CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tragedi Malam Ulang Tahun, Budak Maut Terjerut Tuala

7-6-2020 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9443| Komen: 80

Description: Malam ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak berakhir dengan tragis apabila dia ditemui maut dipercayai terjerut kain tuala.

Malam ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak berakhir dengan pilu apabila dia ditemui maut dipercayai terjerut kain tuala.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Kuala Nal di Kuala Krai itu disedari ahli keluarga mangsa selepas kanak-kanak berusia lapan tahun berkenaan ditemui sudah tidak bernyawa di dalam biliknya.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan bapa mangsa memaklumkan mereka sekeluarga sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran Muhammad Adam Danish Zaidi, 8, malam tadi.

Kata bapa mangsa, Zaidi Ariffin, 42, anak ketiga daripada empat beradik itu  tidak menyahut apabila beberapa kali dipanggil keluar dari bilik untuk menyambut hari lahirnya.

Curiga dan bimbang dengan keadaan anaknya, Zaidi menendang untuk membuka pintu bilik berkenaan.



Kredit foto: BH Online

"Ketika itu, saya terkejut melihat keadaan anak yang sudah tidak sedarkan diri dengan tuala terjerut dan mulut berbuih sebelum menghubungi Hospital Sultan Ismail Petra untuk bantuan kecemasan. Namun, sebaik doktor tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia," katanya. 

Kata Suzaimi, pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kejadian bagi mengenal pasti sama ada kes itu diklasifikasikan sebagai jenayah atau mati mengejut. - CARI

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pixie902 7-6-2020 11:09 PM
Takziah kpd keluarga...mcmana boleh terjerut tuala...
Quote nazzse 7-6-2020 11:15 PM
Tengok utube banyak ke ni dik?? Percubaan suka2 akhirnya makan diri kot.
Apapun takziah
Quote cmf_premierleag 7-6-2020 11:21 PM
adam merajuk ke sbb x dpt kek ejen Ali??
Quote ulamalu 7-6-2020 11:21 PM
X kan merajuk x dpt kek Ejen Ali?
Quote little_sis 7-6-2020 11:27 PM
camne leh terjerut dgn tuala eh.. yg aku terpikir psl dia x dpt kek tu..
Quote famri7 7-6-2020 11:36 PM
Karen all over meleisia akan salahkan videogames and emo music as usual.
Quote Nenolen 7-6-2020 11:38 PM
Allahu...bapa kata arwah seorg yg aktif...adhd or autism...Alfatihah buat arwah adik...
Quote slyfynx 7-6-2020 11:42 PM
Innalillahi Wainnailaihi Rojiun.
Mmg x tau punca ye macam mana leh terjerut

BTW

"Itu kali pertama dia kejut saya dan selepas itu dia tidak tidur sehinggalah Adam masuk ke bilik jam 4.30 petang sebelum ditemui meninggal dunia.

"Malah, pada Aidilfitiri lalu, saudara mara termasuk nenek Adam juga tegur kulit Adam kelihatan sangat putih bersih dan saya tidak sangka ia adalah petanda sebelum pemergian Adam buat selama-lamanya," katanya yang jenazah dikebumikan di Kampung Sat Tengah, Tanah Merah, petang ini.


Grow up la wartawan.
Belajar journalism sikit.
Ni mcm dah ade skrip soalan ape yang nk ditanya, and semua wartawan tanya soalan ape kalau ade org meninggal.
Quote Supersirap 7-6-2020 11:42 PM
Salam takziah buat keluarga, semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Decon 8-6-2020 12:56 AM
slyfynx replied at 7-6-2020 11:42 PM
Innalillahi Wainnailaihi Rojiun.
Mmg x tau punca ye macam mana leh terjerut

ciri2 journalist yg buat intern kat Mastika, kot?
Quote Decon 8-6-2020 01:00 AM

Quote "anaknya tidak menyahut menyebabkan dia terpaksa menendang pintu bilik berkenaan" Unquote

budak Melayu 8 tahun mengunci pintu bilik? sgt ganjil  
Quote Tinot7 8-6-2020 01:02 AM
takziah kpd keluarga
Quote clarizsa 8-6-2020 01:05 AM
Takziah
Sesuatu sgt kes ni
Harap dorang check skali kemungkinan foul play or sexual abuse
Lain macam sgt cara kematian

Hmmmm
Quote nefnefnef 8-6-2020 01:08 AM
Inna lillahi wainna ilaihi rojiun
Quote dudaberhias 8-6-2020 01:08 AM
kesiannya... harap2 bukan sebab tak dapat kek ejen ali...
walaupun kek je.. kadang2 mak bapak mungkin lebihkan anak2 lain dahulu jadi bila tersisih sikit terus jadi macamni... taktau lah ceritanya macam mana...
Quote lasagnaklcc 8-6-2020 02:04 AM
Kenapa adik kunci pintu bilik....
Quote awenda507 8-6-2020 02:16 AM
Salam takziah buat keluarga
Quote anony-mous 8-6-2020 02:19 AM
nazzse replied at 7-6-2020 11:15 PM
Tengok utube banyak ke ni dik?? Percubaan suka2 akhirnya makan diri kot.
Apapun takziah

I pon rasa mcm tu. i ingt masa i kecik2, i dilarang sama sekali utk tutup pintu bilik apatah lg kunci dari dlm
Quote anony-mous 8-6-2020 02:20 AM
Decon replied at 8-6-2020 01:00 AM
Quote "anaknya tidak menyahut menyebabkan dia terpaksa menendang pintu bilik berkenaan" Unquote

...

Jenis mak pak xkisah kot. Mak i dlu marah klau masuk bilik tutup pintu. Kunci lg la dia xbg

Lihat semua komen(80)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.087730 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top