CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Gosip Socmed Lihat artikel

"Semua Ikut Prosedur Ya, Takda Kabel-kabel" - Zizie Ezette Ambil Anak Angkat Lagi

4-6-2020 08:14 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 18049| Komen: 127|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Kepada yang bertanya, saya guna prosedur yang sama macam orang lain dan betul mengikut undang-undang. Kena beratur, ambik nombor, tunggu giliran. Isi borang. Everything. Tiada keistimewaan atau gun ...



"Kepada yang bertanya, saya guna prosedur yang sama macam orang lain dan betul mengikut undang-undang. Kena beratur, ambik nombor, tunggu giliran. Isi borang. Everything. Tiada keistimewaan atau guna kabel."


Itu penjelasan Datin Seri Zizie Ezette, 42, di laman Instagram mengenai hasratnya mengambil seorang lagi anak angkat.

Berada di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak, isteri Datuk Seri Bung Moktar ini menerangkan yang dia ke sana untuk menguruskan dokumen pengambilan anak angkat. Itupun bila mempunyai kelapangan kerana sebelum ini tiga tahun berturut-turut mengandung dan bersalin.



Kredit foto :IG

Tidak menerangkan secara terperinci tarikh atau mengenai anak tersebut, Zizie kelihatan memberi klu ianya akan terlaksana sepenuhnya pada tahun hadapan.

"Tahun ni baru dapat relax sikit. In shaa Allah tahun depan ada lagi sorang. Eh!"


Kredit foto : IG

Terdahulu Zizie dan Bung mempunyai dua anak angkat iaitu Najla Nurjenna, 4, dan Aaric Zayn Izette, 2. Manakala, anak kandung pasangan ini pula ialah Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, dan Aalisa Belle Izette, 14 bulan.


Kredit foto : IG

Wah! Murah betul rezeki Zizie yang suka ahli keluarga ramai, kecil-kecil pula tu. Apa pun, baguslah Zizie menerangkan semuanya mengikut prosedur seperti yang dilalui oleh orang lain. Mesti anak-anak Zizie dan Bung sendiri tidak sabar menantikan ahli keluarga baru kan? - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 4-6-2020 08:19 AM
Village idiots jer yang bertanya. Tengok laki ko pun aku muntah darah. Duit punya pasal
Quote Megikari 4-6-2020 08:29 AM
Dah dia mampu, bibik pun ramai. Tengok anak2 dia pun elok terbela. Apadehal
Quote Tinot7 4-6-2020 08:31 AM
Comey2 kids dia
Quote sarah82 4-6-2020 08:31 AM
Bagi aku.. Dia kaya.. Dan mampu naj jaga elok2..ambik ja.. Jangan jadi mcm seorg instapemes dan youtuber US dah la.. Ambik anak angkat dari china sebab duit.. Lepas tu dah tak sanggup jaga rehome mcm rehome kucing dan anjing pulak dia buat.
Quote wanokakaka 4-6-2020 08:34 AM
sarah82 replied at 4-6-2020 08:31 AM
Bagi aku.. Dia kaya.. Dan mampu naj jaga elok2..ambik ja.. Jangan jadi mcm seorg instapemes dan yout ...

siapa ni u?
Quote sarah82 4-6-2020 08:37 AM
wanokakaka replied at 4-6-2020 08:34 AM
siapa ni u?

[youtube]BDPnNbd2FWo[/youtube]

Dah kantoi baru mengaku depa rehome anak angkat depa tu..kalau follower tak push tanya mana anak angkat china tu.. Sampai ke sudah la mesti x bagitau. Depa kaut berjuta la.. Dari sponsor segala bagai.
Quote NekNgah 4-6-2020 08:52 AM
Duih berkepok, anak-anak nampak wangi & happy, pembantu pun ramai, rumah besar, tak salah tambah lagi.
Quote makita 4-6-2020 08:57 AM
Edited by makita at 4-6-2020 09:03 AM

Zizie ni mmg suka bdk2 ni. Bagus. Eh meols selama ni igt dia tgal kt kinabatangan sana...
Quote eira2310 4-6-2020 09:31 AM
i suka dia dgn anak2 dia..jg elok sgt, walaupun anak angkat..nmpk bersih sgt budak tu..pakaian semua kemas.. compare to anak adik dia..well, you know who..hehe
Quote deebiz14 4-6-2020 09:46 AM
Nak sangat dia amek kembarnya Jenna tu jadi anak angkat jugak. Sebak tengok budak2 tu dapat bertemu kemarin... lepas tu kene pisah lagik.

Zizie pun layan budak tu elok je... kasi pakaian baru,  bawak pegi dentist sumer.
Quote dua_chzy 4-6-2020 09:52 AM
deebiz14: Nak sangat dia amek kembarnya Jenna tu jadi anak angkat jugak. Sebak tengok budak2 tu dapat bertemu kemarin... lepas tu kene pisah lagik.Zizie pun lay ...


Akak speku mak Jenna yang tak mau lepaskan.
Quote dua_chzy 4-6-2020 09:53 AM
eira2310: i suka dia dgn anak2 dia..jg elok sgt, walaupun anak angkat..nmpk bersih sgt budak tu..pakaian semua kemas.. compare to anak adik dia..well, you know  ...


Kan. Dah dia suka family ramai dan rajin jaga plus ramai pembantu nak menolong, biar la dia adopt anak angkat ramai2.
Quote dua_chzy 4-6-2020 09:55 AM
sarah82:   BDPnNbd2FWo Dah kantoi baru mengaku depa rehome anak angkat depa tu..kalau follower tak push tanya mana anak angkat china tu.. Sampai ke sudah la mes ...


Tengok video pun rasa nak tempelang. Ramai Youtuber fake sebegini.
Quote bedahmenjuyah 4-6-2020 10:17 AM
Kaya boleh ambik bibik2 bantu jaga elok la bela anak ramai2. Boleh yolong yg memerlukan at least kebajikan pelajaran terpelihara
Quote AvaAdore 4-6-2020 10:19 AM
Bagusla, dia pon suka budak2 n duit byk
Quote Madel 4-6-2020 10:21 AM
Kalau dah suka sgt dgn budak2
Buka je la rumah kebajikan anak yatim.
Quote keypochino 4-6-2020 10:27 AM
Alhamdulillah.. at least dia membantu dgn cara tu.. dia pun kaya xde hal la..
Quote wafeloren 4-6-2020 10:39 AM
Iols suka je org kaya ramai anak
Quote September14 4-6-2020 10:44 AM
Anak dia yg kembar tu bila besar skit smkin ensem lak.....

Lihat semua komen(127)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.085358 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top