CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Umur 60 Tahun Makan Ubat Henti 'Menopause' Untuk Hubungan Intim, Gila Ke?

10-6-2020 08:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13223| Komen: 81|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Ada pelbagai lambakan produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia. Selain iklan kulit gelap bertukar menjadi putih, produk keintiman juga laris di pasaran.





Ada pelbagai lambakan produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia. Selain iklan kulit gelap bertukar menjadi putih, produk keintiman juga laris di pasaran.

Tidak hairanlah, produk membesarkan payu dara, zakar, memerahkan puting, mengetatkan vagina dan sebagainya sangat mendapat perhatian majoriti rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, apa pendapat anda apabila ternampak iklan menjual produk yang boleh mengekalkan haid untuk wanita warga emas?

Sangat mengejutkan kerana ia bukan sahaja melambatkan 'menopause', malah didakwa merapatkan lagi hubungan suami isteri. 

Ianya diutarakan oleh seorang pengguna Facebook yang terkejut dengan trend sebegini.



 
Kredit foto: FB

Menurut Karolina, iklan tersebut menyentap fikirannya lalu mempersoalkan mengapa perlu wujud produk yang mahu menghentikan fitrah alam? Bukankah 'menopause' adalah kitaran hidup yang perlu dihadapi setiap wanita apabila telah sampai umur tertentu?

"Perkara pertama terlintas dalam fikiran 'eh, macam mana pula kalau tiba-tiba mengandung di usia hampir 60 tahun'?"


Kredit foto : FB

Melihat pada iklan yang dipromosikan oleh jurujual ini, banyak 'fakta' sains digunakan seperti menambah hormon estrogen dan juga bermain dengan emosi suami yang kononnya memuji isteri seperti anak dara. Walhal, hakikatnya wanita itu sudah pun bergelar nenek. Begitu pun masih bernafsu lagi?


Kredit foto : FB

Inilah yang dirisaukan rata-rata wanita yang menganggap iklan sebegini hanyalah menjatuhkan maruah wanita. Sedangkan keperluan hidup sudahpun diatur cantik seiring dengan pertambahan usia. Bukankah bila berusia, keperluan lebih kepada ibadah, bukannya nafsu?

Ianya turut dipersetujui warganet yang mempunyai pendapat serupa.


Kredit foto : FB

Jadi, apa pendapat anda? Wajarkah warga emas mengambil suplemen sebegini untuk berasa seperti anak dara? Atau mengikut sahaja aturan alam? - CARI
6

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 10-6-2020 08:19 AM
nenek 60 thn masih akfif ngesek ok
Quote manehnya 10-6-2020 08:30 AM
Yg beli konpom bodo...

Yg jual sila bg nenek sndiri consume
Quote Megikari 10-6-2020 08:53 AM
Nenek kata : live your life to the fullest gitteww
Quote kakyungpilah85 10-6-2020 08:53 AM
Nek oii.. Tau ngesek tu keperluan tapi dah tua ni bawak2 laa kawal nek.. Cucu berderet dah dok fikir hal pukis lagi kee
Quote Supersirap 10-6-2020 09:12 AM
Sila jangan ambil mudah produk-produk yang macam gini, kelak memudaratkan lagi kesihatan kita
Quote shernazz 10-6-2020 09:24 AM
Maybe nenek tu dok berdua je dgn atok..
Cucu jauh jauh..
Jadi..selain ke mesjid dan usroh
Ngeseks jelahhhh
Tapi utk lambatkan menopos..oh nooo....

Iols penah dengar masa jumpa doc..
Ada pompuan ni lebih kurang dgn iols umurnya(masa tu iols 19 tahun)
Dah nak menopos weiiiii...doc buat treatment apa tah...
Iols harap dia masih tak menopos lagi..aminn
Quote doubleA 10-6-2020 09:37 AM
Adoi tak takut kesan sampingan ke menentang fitrah kejadian?
Quote rospinki 10-6-2020 09:40 AM
segelintir saja kot yg mengingin intim kala umor dh senja..aku nk sajes benda ni kat seseorg nampka aktif lagi better sheol makan obat kowat ini baru kelass

