CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Dilibas Parang Sebab Tegur Suami Tak Kerja

8-6-2020 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4555| Komen: 31

Description: Lelaki tergamak menetak isteri dengan parang gara-gara ditegur tidak pergi bekerja.
Lelaki tergamak menetak isteri dengan parang gara-gara ditegur tidak pergi bekerja.

Dalam kejadian di bilik sewa mereka di Kampung Sinulihan, Inanam, Kota Kinabalu, mangsa cedera di dahi dan kedua-dua tangannya, lapor Berita Harian.


Difahamkan, sekitar jam 10.28 malam, selain ditegur sudah empat hari tidak pergi kerja, suspek dilarang daripada terbabit dalam pengambilan dadah syabu.


Gambar hiasan

Berang ditegur, suspek kemudian menuduh mangsa berusia 31 tahun menceritakan hal itu itu kepada jiran.

Dipercayai suspek menetak isterinya dengan parang selepas berlaku pertengkaran antara mereka menyebabkan kecederaan pada tangan mangsa ketika cuba menahan tetakan suaminya.

"Suspek kemudian melibas parang lagi ke arah mangsa dan terkena pada bahagian dahinya.

"Kejadian itu disedari oleh jiran mereka dan meleraikan pergaduhan itu sebelum menghubungi pihak polis," kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji.


Suspek ditahan sebaik polis tiba sejurus menerima maklumat dan merampas parang dipercayai digunakannya dalam serangan itu.

"Mangsa yang luka dan berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut. Mangsa menerima beberapa jahitan di tangan kanan dan kiri.

"Suspek berusia 37 tahun yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan," katanya.  - CARI
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 8-6-2020 10:39 AM
Kesian acik ni dapat lelaki garang dan panas baran.
Quote RatuDunia94 8-6-2020 11:18 AM
Its about time la kak..
Quote minah_selekeh 8-6-2020 11:37 AM
The lowest level of trash jantan macam ni..
Quote Manjahati 8-6-2020 11:46 AM
Edited by Manjahati at 8-6-2020 11:48 AM

Jahatnya suami....mengambil syabu pulak tu...
Quote Anne.W 8-6-2020 01:00 PM
Laki tempatan yang teda guna. Hmm
Quote cmf_premierleag 8-6-2020 01:23 PM
ni mesti spesis bini org yang selalu ejek2 andartu
padahal laki sendiri drug addict dan biawak hidup
Quote nenekglamer 8-6-2020 01:43 PM
Takpe lah. Asalkan berlaki.
Quote Supersirap 8-6-2020 01:44 PM
Suami gila meroyan
Quote syamzana 8-6-2020 01:48 PM
boleh dah tu fikirkan masa depan tanpa suami iteww
Quote helicornia 8-6-2020 07:06 PM
nenekglamer: Takpe lah. Asalkan berlaki.

asal tk kena cerca andartu oleh ipan
Quote Sham143 8-6-2020 07:35 PM
Patut lah.. Drug addict rupanya..
Quote Aerhys 8-6-2020 07:59 PM
Kenapa ada wanita yg kahwin dgn penagih dadah?
Quote angelofish 8-6-2020 08:05 PM
pastu dia tukang jamin..
Quote capiloton 8-6-2020 08:16 PM
baran ni bukan penagih dadah jer.
tadi aku aku pegi sopping,
otw balik kat parking aku terdengar lobai berketayap maki orang belakang.
belakang dia, ada bini dia dan 5 orang anak berderet.
aku tengok muka bini dia kelat semacam.
kesian.
Quote misc 8-6-2020 08:37 PM
Boleh mengadap lagi ke muka laki dia lepas ditetak2. Hari ni tetak esok2 tak mustahil berbunuhan pulak. Eiii seram.
Quote Esel768 8-6-2020 11:19 PM
Tgh high ke tu smpai sgup libas parang kt bini sndiri
Quote queendeath126 9-6-2020 12:10 AM
gilo dapat laki mcm tu..
Quote husna_amal 9-6-2020 11:47 AM
kesan pengambilan dadah la tu sampai jadi tak betul.
Quote nefnefnef 9-6-2020 12:17 PM
Apa lagi kak, sila angkat kaki secepat mungkin

[youtube]vtNnVBRLIZg[/youtube]

Lihat semua komen(31)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.073173 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top