CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Seret Anak Anjing, Peminta Sedekah Didenda RM25,000

8-6-2020 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5060| Komen: 34

Description: Masih ingat lagi pada lelaki yang menyeret anjing ketika Ramadan, baru-baru ini?
Masih ingat lagi pada lelaki yang menyeret anjing ketika Ramadan, baru-baru ini?


Kredit foto: CARI/FB Persatuan Haiwan Malaysia


Terbaru, Sinar Harian melaporkan lelaki yang juga peminta sedekah itu didenda RM25,000 kerana menganiaya binatang dengan menjerut dan mengheret leher seekor anak anjing betina dengan tali.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu, semalam selepas Ibrahim Hamat, 51, mengaku bersalah dengan kejam menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap seekor anjing betina di Jalan Dato Pati berhampiran stesen kereta sewa di Kota Bharu jam 1.12 petang pada 25 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan denda RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum ini merayu hukuman terhadapnya diringankan, namun pihak pendakwaan memohon mahkamah memberi hukuman berat sebagai pengajaran kerana mangsa melibatkan seekor anjing yang baru berusia empat bulan.



Kredit foto: Sinar Harian

Terdahulu, wanita yang merakam kejadian itu menyelamatkan anjing berkenaan selepas membayar RM50 kepada lelaki terbabit dan anjing itu kini sihat dalam jagaannya.

Difahamkan, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara empat bulan selepas gagal membayar denda berkenaan. - CARI

1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 8-6-2020 03:40 PM
teruk ke kalau iols kata, bg la dia dok dlm penjara lama sikit. biar makan pakai dia ditanggung. tempoh yg cukup utk dia pelajari skil utk survive bila keluar nnt.
Quote annehuda 8-6-2020 04:01 PM
Tinot7 replied at 8-6-2020 03:40 PM
teruk ke kalau iols kata, bg la dia dok dlm penjara lama sikit. biar makan pakai dia ditanggung. tem ...

Setuju noks. Tp tu la tgk die ni sihat segar bugar, cacat pun tak tp jd peminta sedekah. Mmg sesuai sgt masuk jail kalau nak makan free berak tanggung je
Quote Artemesiaa 8-6-2020 04:04 PM
Hukuman tepat tempat yang sesuai untuknya memperbaiki diri dan tak ulang benda yang sama lagi
Quote PristineOne 8-6-2020 04:18 PM
Tinot7 replied at 8-6-2020 03:40 PM
teruk ke kalau iols kata, bg la dia dok dlm penjara lama sikit. biar makan pakai dia ditanggung. tem ...

Tak teruk sis... elok macam yg sis cakap tu... Biar la dia dalam penjara....makan pakai cukup....boleh start semayang... Keluar nanti pandai la cari makan dari mintak sedekah...  Kalao memang dia pemalas...pandai la otak dia jerut pulak kucing mintak kena tangkap lagi dan makan pree lagi dalam penjara.
Quote Tinot7 8-6-2020 04:26 PM
annehuda replied at 8-6-2020 04:01 PM
Setuju noks. Tp tu la tgk die ni sihat segar bugar, cacat pun tak tp jd peminta sedekah. Mmg sesua ...

bg iols, biar dia blaja skil masa kat dlm penjara. iols tak tau apa isu dia sampai jadi peminta sedekah
Quote aku_best 8-6-2020 04:28 PM
Pemandu mabuk yg bunuh org jer yg aman2 terima hukuman ringan..malah dilepaskan lagi bila dah claim diri OKU..
Quote Tinot7 8-6-2020 04:28 PM
PristineOne replied at 8-6-2020 04:18 PM
Tak teruk sis... elok macam yg sis cakap tu... Biar la dia dalam penjara....makan pakai cukup....b ...

harap2 dia tak ulangi perkara yg sama. biar dia blaja skil utk survive.
Quote matchstick 8-6-2020 04:41 PM
Keleng bunuh kucing dlm dryer 2-3 tahun lepas kena penjara 2 tahun..fair lah si tua kutuk ni kena 4 bulan sbb anjing hidup lagi. Yg tak fair hukuman utk kaki mabuk bunuh orang. Harap cepat2 lah ketat kan undang2 part tu
Quote missbigrockstar 8-6-2020 04:57 PM
Padan muka
Quote Kurex 8-6-2020 04:58 PM
Seret je peminta sedekah ni atas jalan tar yg berlobang2.. lantak kau la pengemis ke apa ke ke..
Quote PerKasa 8-6-2020 07:10 PM
melayu buat apa pun pasti kena.

Quote rosli_nurizzati 8-6-2020 08:09 PM
ok la, mmg dia tak mampu bayar denda.. let him in the jail, at least makan minum tanggung, maybe dpt jugak assessment untuk mental dia..
Quote damsel_fiji 8-6-2020 08:23 PM
padan la merempat ..dgn binatang pon kejam.
Quote budaktua 8-6-2020 08:28 PM
hari tu..yg ada 1 video gantung anjing kt pokok tepi jln tu... apa cerita...?

ada org pergi tegur dia ckp dia dh bela angjing tu dari kecik so dia blh buat apa dia suka...

yg tu mcmana?
Quote arareez 8-6-2020 09:18 PM
damsel_fiji replied at 8-6-2020 08:23 PM
padan la merempat ..dgn binatang pon kejam.

Kan siss.. selalu yg suka penaya binatang ni rezeki sempit
Quote sfrnna 8-6-2020 10:26 PM
Wah banyak betul max kena bayar denda kalau kena dengan akta ni. Beza sangat dengan kes memandu mabuk sampai org mati.
Quote Nenasketum 8-6-2020 10:29 PM
Suh dia duk dalam cage anjing tu.
Quote Nahnukutu 8-6-2020 10:50 PM
hukuman penjara bagi orang macam ni bukan hukuman.

patut sebat je bontot tu baru ada akal


p/s: comelnyer puppy tu. siap bawa pergi court ka?

Quote LautBiru52 8-6-2020 11:40 PM
aku_best replied at 8-6-2020 04:28 PM
Pemandu mabuk yg bunuh org jer yg aman2 terima hukuman ringan..malah dilepaskan lagi bila dah claim  ...

Nyawa haiwan yg teraniaya lagi penting dari nyawa manusia kat malaysia ni.

Lihat semua komen(34)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.075879 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top