" kata Reza Arap dan Eka Gustiwana yang dipetik mStar Online.


Sementara itu, Wan Dazrin tampil memohon maaf sehari selepas membuat teguran berhubung cabaran Lathi Challenge dek dihujani kecaman warga maya dari negara jiran.

Katanya, dia akui kekhilafannya dalam penggunaan kata menyampaikan teguran.


Kredit foto: IG Da'i Wan/Mawar Rashid

Dalam pada itu, seorang anggotanya, Gerard Liu mempersoalkan bahagian lirik lagu yang didakwa mengandungi unsur pemujaan.

"Saya tertanya juga bahagian mana, tapi tiada yang boleh jelaskan. Jadi, saya pun bingung.

"Saya berpendapat itu hanya sebahagian seni, jadi tiada apa yang salah," ujarnya. - CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote loladaily 10-6-2020 02:04 PM
Lagu ni best btw. Yang daie wan ni mmg konsep suka popularity murahan ke
Quote Kurex 10-6-2020 02:04 PM
Lantakla korang
Quote innocent_me 10-6-2020 02:55 PM
mmg la muka hantu tu hodoh. tp lirik nya tak terpesong pun kan? ke meols silap?
Quote husna_amal 10-6-2020 02:56 PM
suka sangat netizen tiru bende tak bermanfaat macam ni
Quote LadyCarefree 10-6-2020 03:15 PM
loladaily: Lagu ni best btw. Yang daie wan ni mmg konsep suka popularity murahan ke



Dia ingat retis indon nk takut dn terus minta maaf dn delete lagu kot?
Quote Cassieopeia 10-6-2020 03:52 PM
nitizen bab bende merepek ni suka tiru..  challenge jenazah norman hakim tu xde plak nk ikut. tau plak takut mati
Quote L211 10-6-2020 04:17 PM
padan muka ko Dazrin.. acah 2 bagus sgt.. kawan duk mburit takde plak ko nak bising..
Quote Tinot7 10-6-2020 04:44 PM
Iols tak rase pape dgn lagu ni.
Tapi lagu ulek ni, iols tak brani dgr sorang2.

[youtube]J7mTXA1GyFg[/youtube]
Quote barfi 10-6-2020 04:46 PM
Cassieopeia: nitizen bab bende merepek ni suka tiru..  challenge jenazah norman hakim tu xde plak nk ikut. tau plak takut mati


Norman tu poyo je
Quote amon_79 10-6-2020 05:14 PM
Edited by amon_79 at 10-6-2020 05:20 PM

bila part masuk lagu jawa tu mmg agak meriding... dlm mv ada diselitkan tradisi kebudayaan jawa sprt kuda kepang, wayang kulit,  makan kaca (tarian kaca mybe) dan 1-2 tarian lama... actually kebudayaan tu semua sinonim dgn mentera yg dibaca samada sebelum, semasa atau selepas persembahan... ini praktis  org lama dolu2 la.. skrg mybe dh xder...dan satu lg sometimes ayat2 dia bkn mentera tetapi menyeru... mentera atau ayat2 seru kadang kala bkn mcm ayat direct terus sumpah org...org asia  ni expecially nusantara or org melayu atau jawa ni ckp jenis ckp berlapik penuh bermadah... org lama dulu2 kan .. jenis simpan dendam dlm hati xnmpk... tau2 ko muntah darah jer..
Quote Farnor 10-6-2020 05:26 PM
Begitulah triggednya yindon2 ini.. Ngak paham apa yg omong oleh malaysia
Quote djzara81 10-6-2020 05:35 PM
Dah tgk lathi challenge papaicici? Bam papai jadi mumia okayy siap ade telan2 api. Aman2 je life goes on sejak kes polis tu.
Quote loladaily 10-6-2020 05:56 PM
barfi: Norman tu poyo je


Meols pn rasa he poyo attention seeker much
Quote RatuDunia94 10-6-2020 05:58 PM
barfi replied at 10-6-2020 04:46 PM
Norman tu poyo je

Kannnnn... koserr
Quote dua_chzy 10-6-2020 06:21 PM
Weird Genius ni lagu bagus2 tahap kokesen carta top 10 Billboard.
Quote dudaberhias 10-6-2020 07:08 PM
asal mekap goth dan ala2 posessed sikit ada je nak kena mengena kan dengan pemujaan... hari2 dok memuja manusia tu takde pulak sedar

apa2 pun yang buat challenge lathi tu getik iolsss tengok ... overnya nyahhh nak jadi hendon
Quote vee_zara 10-6-2020 08:51 PM
Meluat dengan daie ni bajet bagus n poyoo
Quote gideoncross 10-6-2020 09:32 PM
Bising je haters ni, xbca kat komen ke? Lathi tu mknanya lidah & lgu ni brmksud "Jgalh mlut ktika brkata2 atau nnti akn mnrima padahnya". Stupid haters.
Quote Lavender_Violet 10-6-2020 09:32 PM
Meols ketinggalan ketapi... Pebenda Lathi challenge nih?

Lihat semua komen(36)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.296871 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top