CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Gantung Diri Dalam Bilik Sewa Tunang Lepas Jamu Selera

4-6-2020 11:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10025| Komen: 58

Description: Seorang lelaki dipercayai bunuh diri ditemui tergantung dalam tandas bilik sewa tunangnya.
Seorang lelaki dipercayai bunuh diri ditemui tergantung dalam tandas bilik sewa tunangnya.

Memetik Harian Metro, sebelum kejadian mangsa yang baru tiba dari Kudat menziarahi tunangnya bersama rakan di bangunan Sinsuran, Kota Kinabalu, sekitar jam 5.30 petang, hari ini.



Gambar hiasan

Rakannya dikatakan pulang ke Kudat selepas mereka menjamu selera, manakala mangsa ke bilik air untuk mandi.

Bagaimanapun, tunang mangsa mula berasa curiga apabila lelaki itu tidak keluar selepas beberapa ketika.

Bimbang dengan keadaan mangsa yang tidak membuka pintu selepas diketuk, wanita itu mendapatkan bantuan jiran untuk memeriksa keadaan mangsa yang kemudian ditemui tergantung di besi tangki air di tandas berkenaan sebelum memotong tali untuk menurunkannya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian dibuat tunang mangsa di Balai Polis Kota Kinabalu.



Kredit foto: Harian Metro

"Sebaik menerima laporan sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya.

Hasil siasatan tidak menemui kesan jenayah dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE1) untuk ujian Covid -19 sebelum dibedah siasat.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI

2

Bagus
1

Marah
5

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Miyameyo

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-6-2020 11:05 PM
Sinduran ni area kat api api centre ke?
Quote Buritan 4-6-2020 11:07 PM
Nape lakkk.. takde duit kot
Quote redz85 4-6-2020 11:07 PM
nak bunuh diri tak payah lah menyusah kan orang.. tak pasal pasal buat seram aje toilet bilik tu
Quote pakis_hutan 4-6-2020 11:08 PM
sharlenetexas replied at 4-6-2020 11:05 PM
Sinduran ni area kat api api centre ke?

Belakang le meridien
Quote Nenasketum 4-6-2020 11:08 PM
Masalah ni, pegi jauh2, makan kenyang2 pastu gantung diri. Pelik kes ni
Quote Covid19 4-6-2020 11:12 PM
Pelik nyaaa...
Quote pinklepie 4-6-2020 11:17 PM
Kesian tunang dia, lepas ni mesti seram nak masuk bilik air.
Quote lasagnaklcc 4-6-2020 11:24 PM
Sblm tu ada gaduh2 kot. Pelik jgk happy2 dtg jumpa tunang pastu bunuh diri.
Quote dua_chzy 4-6-2020 11:32 PM
Ko tertahu rahsia tunang ko secara tak sengaja ka dek? Takziah.
Quote syamzana 4-6-2020 11:37 PM
laahai...jauh2 datang bunuh diri. takziah
Quote JunkMail 4-6-2020 11:38 PM
Kau di berhentikan keje ke dek? Lantas tak sampai hati nak bagitau tunang rela tamatkan riwayat sendiri di bilik air tunang kau?
Quote LadyCarefree 4-6-2020 11:42 PM
Kenapalah sampai nak bunuh diri
Quote sukacactus 4-6-2020 11:42 PM
Apa statement yg ko cuba sampaikan kat tunang ko ni
Pakai cakap je xleh ke
Quote Atata 4-6-2020 11:43 PM
Ye kew kawan dia tu pulang selepas menjamu seleraaa.... Kewwww..... Detective conan mode on
Quote Kurex 4-6-2020 11:51 PM
Lepas ni angker la bilik air kau
Quote faraway1 4-6-2020 11:59 PM
jahat betul,
nak mati, gantunglah diri kat hutan ke apa,
ni tak pasal pasal trauma anak orang dibuatnya...
Quote Manjahati 5-6-2020 12:13 AM
Napalah ko bunuh diri dlm toilet umah tunang ko tu dik...x pasal2 bilik air tu berantuuu nnti
Quote ikanmasin 5-6-2020 12:26 AM
abislah sapa2 yg dok situ jd seram pl bila nak msk tandas tu dah...
Quote mongoose_kidz 5-6-2020 02:02 AM
org nk bunuh diri lalu ke nak mkn ye??

Lihat semua komen(58)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.285165 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top