CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Rapid Rail 'Kena Marah Dengan Pak Long Mail'

9-6-2020 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7873| Komen: 65

Description: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) yang mengumumkan akan beroperasi secara normal bermula esok susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerima teguran daripada kerajaan.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) yang mengumumkan akan beroperasi secara normal bermula esok susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerima teguran daripada kerajaan.


Memetik laporan MalaysiaGazette, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media berkata, setiap perubahan dasar dan peraturan perlu mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu.


Kredit foto: AntaraNews

“Dia tak ada nak ubah dasar dan peraturan ditetapkan kerajaan, bila (SOP) ditetapkan perlu ada penjarakan sosial, mereka tak boleh sewenang-wenangnya ubah.

“Kalau nak buat perubahan, perlu mohon kepada MKN. Bukan tiba-tiba umum apa yang mereka nak buat.


“Kita faham bila penjarakan sosial dilaksanakan, ini menyebabkan mereka rugi sebab bilangan penumpang kecil dan terhad,” katanya.

Teguran itu susulan tindakan Rapid Rail selaku pengendali Rapid KL mengubah prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial dalam pengangkutan LRT, MRT dan Monorel.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), Abdul Hadi Amran berkata akan mengakhiri peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sejajar dengan penguatkuasaan PKPP bermula esok.

"Bermula esok, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh – Kajang dan Laluan Monorel dikendalikan Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren.

"Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudah pun dikeluarkan namun prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - CARI
2

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 9-6-2020 03:33 PM
Edited by Boomibulat at 9-6-2020 03:34 PM

Menteri: Rapid KL tak ada kuasa akhiri SOP jarak sosial dalam tren

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata Rapid Rail tidak mempunyai kuasa untuk mengubah prosedur standard operasi (SOP) penjarakan sosial bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan perkhidmatan tren bahawa ia akan mengakhiri langkah penjarakan sosial apabila perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang akan berkuat kuasa esok.

"Rapid Rail tiada kuasa ubah SOP jarak sosial dalam tren, perlu rujuk MKN untuk sebarang perubahan," kata beliau pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Terdahulu hari ini, Rapid KL berkata tiada lagi peraturan penjarakan sosial akan dilaksanakan dalam tren dan stesen kendaliannya mulai esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Rapid Rail berkata langkah itu sejajar dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran, berkata ia juga selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian

Pengangkutan untuk PKPP yang membenarkan kapasiti 100 peratus kepada semua perkhidmatan rel kecuali ETS dan KTM Intercity.

Bermula 10 Jun 2020, di bawah PKPP, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, MRT laluan Sungai Buloh – Kajang dan laluan monorel, yang dikendalikan oleh Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren.

"Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudahpun dikeluarkan," katanya.
Namun demikian, kata Abdul Hadi, prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan.


Quote duri_durians 9-6-2020 03:44 PM
KTM terkecuali?
harap kapasiti KTM kekal mcm sekarang sbb aman damai tiada orang berlaga
Quote palmolive 9-6-2020 03:58 PM
rupa2nya even jadi CEO pun belum tentu leh paham maksud nak memutuskan rantaian virus tu..
Quote evian.. 9-6-2020 04:03 PM
So should we barred warga asing? dari menaiki lrt,mrt? we should only allow malaysians first right?

haaaaaaaaaaa

tok abah yidin ....we all love you..


haaaaaaaaa
Quote Nahnukutu 9-6-2020 04:05 PM
Rapid Rail buat U-turn, patuh polisi penjarakan sosial
Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 09, 2020 15:19 +08 | Durasi: 1 minit, 20 saat

KUALA LUMPUR: Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd akur dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan arahan penjarakan sosial di dalam Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa, Rapid Rail berkata polisi itu akan terus dilaksanakan sehingga kerajaan menetapkan keputusan baharu.

“Sehubungan itu, kami menyeru kepada semua penumpang yang akan kembali bekerja pada 10 Jun supaya mematuhi polisi yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dengan pasukan Rapid KL yang bertugas di stesen.

“Pengguna diminta merancang perjalanan memandangkan bilangan penumpang akan bertambah. Kami amat menghargai komen dan pandangan rakyat Malaysia mengenai operasi perkhidmatan rel bandar,” menurut kenyataan itu.
BACA: Tiada lagi penjarakan sosial dalam LRT, MRT, monorel bermula esok - Rapid Rail

Rapid Rail dalam kenyataannya pada pagi Selasa memaklumkan pihaknya menamatkan peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen bermula Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran dilaporkan berkata, langkah itu sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Pengangkutan berkaitan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurutnya, SOP itu membenarkan kapasiti 100 peratus penumpang dalam semua perkhidmatan rel kecuali Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antara Bandar.