kita takle nk ngata lelbih ya..ujian hati ni payah nk cakap. syukur kita tak diuji rasa nk mengesek tak tentu pasal smpi kena makan ubat stop monopot. aku salurkan energy tu ke lain tapi bukan utk hubungan intim..hahaha
Quote Nana_Man 10-6-2020 10:07 AM
Iklan tu tulis untk 15-60... kalau budak pompuan umur 15 mkn, dlm kelas mesti tak bole concentrate.. cuma ingt nk cari jantan jer agknye.
Quote uda 10-6-2020 10:12 AM
Ala..ornag lelaki pun apa kurangnya!
Sibuk jual ubat kuatlah dll.
Baru2 ni I terbaca Dr Nordin Darus tu jual ubat utk banyakkan testoren lelaki supaya dia kata masih 'bernafsu' tenguk perempuan.
Ni pun sorang...yang nak melawan fitrah alam. Memang lelaki pun dah ada andropause.
Ni jadinya if nak lawan fitrah yang lelaki tua merogol sana sini.
Quote MadameOnion 10-6-2020 10:24 AM
ni lah bak kata diva AA p*p*k tua
Quote mawar_mustika 10-6-2020 10:37 AM
please lh jgn beli ubat2 yg mcm ni...ubat2 mcm ni + kolagen yg belambak kt pasaran tu die akan ganggu hormon tau...pengambilan ubat mcm ni akan ade effect pd diri kita...i dah serik dulu2 pernah ambik ubat2 camni n kolagen kes nk cantik n putih punya pasal...tak sampai setahun pun i ambk n i merana sampai skrg...please lh sape2 yg ambk ubat camni tlg stop  
Quote dekmieDandy 10-6-2020 10:45 AM
ingat ke betul-betul ada ubat legit tadi kokesen pakai

lupa pulak orang kita kuat ngesek

timbang kilo pon jadi
Quote husna_amal 10-6-2020 10:50 AM
Jangan jadi punca dapat penyakit sebab ambil bende ni sudahla.
Quote miraclehopes 10-6-2020 11:15 AM
mawar_mustika replied at 10-6-2020 10:37 AM
please lh jgn beli ubat2 yg mcm ni...ubat2 mcm ni + kolagen yg belambak kt pasaran tu die akan gangg ...

jadi apa kat uols...please share pengalaman
Quote mawar_mustika 10-6-2020 11:38 AM
miraclehopes replied at 10-6-2020 11:15 AM
jadi apa kat uols...please share pengalaman

i ade endometriosis...cyst di kedua2 belah ovari i...dah dibuang pada tahun 2016...last i i jmp doktr thn lepas doktr ckp cyst dah takde sbb i dah xde simptom2 endo tp i still ade problem dgn hormon...doktor ckp hormon i tak stabil....lps operate i ambk ubat hormon utk stopkan period beberapa bulan sbb tak nak bg cyst i aktif blk...cerita lama i on off ambk ubat hormon atas nasihat doktor sebolehnya i taknak bergantung pd ubat hormon sbb tak membantu sgt pun...period i tak menentu...i bleeding tak tentu masa...kadang2 sampai 2@3 bln i bleeding non stop...tp kadang2 die ok normal..period i tak normal mcm org lain...i terpaksa kira utk tau mn darah period n mana darah penyakit..dan ianya sgt2 cerewek n memeningkn...skrg bleeding i stop btul2 bersih 3@4hari je dlm sebulan hr lain die kluar ikut ske hati die...i pernah ambk colagen dr beberapa brand dulu....semuanya kes terpengaruh dgn iklan2 bodoh ni semua...i mmg xleh tgk klu org duk promot ubat2 ni semua sakit hati rasa hahahaha...

Quote Tinot7 10-6-2020 11:40 AM
Nak merahkan puting sbb apa?

Tidak hairanlah, produk membesarkan payu dara, zakar, memerahkan puting, mengetatkan vagina dan sebagainya sangat mendapat perhatian majoriti rakyat Malaysia.
Quote tri-max 10-6-2020 12:06 PM
mawar_mustika replied at 10-6-2020 11:38 AM
i ade endometriosis...cyst di kedua2 belah ovari i...dah dibuang pada tahun 2016...last i i jmp do ...

oh dear, kesian u
get well soon ye, been in that situation tp bukan cyst
sangat rimas bila period non stop hampir sebulan, rasa diri macam zombi
huhu

Quote Artemesiaa 10-6-2020 12:08 PM
Yang sentap dengan kenyataan peniaga produk macam ni buat apa macam ler tak tahu peniga barangan macam tu suka guna isu itu untuk lariskan jualan.  

Lihat semua komen(81)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-9-2022 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.073586 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top