Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Anggota RELA Dipenjara Seminggu Sebar Gambar Lucah Rakan Sekerja

5-6-2020 12:19 AM Komen: 29
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM1,000 terhadap anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kerana menyebarkan gambar lucah rakan sekerja, lapor BERNAMA.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara sebulan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Syahrul Anuar Razuan, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara seminggu bermula dari tarikh tangkapan pada 1 Jun lalu.


Gambar hiasan

Mengikut pertuduhan, Syahrul didakwa mengaibkan kehormatan dengan menyebar gambar lucah wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Jalan Ang Seng, Brickfields jam 3.45 petang pada 31 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum lima tahun penjara  atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon hukuman penjara terhadap tertuduh dipertimbangkan kerana perbuatannya memberi kesan buruk kepada mangsa.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Ahmad Nabil Abd Rani dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman dikurangkan dengan alasan tertuduh masih bujang dan sudah memohon maaf selain perlu menjaga ayah yang uzur dan menanggung keluarga. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

"Yang Nak Berkurung Hidup Abnormal, Silakan" - Bila Golongan 'Kerepek' Merepek
"Tun M Ibarat GPS Yang Rosak" - Mokhtar Senik
"Saya Akan Ambil Tindakan Undang-undang" - Siti Kasim
Tak Mengaku Biar Anjing Serang Jiran Sampai Parah
"Semua Ikut Prosedur Ya, Takda Kabel-kabel" - Zizie Ezette Ambil Anak Angkat Lagi
Fizi Dah Minta Maaf, Peminat Indonesia Puas Hati?
Bukan Dibuang Keluarga Tapi Kes Dadah, Usah Percaya Cerita Gelandangan
Isu Pemandu Mabuk Tiada Kaitan Langsung Dengan Islam Atau Bukan - Wee Ka Siong
Eh, Dah Sebulan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Putus Cinta?
Bintang Porno Tak Nak Balik Kampung Takut Direjam
Tak Pandai Sekolah Sebab Cikgu Jadi 'Kilang Anak'? Pelajar Biadab Hina Guru Hamil!
"Ini Bukan Trend Lah" - Ramai Tak Puas Hati TMJ Sindir Kempen #BlackoutTuesday
Gantung Diri Dalam Bilik Sewa Tunang Lepas Jamu Selera
"Duhh! Takkan Nak Naikkan 14,000 Isu Sekali Gus?" - Diana Danielle Pula Bengang
"Sembah Patung Dapat Kuasa, Agenda Halus Dalam PUBG" - Fakhrul UNIC
Ramona Zamzam Tak Ajar Anak Cakap Dalam Bahasa Melayu
Neelofa Kecewa, Bersepah Akaun Palsu Guna Nama Dan Gambarnya
Tak Tahan Tengok Raja Ilya Sedih, Suami Buat Rumah Terbuka Raya Di Perth
Meghan Markle Gesa Pelajar Bersuara Isu Kematian George Floyd
Ramainya Jadi Mangsa Penggodam, Suria FM Sampai Hilang Lebih 300,000 Pengikut!
Kawan Rapat Je, Wanna Ali Nafi Bercinta Dengan Anak Sheila Rusly
Wanita Terjerlus Dalam Lubang Tandas Hingga Paras Dada
Bersedekah Cara Berbeza, Sampah Orang Jadi Punca Rezeki Graduan Penganggur
Pokok Viral Boleh Hilang Stres Je, Bukan Tapis Udara Dan Habuk
Lathi Challenge, Orang Jawa 'Sentap' Dengan Teguran Wan Dazrin
Atuk Tercekik Dodol Dengan Gigi Palsu
Ahmad Idham Duduk Semula Di Kerusi CEO FINAS
Cakap Besar Di Pesta Gay, Lelaki Mohon Maaf Tak Sensitif Isu Covid-19
Dulu Kata China, Sekarang Ramai Buang Haiwan Peliharaan Di Jalan Masa PKP
Ingat Pistol Mainan, Kanak-kanak Tak Sengaja Bunuh Abang
New Zealand Dah Menang Perangi Covid-19 - PM Jacinda
Rapid Rail 'Kena Marah Dengan Pak Long Mail'
Kita Hampir Boleh Putuskan Rantaian Jangkitan Covid-19 - Noor Hisham

Komen Terbaru

Quote gideoncross 7-6-2020 11:44 PM
duri_durians replied at 5-6-2020 02:04 PM
baiklah hang lepas je? denda 1k, penjara seminggu? mengucap

Kat Brunei, MYR1k tu cuma BND326 je, so iol pun xstuju dgn hukuman ni, ringan sngt.

Lain-lain Komen

Quote Manjahati 5-6-2020 12:32 AM
Dan dan tu lah kata menjaga ayah yg uzur n menanggung keluarga...masa buat jahat tu x pikir pulak
Quote queendeath126 5-6-2020 01:49 AM
makin ramai orang gila
Quote supernaturalee 5-6-2020 02:23 AM
Mcmn blh dpt pic that girl

Quote Supersirap 5-6-2020 02:53 AM
Kenapa lah buat kerja yang tidak senonoh kan sudah mendapat
Quote dua_chzy 5-6-2020 04:04 AM
supernaturalee replied at 5-6-2020 02:23 AM
Mcmn blh dpt pic that girl

Camna lagik? Faham2 la. Sah2 sekendel.
Quote supernaturalee 5-6-2020 04:14 AM
dua_chzy replied at 5-6-2020 04:04 AM
Camna lagik? Faham2 la. Sah2 sekendel.

Dh sm2 berskandal kenapa lh pi tyg kt org
2, 2 blh kena tatatertib

Quote Tinot7 5-6-2020 07:12 AM
Kenapa nak sebarkan gambar minah tu?
Quote Kurex 5-6-2020 07:34 AM
Padan muka dua2
Quote batmana 5-6-2020 08:46 AM
Rela smuanya terdedah
Quote GigaMom 5-6-2020 08:59 AM
Tinot7: Kenapa nak sebarkan gambar minah tu?


Kena dump kot
Tu yg meroyan
Quote matchstick 5-6-2020 10:24 AM
Ringannya hukuman..
Quote underground 5-6-2020 10:35 AM
Keyword dia apa?
Quote Covid19 5-6-2020 10:46 AM
Bila couple je memang normal ke ambil gambar lucah diri masing masing? Pelik
Quote CadeFoster 5-6-2020 11:42 AM
Penjara seminggu denda rm1000 jer...patut penjara setahun, denda rm10k, sekurang2nya, dan public kan juga muka mamat ni...maruah perempuan tu dh habis terbarai

Dosa sebarkan keaiban mcm ni lg besar daripada perbuatan aib tu sendiri..
Quote Nenasketum 5-6-2020 11:46 AM
Mesti dua2 huduh
Quote Cassieopeia 5-6-2020 12:58 PM
tak pasal2 je.. tp ringannya denda di
Quote duri_durians 5-6-2020 02:04 PM
baiklah hang lepas je? denda 1k, penjara seminggu? mengucap
Quote zuuu 5-6-2020 02:53 PM
Camne pulak dia boleh ada gambar lucah pompuan tu???mendapat dua2 yg pompuan tsebar gambar lucah yg kaki melayang duit
Quote grouper 5-6-2020 02:55 PM
Dpt pic dari wechat ke apa..

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top