Tambahnya, perkhidmatan LRT, MRT dan monorel juga akan beroperasi secara normal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media harian, pada Selasa, menegaskan SOP dan polisi berkaitan penjarakan sosial perlu diteruskan oleh semua pengendali pengangkutan awam.


Quote zacEfron 9-6-2020 04:10 PM
Memang sesak la station..
Brp org sj yg bole masuk dlm 1 coach
Quote auntieagony 9-6-2020 04:22 PM
Nahnukutu replied at 9-6-2020 04:05 PM
Rapid Rail buat U-turn, patuh polisi penjarakan sosial
Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 09, 2020  ...

ok lah sbb dah buat u-turn ttg statement yg awal tadi.

Baru nak suggest semua org pakai baju hujan bila naik tren yg bersesak2.
Quote sarah82 9-6-2020 04:27 PM
Yg Uturn tu tolong HIGHLIGHT kan BESAR2 RAPID KL UTURN ATAS ARAHAN KERAJAAN.

Citer kalau kena sebelah pihak dia sokong bukan main tulis besar2 nak burukkan pihak dia tak suka.

Bila kena pihak yg dia tak suka sekadar tulis UTURN nak bagi org ingat pihak dia tak suka yg ikut kehendak RAPID..

Kelmarin sebab boleh kutuk Melayu dan islam.. Dan2 buka thread siap mention KAT AKHIRAT NANTI ADA LANE UTK MALAYSIA.
Quote Artemesiaa 9-6-2020 04:36 PM
Hanya pertukaran dari pkpb ke pkpp dengan lebih banyak kelonggaran.  Tapi part penjarakan social masih kena patuhi belum boleh seperti sedia kala lagi jadi masih kena ikut semua sop yang dah ditetapkan.
Quote Scheherazade 9-6-2020 04:40 PM
Terkejut jap baca first article. Sbb social distancing is one of the best ways utk prevent jangkitan and DG Health pun salu tekankan 3C. Bila baca article Uturn, barulah ha, nasib baik.
Quote msdummy.2018 9-6-2020 04:41 PM
palmolive replied at 9-6-2020 03:58 PM
rupa2nya even jadi CEO pun belum tentu leh paham maksud nak memutuskan rantaian virus tu..

u right sister...tapu bab untung diaorg cerdik..bab kesihatan jer bengap
Quote sofyayra 9-6-2020 05:07 PM
CEO ni dengan owner bas ekspres yg request nak 100% kapasiti tu memang sherasi bersama. Pikiaq nak untun sajakah
Quote LadyCarefree 9-6-2020 05:34 PM
Menyampah pulak segala menteri nak di abahkan dipaklongkan dipakcikkan segala. Nak muntah sampaikan PM pun nak cakap dis sebagai abah. Abahko la kalau betul abah sanggupkah kau jalankan tanggungjawab sebagai abah kepada semua rakyat? Sama macam bosskurrrrrrr. Bos kejadah? Atoklah boboilah. Poddah semua nak dijadikan famili? Ingat diorang semua teringin ke nak betul2 anggap korang ni ahli keluarga?
Quote cmf_premierleag 9-6-2020 05:35 PM
palmolive replied at 9-6-2020 03:58 PM
rupa2nya even jadi CEO pun belum tentu leh paham maksud nak memutuskan rantaian virus tu..

ceo prasrana ni mana sumenye pernah cerdik pun
dr dulu kini dan selamanya
malas  dah nk maki hamun rapid prasarana ni.buat habis tenaga je
haaaaa smpi mcm tu skali
Quote Kurex 9-6-2020 06:04 PM
Kan dah kena marah dgn pak long
Quote krustykrab 9-6-2020 06:28 PM
Cer korg pikir ...org dh makin ramai masuk keje, nk social distancing pala bana lagi...kalau korg takut sgt, naik la kenderann sendiri...
Pak mail patut focus kt rohongya yg dah mendarat dgn yg tgh plan nk mendarat tu..
Quote salamon 9-6-2020 06:33 PM
ceo rapid pon sama bengap je  dgn cai ph..tu pon xleh nak pikiaq
Quote Perawankota 9-6-2020 07:25 PM
Katanya Mula2 rapid ikut apa kata MOT... Lepas tu baru pak long ckp mcmtu.. So, dorg ikut balik lah arahan pak long.. Kesian rapid...
Quote amyza 9-6-2020 07:32 PM
Bersesak2 lah masing2 tunggu train. Biasa 7am-9am & 4:30pm-6:30pm padat betul org dalam train. Bertabahlah

Lihat semua komen(65)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-10-2022 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.090041 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top